11 Disiplin Berpantang Yang Buat Dalaman Wanita Kembali Sihat, Wanita Ini Dedahkan Rahsianya!

Selepas melepasi saat kesakitan melahirkan seorang bayi, fasa seterusnya adalah melalui hari-hari berpantang. Sekarang ini amalan berpantang dah semakin dilupakan, betul tak? Ramai yang menganggap amalan berpantang ni sesuatu yang karut dan ketinggalan zaman. Kak Dela tak nak komen apa-apa tentang perkara ini, tapi Kak Dela nak share dengan anda semua pengalaman berpantang oleh Puan Zaza Zaura yang membuatkan dalaman wanita kembali sihat!

Buat ibu-ibu  yang sedang melaui proses berpantang, masih belum terlambat nak amalkan disiplin pantang yang dikongsikan oleh ibu beranak empat ini. Caranya memang ketat dan perlu disiplin yang tinggi, tetapi hasilnya sangat WOW!

Untuk mereka yang tidak percaya dengan amalan berpantang selepas melahirkan zuriat, mungkin boleh pinjamkan sedikit masa anda untuk membaca artikel kali ini kerana Puan Zaza Zaura telah membuktikan apa yang dipraktikkan untuk keempat-empat anaknya tidak pernah mengecewakan.

“Tak ada yang luarbiasa bila cerita bab jaga badan, nak cantik, apapun perlu disiplin dan kena sabar.”

1.Amal Herba / Jamu

“Benda yang hari-hari saya share, post adalah jamu. Kenapa jamu? Sejak beranak satu lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya. Lepas je 20 hari dalam pantang, saya mula makan jamu.

Sementara tunggu nifas kering, saya ambil makanan sunnah seperti kurma, kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah. Kalau dulu saya start dengan rebusan akar kayu pure, tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni, memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink-pink.

Sebab sihat dalaman, darah “berjalan”. Alhamdulillah anak sulung saya tak kena demam kuning, so saya amalkan herba-herba dengan cepat. Selain minum herba, mandian herba juga tak ketinggalan. Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk saya mandi.”

2. Berurut

“Part ini memang saya paling suka. Boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut datang ke rumah untuk mengurut saya. Jangan tak tahu, berurut bagus bukan setakat buang angin dalam badan, tapi bagus untuk bentukkan semula pinggul, breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat-urat yang tersimpul baru rasa ringan aje badan.”

3. Kurang Pengambilan Air Masak Ketika Pantang.

“Yang ini mungkin ramai rasa agak mengarut tapi entahlah, saya memang dah di ajar  pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siap-siapkan letak tepi katil.

“kalau haus, minum ni,..” kata mak saya. Sampai sekarang walaupun kini saya berpantang sendiri, saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli di kedai-kedai ubat cina. Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.”

Image result for resepi air kayu sepang

4.Bertungku

“Ramai yang malas bab ini kan? Tapi saya tak!! Saya ada 3 jenis tungku dan yang paling saya suka tungku jenis besi bulat size kecil. Saya akan tungku 2-3 kali sehari biasanya waktu subuh.

Selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan. Tungku bukan setakat kat perut, pinggul + betis + celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Sewaktu bersalin anak no.2 saya kena rengat teruk so dengan bertungku dapat la legakan rengat. “

*Sakit rengat  ini sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction.

5.Berbengkung

“Yang ni pun part paling saya disiplin, saya pakai bengkung selama 44 hari. Hanya buka waktu mandi/ buang air.

Yang ni la kunci paling utama untuk perut tidak tak buncit dan menggeleber. Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan. Kenapa? Bila makan dalam keadaan berbengkung, saya akan makan sikit. Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit-sikit tapi kerap. Itu pesan orang lama-lama yang saya ambil dan guna pakai.

Alhamdulillah, memang berhasil. Saya bersalin normal, jadi perlu sapu kapur + limau nipis…. Ampun, siksa.

Tapi sekarang dah guna krim barut + losyen panas, semua jadi lebih mudah. Saya bangkung ikat dari peha sampai atas. Saya bengkung dari peha adalah untuk mengecilkan balik peha. Time ni la jalan terkepit-kepit.”

6. Jaga Makan

“Ada kala terbabas juga lagi-lagi duk tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik-pelik. Suka saya kongsi yang saya tak makan makanan lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak. Minyak ni la antara penyebab badan kita lambat nak slim.

Apa-apa punca pun saya percaya dari pemakanan dan perut kita so saya elakkan benda-benda makanan sejuk, santan, berminyak dan bergoreng. Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa, nasi separuh tapi kerap.

Fahamkan.. Ayam daging saya lambatkan makan biasanya masuk hari ke 20 dalam pantang baru start makan. Awal- awal  pantang makan ikan selar aje lerr. Ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pon tak boleh. Sebab boleh buatkan “tut” gatal dan berbau.”

7. Berstoking

“Angin mudah masuk melalui kaki, so pakai stoking sangat wajib even bukan dalam pantang sekalipun, saya tetap berstokin. Dalam pantang part ibu jari kaki la paling takut tersepak, tumpah darah pesan orang tua-tua, so jangan malas pakai stoking.”

 

Related image

8.Aircond

“Saya cuba elakkan dari terkena aircond. Cuma kadang bila bersalin dalam bilik hospital 2-3 hari yang dah ada aircond so tak dapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircond.

Saya tak boleh sejuk and memang tak tahan sejuk.”

9. Pantang Bersama Suami

“100 hari sebolehnya tapi 60 hari pun paling awal, so cuba la elak. Even dalam pantang cuba la elakkan dari rasa berahi kerana urat boleh kembang.”

10. Elak Angkat Benda Berat / Senaman Berat

“Awal-awal saya memang tak berani angkat barang berat-berat, kadang dukung anak 2 tahun pun tak berani takut peranakan turun apatah lagu senaman berat.

Silap haribulan boleh buasir atau tombong. Basuh baju atau basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air, saya cuba elakkan dari banyak kena air.

Nak berpeluh cara Melayu, paling saya sukai bersalai, bertangas.. Ya Ampun best sangat. Peluh keluar..tik..tikk.. macam mandi.”

11.Last, Pantang Keluar Rumah SELAGI BOLEH

“Lagi seksa bila berpantang dengan toki saya. Nak keluar duk depan rumah pun dia tak kasi. Tak ada nak melawo-lawo, tak ada nak mekap-mekap. Pantang time raya pun, just kain batik aje. Time ni saya “busuk-busuk aje”. Tapi bila abis je da “pelepas” pantang, terus start melawo. Haaa time tula bagaikan dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang. Kita kena sihatkan dulu dalaman. Tak guna mekap tebal-tebal, kalau dalaman kita tak jaga betul-betul. Percaya la, tak rugi dan tak menyesal, cuma perlu bersabar.”

Kepada suami-suami, anda perlu lah ambil bahagian bila isteri dalam pantang, awak juga nak isteri awak cantikkan?

Apa pun  semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat buat semua.

*Saya izinkan untuk share atau tag.

Pesan kak Dela untuk suami-suami diluar sana, anda haruslah faham bila isteri anda sedang berpantang. Terutama untuk pantang no.9 tu, jangan pula awak jadikan ini sebagai alasan untuk cari lain. Isteri da menjaga benih awak selama 9 bulan dalam rahim, berilah masa isteri anda untuk merawat kembali badannya. Bak kata orang, “barang nak pakai lama”. Kalau sakit isteri awak juga yang menanggungnya.

Akhir kata, jamu Adore pun bagus tau untuk mereka yang dah bersalin. Nak cantik luaran, dalaman perlu dijaga dulu. 😘

Credit: Fb Zaza Zaura, Via Mingguan Wanita

BACA JUGA 

5 PERANGAI PELIK IBU MENGANDUNG YANG SUAMI PERLU AMBIL TAHU!

KETAHUI 7 TIPS MENAWAN SEMULA HATI SUAMI AGAR TAK “PASANG” DUA.

8 TANDA SUAMI SUDAH TAWAR HATI PADA ANDA

MEREKA YANG DAH BERKELUARGA TU WAJIB BACA RAHSIA INI!!

CARA MUDAH UNTUK MEMBAHAGIAKAN KEDUA IBU BAPA MENURUT ISLAM

ANDA MUNGKIN JUGA MENGINGATI

[wtpsw_carousel]

 

 

AUDELA & JAMU ADORE : Dengar Pesan Kak Nanad!

Follow  AudelaBeauty.com

Image result for facebook logo    Image result for instagram logo   Image result for youtube logo  Image result for website logo

 

WORTH READING

Pada Umur Berapakah Anda Perlu Menggunakan Produk Anti Penuaan?
Pada Umur Berapakah Anda Perlu Menggunakan Produk Anti Penuaan?
Awas! Sering Melihat Foto Makanan Akan Membuatkan Anda Gemuk?
Awas! Sering Melihat Foto Makanan Akan Membuatkan Anda Gemuk?
Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?
Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?
Lakukan Gerakan Mudah Ini Untuk Kempiskan Perut Yang Boroi
Lakukan Gerakan Mudah Ini Untuk Kempiskan Perut Yang Boroi
Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat. Hanya Amalkan 6 Petua Ni Jerr...
Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat. Hanya Amalkan 6 Petua Ni Jerr…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *