10 Tips Pengurusan Rumah Tangga bagi Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Siapa disini suri rumah dan siapa ibu yang bekerja? Tidak kira lah kita suri rumah ataupun bekerja, kita semua adalah superwomen dan pasti ingin menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik untuk keluarga. Adalah menjadi kerisauan bagi ibu-ibu yang bekerja bagaimana hendak menguruskan rumahtangga. Masuk kerja awal pagi, malam baru sampai rumah. Dengan masalah di pejabat dan balik perlu menguruskan anak-anak yang perlukan perhatian ibubapa. Pasti akan ada kekalutan jika kita tidak pandai menguruskan masa dengan sebaiknya. Jom kita semak tips bagaimana mahu menguruskan rumahtangga bagi ibu yang bekerjaya.

  1. Menyiapkan bahan memasak untuk stok seminggu

Walapun kita bekerja, tetapi pastikan kita mempunyai masa untuk memasak. Dengan memasak bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi juga boleh menjamin kebersihan makanan yang dimasak. Kita boleh mengawal sendiri pengambilan gula, garam dan bahan perasa didalam makanan tersebut berbanding jika kita makan di luar. Bagi ibu-ibu yang bekerja terutamanya yang mempunyai anak yang masih kecil, sudah tentu kesuntukan masa untuk memasak setiap hari bukan? Cara mudah yang boleh dipraktikkan ialah dengan menyiapkan bahan-bahan asas dan mentah untuk memasak pada hujung minggu. Kisar cili dan bawang, potong sayur-sayur dan simpan kedalam bekas didalam peti ais. Bahan basah yang hendak dibekukan seperti ikan,ayam,udang, sotong disimpan didalam bekas dan diasingkan mengikut bahagian yang ingin dimasak setiap hari. Jadi, setiap hari kita hanya perlu nyahbekukan 1 bekas dan dengan cara ini bukan sahaja memudah dan mempercepatkan proses memasak, tetapi juga dapat memelihara kesegaran bahan-bahan tersebut.  Pastikan kita mengetahui cara penyimpanan bahan mentah yang betul bagi memelihara kesegaran bahan tersebut apabila ingin digunakan nanti.

  1. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak

Selepas memasak, kuali,periuk dan perkakas memasak yang lain perlu dicuci. Jadi, sementara menunggu bahan masakan kita ditumis, direneh atau digoreng, kita boleh mencuci perkakas yang sudah digunakan. Jangan dilonggokkan sahaja semua didalam singki dan menunggu apabila habis masak baru dicuci.  Selepas makan, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa makan sahaja. Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan masa dan tidak perlu berada di dapur terlalu lama.

  1. Membasuh dan menyidai pakaian selalu

Basuh pakaian setiap hari atau 2 hari sekali. Jangan tunggu sampai bakul pakaian sudah penuh. Kebanyakan rumah sekarang sudah dilengkapi dengan mesin basuh sendiri tidak seperti zaman dahulu perlu basuh sendiri menggunakan tangan.  Dengan adanya mesin basuh, kerja menjadi lebih cepat dan mudah. Jangan bertangguh untuk membasuh pakaian kerana jika bertangguh, semakin banyak baju yang dilonggokkan. Pakaian boleh dibasuh pada bila-bila masa sahaja dan sambil menunggu pakaian dibasuh, kita boleh melakukan pekerjaan yang lain. Jika perlu, sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi, faktor cuaca tidak akan menjadi satu masalah dan mempengaruhi kerja kita.

  1. Melipat pakaian setelah kering

Setelah pakaian yang dijemur kering dan diangkat, terus sahaja melipat pakaian tersebut. Jangan bertangguh. Ini kerana jika kita menangguhkan kerja tersebut, pakaian yang perlu dilipat akan menjadi semakin banyak. Melipat pakaian juga boleh dilakukan pada masa santai dan terluang contohnya sewaktu menonton televisyen dan semasa membantu anak menyiapkan kerja sekolah. Bagi memudahkan tugas dan mengurangkan baju yang perlu dilipat, sangkut pakaian menggunakan penyangkut baju di dalam almari. Ia sekaligus dapat menjimatkan ruang, masa dan tenaga.

  1. Menggosok pakaian untuk seminggu

Satu lagi proses yang kebanyakan dari kita kurang gemar ialah menggosok pakaian. Menggosok pakaian merupakan satu kerja yang memerlukan masa, perhatian dan tenaga. Menggosok pakaian untuk seisi keluarga bukan satu kerja yang mudah. Pakaian untuk ke pejabat serta pakaian seragam sekolah anak-anak perlu digosok dengan teliti dan kemas. Salah satu cara yang dapat membantu ibu-ibu yang sibuk ialah dengan menggosok terus kesemua pakaian yang hendak dipakai untuk satu minggu. Lakukan kerja ini pada hujung minggu. Peruntukkan beberapa jam untuk menggosok pakaian sahaja. Selain menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan tenaga elektrik.

  1. Mengemas rumah sebelum tidur

Siapa yang tidak menginginkan rumah yang bersih, kemas dan tersusun rapi kan?  Alangkah indahnya hidup jika ada pembantu rumah bukan? Tidak semestinya jika hanya ada pembantu rumah, baru rumah akan kelihatan kemas dan bersih. Kita ibu-ibu hebat juga boleh melakukannya. Mengemas rumah sebaiknya dilakukan sebelum kita tidur atau ketika ahli keluarga yang lain sudah tidur. Buatlah mengikut kemampuan dan masa lapang yang ada. Tidak perlulah mengemop lantai sehingga berkilat. Kerja tersebut boleh dilakukan pada hujung minggu. Cuma pastikan barang-barang diletakkan di tempat yang sepatutnya, menyapu apa yang patut dan rumah kelihatan bersih.

  1. Latih anak-anak simpan semula permainan di tempat asal

Antara tips yang penting ialah latih anak-anak menyimpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main dan jangan ditinggalkan merata-rata. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jika anak sudah besar, latih anak untuk membasuh bekas makanan sendiri. Ini akan memudahkan tugas ibu selain melatih sikap tolong-menolong dalam kalangan keluarga.

  1. Simpan barang yang jarang digunakan di dalam stor

Sediakan satu bilik untuk dijadikan stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja dan disusun mengikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula. Jadi, tidak banyak barang yang perle dikemas leh ibu-ibu setiap hari.

  1. Memilih perabot yang senang dibersihkan

Pilih perabot yang mesra kanak-kanak dan mudah dicuci. Jadi para ibu senang untuk membersihkan perabot tersebut  jika tertumpah air, terkena sisa makanan atau diconteng oleh anak-anak.

  1. Bekerjasama dengan suami

Yang ni merupakan tips yang paling penting. Suami isteri kan masing-masing bekerja. Jadi, apa salahnya jika suami membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tidak jatuh pun ego suami jika membantu isteri kan? Jika isteri sedang memasak, suami bolehlah membantu isteri mencuci dan menjemur pakaian. Ini secara tidak langsung dapat memberi contoh yang baik untuk anak-anak.

Diharap tips-tips di atas dapat membantu ibu-ibu bekerjaya di luar sana dalam menguruskan rumahtangga. Oh ye. Jangan lupa ambil Audela tau sebab salah 1 manfaat Audela ialah Vitality iaitu dapat memberi kecergasan dan tenaga kepada pengguna. Sekian, jumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *