012 2554054 info@audelabeauty.com

Serangan jantung atau bahasa mudahnya Heart Attack merupakan pembunuh No.1 Malaysia. Bahayanya penyakit ini sehingga orang yang nampak sihat sejahtera yang sedang buat kerja tiba-tiba rebah ke lantai. Apabila orang ramai bergesa-gesa lari kepadanya, didapati dia sudah  pun meninggal dunia.

Penting kita fokus untuk memastikan sistem pendarahan dan jantung kita sentiasa dalam keadaan kuat dan sihat. Serangan jantung biasanya berlaku disebabkan tersumbatnya saluran darah di jantung. Akibatnya, oksigen yang merupakan sumber penghasilan tenaga tidak dapat disalurkan kepada jantung. Ini membuatkan jantung menjadi lemah kerana kurangnya bekalan oksigen yang akhirnya menyebabkan jantung berhenti secara mengejut.

Masalah tersumbat ini tidak dapat diubati, namun kita berupaya mencegahnya daripada berlaku. Dalam penulisan ini diceritakan 7 makanan penting yang membantu menghalang serangan jantung.

  1. Halia
    Dikenali sebagai makanan terhebat oleh pakar nutrisi. Meskipun rasanya kurang enak tapi ia mempunyai kesan yang sangat bagus pada sistem peredaran darah dan jantung. Halia membantu melawan virus, jangkitan-jangkitan dan kanser! Seulas hingga empat ulas halia perlu dimakan sehari. Tapi saper yang betul-betul sanggup makan kan, jadi pemilihan bahan-bahan makanan berasaskan halia menjadi alternatif. Pasta dan bahan sapuan makanan (spread) merupakan contoh yang bagus.
  2. Buah Delima
    Buah yang menjadi antara sunnah dalam pemakanan telah didedahkan khasiatnya oleh para penyelidik. Ia sangat bagus dalam meluaskan saluran darah dan merendahkan tekanan darah. Juga, ia merangsang penghasilan nitik oksida di dalam darah.
  3. Kunyit
    Kunyit mengandungi polyphenol yang membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam badan. Kajian yang dijalankan mendapati kunyit berupaya mengurangkan 26% pembentukan lemak dalam saluran darah.
    kayu manis
  4. Kayu Manis
    Kayu manis berupaya mengurangkan kolesterol badan. Caranya, sehari sekali makan satu sudu besar kayu manis untuk bekalkan anti-oxidant yang mencukupi. Ataupun, anda boleh cuba roti cinnamon yang dijual di bakeri. Roti ni sedap dan sangat menyihatkan.
  5. Benih chia
    Masyarakat dahulu menggunakan benih chia sebagai sumber tenaga. Ia mengandungi asid fiber dan alpha-linoleic yang membantu  normalkan tekanan darah. Bijinya juga sangat bagus dan sedap.
    tomato-crop-pakistan
  6. Tomato
    Tomato yang asalnya hijau bertukar warna merah disebabkan adanya anti-oxidant. Sangat digalakkan makan tomato dalam kuantiti yang banyak disebabkan anti-oxidant-nya membantu merendahkan paras kolesterol badan yang menjadi punca saluran darah di jantung tersumbat. Juga, tomato membantu menguatkan tulang.
  7. Epal
    Epal juga sangat membantu merendahkan paras kolesterol badan dan melambatkan saluran jantung tersumbat. Ahli pakar dari Ohio University menyatakan sebiji epal sehari mampu melambatkan proses jantung tersumbat sebanyak 40% !

 

Antara kandungan formulasi AUDELA adalah ekstrak EPAL, TOMATA dan GINKO BILOBA yang berfungsi untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh. Menjamin kesihatan tubuh yang baik juga kulit yang jelita.

 

Jom share info bermanfaat ini. Mana tahu kita dapat membantu seseorang !

 

we care,

audela-bottle-AUDELA-