5 Makanan yang Dapat Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah bagi Pesakit Kencing Manis atau Diabetes

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu penyakit di mana paras gula atau glukosa  di dalam darah adalah tinggi atau dari segi perubatan dipanggil hiperglisemia.

Diabetes merupakan penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Oleh itu, beberapa langkah boleh diambil bagi mengawal paras gula di dalam darah antaranya :-

  • Mengawal pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Pengambilan ubatan
  • Senaman

Entry kali ni, jom kita lihat makanan yang dapat membantu mengawal gula dalam darah bagi Pesakit Kencing Manis atau Diabetes.

5 Makanan yang Dapat Membantu Mengawal PARAS Gula Dalam Darah bagi Pesakit Kencing Manis atau Diabetes

 
1. Bawang Putih 

Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan. Dengan gabungan Vitamin B1 (Thiamin) ia membantu pankreas merembeskan insulin dengan baik di dalam badan.

 

 
2. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan, boleh dikisar untuk dijadikan rempah masakan mahupun dimasukkan sedikit ke dalam air untuk diminum.

 

3. Ubi Keledek 

Ubi keledek dipercayai mengandungi antioksidan dan vitamin B6 yang tinggi yang bagus untuk kesihatan. Serat yang tinggi di dalam ubi keledek berbanding ubi kentang yang lain juga mempunyai nilai glisemik yang rendah. Ubi keledek mempunyai kesan positif terhadap kerintangan badan terhadap insulin.

4. Peria 

Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit dapat membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.


5. Epal

Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula di dalam darah.

 

Mudah bukan? Diharap info ini dapat mendatangkan manfaat kepada semua. Oh yee.. Nantikan produk terbaru dari kami yang antara manfaat utamanya dapat menstabilan paras gula dalam darah. Stay tuned guys.

 

Sumber : http://sihatceriabahagia.com

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *