Hati merupakan organ yang sangat menakjubkan. Ia adalah organ terbesar dalam tubuh kita yang sentiasa bekerja kuat menjalankan pelbagai proses yang memastikan diri kita sihat dan sejahtera. Semua proses ini berlaku dengan sendiri tanpa kita perlu kawal seperti mana Tuhan tetapkan dan peranan kita adalah memastikan setiap organ ini dapat bekerja dengan bagus.

Setiap organ mempunyai tugas spesifik yang perlu dilaksanakan. Namun kita tidak membicara kesemuanya dalam entri ini kerana fokus entri ini adalah tentang hati dan fakta-fakta yang mungkin anda belum tahu tentang hati.

Hati yang berada di belakang tulang rusuk kanan dan terletak betul-betul di kanan perut membantu proses mencerna, hadam dan memproses makanan.

 

FAKTA 1

Fungsi utama hati adalah menapis darah dari saluran penghadaman sebelum mengalir ke seluruh badan. Setiap darah akan ditapis oleh hati bagi mengelakkan berlakunya pencemaran yang disebabkan oleh toksin-toksin yang terhasil daripada makanan. Darah yang mengalir keluar dari hati adalah lebih bersih dan sesuai disalurkan kepada setiap sel-sel tubuh.

 

FAKTA 2

Hati berperanan menyahtoksin bahan-bahan kimia dan memproses ubat-ubatan sehingga badan boleh hadam. Dalam proses ini, hati mengeluarkan hempedu yang membantu penghadaman lemak di dalam usus.

 

Tapi bagaimana pula jika jumlah toksin yang terhasil dari makanan sangat banyak? Setiap hari kita disajikan pelbagai jenis makanan yang merangsang kepada penghasilan toksin secara berlebihan. Jika hati tidak dijaga dengan baik dan berada dalam kondisi terbaik maka  ia tidak mampu merawat kesemua toksin dengan sempurna.

 

FAKTA 3

Hati menghasilkan protein yang sangat penting dalam pembekuan darah terutama sewaktu berlakunya kecederaan. Ini menyelamatkan kita daripada kehilangan darah yang banyak.

 

Kegagalan hati berfungsi menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit dan masalah. Antaranya termasuklah kegagalan pembekuan darah tatkala berlaku pendarahan dan cirit-birit. Kekurangan zat makanan juga boleh menjadi tanda hati bermasalah yang berpunca dari badan tidak dapat menyerap dengan baik akan nutrien-nutrien di usus. Sebenarnya nak jaga hati kita tidaklah sesukar mana. Dengan sedikit perubahan tabiat pemakanan dapat membantu anda menikmati hati yang sihat dan kuat.

 

Anda adalah apa yang anda makan

Sumber: Riley Hospital for Children

 

Jom kongsikan info bermanfaat ini dengan rakan !

Jaga organ dalam badan dengan rutin yang betul. Klik SINI kalau nak tahu macam mana.

 

Formulasi DETOX daripada AUDELA mengeluarkan toksin dari badan secara berkesan supaya anda memiliki kehidupan sihat sejahtera yang bebas dari penyakit merbahaya. Mulakan minum segelas AUDELA hari ini !

Sihat Cantik Yakin,

-AUDELA-

01-blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *