Musim Hujan Kini Tiba, Ini 10 Tips Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mengelakkan Kereta Rosak.

Musim tengkujuh dah mula menampakkan diri. Kebanyakan kawasan di Malaysia telah mula dibasahi air hujan yang mencurah-curah.

Ini bermaksud, setiap orang mesti berwaspada dengan keberangkalian yang bakal berlaku apabila berada di musim ini. Termasuklah pemandu-pemandu kenderaan di luar sana.

Berikut ialah tips memandu dengan selamat semasa musim hujan dan sewaktu melewati jalan yang berlopak akibat hujan.

1. Melakukan “Standard Checkup” Pada Kenderaan

Related image

Pemeriksaan ini termasuklah memeriksa wiper, tekanan tayar, minyak, enjin, bateri dan lampu. Mengisi minyak kereta sehingga “Full Tank” adalah sangat penting sebelum memulakan perjalanan jauh.

2. Rancang Laluan Sebelum Perjalanan

Image result for rancang perjalanan anda

Adalah idea yang sangat baik untuk anda merancang laluan, terutamanya apabila menuju ke kawasan-kawasan yang jarang atau tidak pernah anda lewati. Sesat di tengah-tengah perjalanan menuju ke destinasi anda akan menyebabkan kekeliruan dan mengganggu konsentrasi anda sewaktu memandu. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan cuaca yang buruk dan pandangan yang terhad memerlukan keupayaan memandu yang lebih berhati-hati.

3. Guna Gear Yang Rendah Apabila Mendaki Jalan Raya Yang  Berbukit Atau Menuruni Bukit Yang Curam Atau Cerun

Image result for gunakan gear rendah

Menggunakan gear rendah memudahkan enjin untuk melakukan brek sebelum mencapai lilitan curam dan membantu mengawal kelajuan kenderaan. Ia juga menjadikan brek bertahan lebih lama.

4. Pastikan Kenderaan Berada Dalam Keadaan Baik

Image result for kenderaan dalam keadaan baik

Pastikan juga keadaan enjin berada dalam keadaan yang excellent. Dalam keadaan jalan berbukit, kereta dengan tork yang lebih besar akan lebih handal di atas jalan raya.

5. Berlatih Untuk Bersabar

Related image

Musim hujan sering menyebabkan kesesakan lalu lintas. Dengan menyambungkan telefon pintar anda ke Mylink atau Waze, anda boleh memantau keadaan trafik melalui peta digital yang sering digunakan oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, apabila kesesakan tidak dapat dielakkan, anda perlu bersabar. Elakkan memotong kenderaan lain apabila pandangan mata anda tidak mampu melihat jalan di hadapan, seperti ketika anda berada di penjuru, jambatan, bukit dan lereng gunung.

6. Manfaatkan Ciri Atau Teknologi Yang Ada

Related image

Beberapa teknologi yang kini digunakan secara meluas di dalam kereta termasuklah Lane Departure Warning, Forward Coallision Alert, Panic Brake Assist, Electronic Stability Control, dan Anti-Rolling Protection. Penggunaan ciri ini akan menjadikan pemandu berasa lebih selamat di tengah-tengah perjalanan.

7. Elakkan Memandu Melalui Lopak

Pastikan semasa memandu, cuba elakkan dari melalui lopak air yang lebih tinggi daripada roda kenderaan atau pembahagi jalan. Kenali jenis kenderaan anda sebelum melalui jalan yang banjir.

8. Jika Anda Perlu Melalui Jalan Yang Banjiri, Matikan Aircond Dan Turunkan Tingkap Kenderaan.

Memandu dalam keadaan jalan bertakung dengan penyaman udara yang dihidupkan boleh mematikan enjin kerana kipas elektronik akan berputar dan menyebabkan air dapat terpercik dan memasuki enjin.

Sekiranya enjin tidak dimatikan, kipas elektronik akan mula berputar dan menarik kotoran-kotoran yang terdapat di dalam air, dimana ia akan menyebabkan kerosakan pada kipas elektronik dan membuat enjin menjadi overheating.

9. Setelah Kenderaan Keluar Dari Air, Injak Brek Perlahan-Lahan Untuk Mengeringkan Enjin.

Injak brek dengan kaki kiri jika anda sudah biasa dengan teknik ini. Berhenti seketika dan pastikan kenderaan tidak mempunyai beg plastik atau serpihan lain yang terperangkap dalam gril atau sirip radiator di bahagian belakang.

10. Bersihkan Kenderaan Anda Selepas Memandu Melalui Jalan-Jalan Yang Berlopak

Bersihkan kenderaan, terutama di bahagian bawah dan roda kenderaan. Keluarkan rumput, daun, dan sebarang kotoran yang tersisa dan boleh menyebabkan percikan jika dibiarkan di dalam enjin.

Kemudian, tukar oil transmission kerana air mungkin memasuki enjin. Bersihkan carpet kereta untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bawa kereta itu ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Musim-musim hujan ni, pastikan memandu dengan selamat. Ingat Jalan raya bukan tempat untuk berlumba 🤗.  Semoga anda dapat memperlajari sesuatu daripada artikel kali ini.

Sumber : www.otosia.com

❤️️Jangan lupa share untuk keselamatan bersama ❤️️

 

BACA JUGA

7 TIPS RANCANG PERCUTIAN BAJET BERSAMA KELUARGA

DALAMAN BERMASALAH PUNCA SUSAH TURUN BERAT BADAN

CARA WORKOUT YANG SIMPLE

> 7 TIPS UNTUK DAPATKAN KEMBALI BENTUK BADAN SELEPAS BERSALIN

TIPS BADAN MENJADI KURUS DENGAN CEPAT TANPA PERLU BERLAPAR!!

 

Anda Mungkin Juga Meminati 

 

Petua Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan

By dina zakaria / October 3, 2018 / 0 Comments

Beza Dropship, Agent dan Stokis

By Idham / December 14, 2017 / 2 Comments

MUKA ANDA BERJERAWAT?? APA PUNCA TERHASILNYA JERAWAT PADA MUKA ?

By dina zakaria / August 17, 2018 / 0 Comments

5 Sebab Kenapa Toner Penting Untuk Wajah

By Idham / February 27, 2018 / 0 Comments

Kenapa Badan Susah Nak Kurus? Jom Ketahui 8 Punca Berat Anda Tak Turun.

By dina zakaria / September 20, 2018 / 0 Comments

 

JAMU ADORE RAHSIA KECANTIKAN DALAMAN WANITA

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

 

WORTH READING

 

Rahsia tampak muda 10 tahun dari usia sebenar
RAHSIA TAMPAK MUDA 10 TAHUN DARI USIA SEBENAR
5 Makanan yang Dapat Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah bagi Pesakit Kencing Manis atau Diabetes
5 MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH BAGI PESAKIT KENCING MANIS ATAU DIABETES
13 Cara Menguruskan Badan Paling Mudah Untuk Diamalkan
13 CARA MENGURUSKAN BADAN PALING MUDAH UNTUK DIAMALKAN
PETUA MENDAPATKAN BADAN KURUS DALAM MASA YANG SINGKAT TANPA SEBARANG PRODUK
Cara Mengecilkan Lengan Dan Punggung Dengan Cepat
CARA MENGECILKAN LENGAN DAN PUNGGUNG DENGAN CEPAT

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *