10 Cara Tingkatkan Wang Simpanan

Langkah utama yang perlu dilakukan ialah elakkan tabiat berbelanja boros.  Seterusnya anda perlu melakukan semakan terhadap kedudukan kewangan anda. Kira pendapatan anda dan wang yang anda gunakan.  Hitung juga jumlah hutang dan simpanan anda. Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenal pasti kedudukan kewangan anda.Langkah utama yang perlu dilakukan ialah elakkan tabiat berbelanja boros.  Seterusnya anda perlu melakukan semakan terhadap kedudukan kewangan anda. Kira pendapatan anda dan wang yang anda gunakan.  Hitung juga jumlah hutang dan simpanan anda. Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenal pasti kedudukan kewangan anda.

Langkah kedua ialah anda perlu menetapkan matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan masa untuk mencapai matlamat tersebut. Tulis matlamat anda dengan jelas dan secara tidak langusung anda akan berusaha untuk ke arah tersebut. Seterusnya anda perlu menyimpanan wang anda dengan ketat dan di sinilah memerlukan disiplin yang kuat.

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda tingkatkan simpanan anda.

  1. Simpanan syiling daripada pertukaran wang seharian anda. Anda boleh memilih untuk menyimpan syiling pada kadar tertentu seperti 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Simpan dalam tabung supaya anda tidak terhilangkannya.
  2. Apabila hasil tabungan anda sudah penuh jangan pecahkan tabung anda untuk dapatkan hasil wang tersebut. Nekad pergi ke bank dan simpan di situ. Anda perlu kawal nafsu berbelanja anda dan belajar pejam mata itu perkara ini.
  3. Jika pembayaran ansuran kediaman dan kenderaan anda sudah berakhir, masukkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan pada setiap bulan yang mendatang. Ini kerana anda sudah pun mempunyai tabiat mengenepikan jumlah wang tersebut pada setiap bulan. Oleh itu teruskankannya dengan membuat simpanan.
  4. Jika anda mendapat pulangan cukai masukkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan.
  5. Jika anda menerima bonus, besarkan jumlah simpanan wang tersebut.
  6. Simpan wang pendapatan kerja lebih masa ataupun elaun khas yang diperoleh. Ia lebih baik daripada anda membelanjakannya.
  7. Apabila anda dinaikkan gaji, simpan tambahan pendapatan tersebut. Anda tentunya telah selesa dengan gaji anda sebelum ini dan gaji baru yang diterima tidak menjejaskan corak perbelanjaan sebelum ini.
  8. Simpan kesemua wang yang diterima daripada pihak lain ketika sambutan acara tertentu. Lazimnya ada yang menghulurkan ‘sampul berisi’ tatkala menghadiri kenduri yang diadakan. Jangan memikirkan untuk pusing modal sebaliknya ia lebih baik untuk disimpan.
  9. Pastikan wang bekerja untuk anda. Namun biarlah ianya sah di sisi undang-undang.
  10. Amalkan kehidupan bersederhana dengan menyimpan sebanyak mungkin. Jangan berbelanja secara berlebihan dan mengikut nafsu. Rancang perbelanjaan anda dengan berhemah.
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *