13 Cara Menguruskan Badan Paling Mudah Untuk Diamalkan

Tujuan kita menurunkan berat badan adalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Namun perlu diingat, bentuk badan ideal adalah tidak sama dengan berat badan yang ideal. Bercerita tentang berat badan yang ideal sudah tentulah ianya memerlukan proses diet. Proses diet di sini bukanlah diet yang ekstrim di mana hanya makan sekali untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Cara ini malahan hanya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Terapkan gaya hidup yang sihat agar dapat keputusan yang diingini dalam tempoh masa yang berpanjangan.

1) Tentukan target

Tentukan target anda sebelum anda memulakan misi untuk menurunkan berat badan.Jangan obses untuk menurunkan berat badan secara mendadak. Walaupun hanya 1kg seminggu itu adalah satu kejayaan kepada anda. Setkan juga target untuk tidak makan makanan yang bergoreng, makanan segera dan sebagainya.

2)Berfikiran positif

Setkan di minda anda tentang perkara-perkara yang positif. Abaikan aura negatif daripada orang sekeliling. Anda harus yakin bahawa anda boleh menurunkan berat badan anda.

3) Aktif bergerak

Jangan malas nak bergerak. Sebab tu awal-awal kita perlu berfikiran positif dan mempunyai target. Aktifkan badan anda jangan hanya duduk di menghadap komputer tanpa melakukan perkara-perkara yang lain.

4)Bersarapan dengan telur.

Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda berasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan protein. Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat.  Makan lah 3 biji telur setiap hari terutama pada waktu sarapan kerana anda akan berasa lebih kenyang pada hari tersebut.

5) Makan makanan yang kaya dengan serat.

Antara contoh makanan yang kaya dengan serat adalah seperti buah epal, buak pear, brokoli, roti gandum, dan sebagainya.

Manfaat makanan yang kaya dengan serat:

  1. Membantu proses detoks dalam tubuh
  2. Membantu menurunkan berat badan
  3. Menurunkan kolesterol
  4. Membersihkan saluran pencernaan
  5. Melindungi tubuh dari penyakit usus besar
  6. Menghindarkan mendakan lemak pada pembuluh darah.
  7. Mengendalikan gula dalam darah
  8. Memperlambat penyerapan glukosa

6)Makan dalam portion yang sedikit tetapi kerap.

7)Elakkan makan makanan ringan

8)Elakkan makan selepas pukul 6 petang.

Ini kerana badan kita pada waktu malam sangat tidak aktif. Jadi proses pembakaran makanan yang telah kita makan akan menjadi lambat. Jadi elakkan makan selepas pukul 6 petang.

9) Minum air limau nipis pada waktu pagi.

Limau nipis mempunyai banyak khasiat terutama untuk mereka yang ingin berdiet. Dengan meminum air limau nipis dengan segelas air suam sepanjang proses diet, ia akan membantu untuk menurunkan berat badan kita dengan lebih cepat.

10) Minum teh hijau.

Teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak. Terdapat kajian yang dijalankan ke atas 240 orang lelaki dan wanita selama 12 minggu dan hasilnya berat badan mereka menunjukkan penurunan pada lemak badan di bahagiab perut dan ukur lilit pinggang menjadi yang lebih kecil.

11) Madu dan halia

Madu mengandung zat yang akan membakar lemak pada badan secara tidak langsung iaitu fruktosa. Halia pula mampu menahan nafsu makan dan mengurangkan rasa lapar.

Cara membuat air madu halia:

  • 3 sudu madu
  • 2 sudu perahan jus halia
  • 1 cawan air suam
  • Campurkan madu dan halia kedalam air suam
  • Minum dua kali sehari.

12)Buat senaman aerobik/zumba

Aerobik atau zumba adalah salah satu cara bersenam yang sangat menyeronokkan. Ikut sahaja step daripada video di youtube atau mana-mana video .Pasti banyak peluh anda dikeluarkan. Mudah bukan?

13)Tidur dengan cukup.

Tidur selama 8jam sehari mampu mengelakkan kenaikan berat badan. Ini kerana mereka yang kurang waktu tidur cenderung untuk makan lebih kalori.

Cara yang paling mudah adalah untuk consume Audela setiap hari. Sihat dan kurus dengan Audela.

Source: http://stailoo.com/cara-kuruskan-badan/

https://www.merdeka.com/sehat/15-cara-menurunkan-berat-badan-secara-alami-dengan-cepat-kln.html

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *