5 Panduan PENTING Skin Care – Tips Cantik

Hai sis jelita !

Kita kan…….suka sangat wajah yang cantik berseri semula jadi.

Tak yah make up tebal pun….calit sikit lipstik dah ready.  Let’s go! with confidence .

Sebab tu, kita sangat titik beratkan penjagaan kulit yang betul.

Sis pun mesti sama kan? macam kita jugak.

 

 

Tapi..

 

 

Kita selalu dengar sis mengadu…

Sis cakap…..semua step sis ikut…..dari pencuci muka sampai lah krim malam…..berderet skin care sis guna…

Tak flawless pon ….. malah makin sensitif pulak kulit sis…..sis salah produk la ni..!

Tukar lah….

 

 

Cop~ cop~ nanti.. jangan terlalu cepat salahkan produk…

 

 

Ha..sini kita nak kongsikan 5 cara terbaik penjagaan kulit melalui skin care.

Ready!

 

 

Satu!
  • Janganlah berkasar dengan kulitmu

Prof Jeannette Graf, dari unit Dermatology, New York University Medical Centre pesan.. “your skin needn’t be scrubbed or squeaky to be clean”. Kulit kita bukan lah periuk dan kuali kan.. hihiks! 

Jadi..jangan di tonyoh kulit tu..dan janganlah berkasar dengan nya…huhu.

Lembut sahaja~ kita sayang kulit kita..

 

 

Sebaiknya….guna lah produk yang lembut pada kulit, produk tanpa agen pencuci detergent. Contohnya; pakailah produk yang bersifat susu, gel dan buih ‘foam’. 

Pilihlah yang mengandungi bahan semula jadi daripada tumbuhan atau buah-buahan.

Biasanya, dekat label produk, ada tulis; coco, untuk coconut (kelapa), gluco-, untuk ekstrak gula daripada buah) dan sebagainya. Jangan risau, sebab produk berasaskan bahan semulajadi ni selalu jelas dan tak lah mengelirukan.

So, choose nature for naturally beautiful skin !

 

 

 

Dua!
  • Produk pH-balanced

Kulit kita menghasilkan natural oil nya sendiri yang disebut sebum. Banyak sangat sebum pun tak ok, kulit terlalu berminyak. Kurang sebum, kulit jadi terlalu kering. Solusi terbaik, kita pilih produk seimbang. Yang ada tulis ‘pH-balanced’.

Sebagai contoh kan.. Make up remover yang pH-balanced, membersihkan make-up tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi kulit kita. Produk pH stabil membersihkan sebum yang berlebihan je. Natural oil dekat permukaan kulit kita masih terjaga..kelembapan kulit masih terpelihara..baru lah tak timbul masalah baru pada kulit.

Dan, kurang lah risiko break-out, dimana kulit jadi lagi teruk selepas guna produk dan sebagainya.

 

 

 

Ha!

 

Tiga!
  • Perlu ke toner?

Toner dipakai selepas mencuci muka. Sebab toner dihasilkan untuk mengembalikan pH asal kulit selepas dicuci dengan sabun pencuci muka yang bersifat alkali.

Tapi..kalau sis pakai pencuci muka yang pH nya stabil dengan kulit kita, ‘pH-balanced’, tak perlu dah pakai toner.  Nanti kulit jadi kering! Seperti mana Prof. Graf cakap, “It’ll only dry your skin”.

Cukup je dengan bilas muka dengan air sejuk! Macam toner, air sejuk pun akan mengecutkan pori-pori wajah selepas dicuci.

 

Ahhh! segarnya..,,~

 

 

Oops!

 

 

Empat yea! 
  • Pilih ‘fragrance-free’

Biasanya kan.. punca break-out ialah reaksi kulit terhadap kandungan pewangi dalam produk.

Kalau sis rasa kulit sis elergik, senang break-out, kita sarankan sis pilih yang fragrance-free. Kadang-kadang juga dilabel sebagai ‘unscented’,  yang kandungan pewangi nya sikit je. Biasanya ada cuma untuk samarkan bau bahan aktif dalam produk tu. Jadi kurang  kimia pewangi, kuranglah risiko break-out,  bau pun sedap-sedap je..tak terlalu kuat..hihi

 

Kalau kita kan sis ….kita suka bau dedaun…..macam bau teh hijau…..~ bau alam…. rasa rileks bila lepas pakai skin care…… haaaahhh~

Kalau sis…? sis suka bau-bauan yang macam mana yea? [komen kat bawah tau, kita nak tahu……]

 

 

 

Ok what’s next!

 

 

 

Lima!

Betul nak tahu lagi?

 

  • Melindungi sambil melembapkanmu disiang hari

Siang hari biasanya adalah waktu kita aktif bukan? Waktu ni kulit kita terdedah pada air-cond , pencemaran, panas terik, sinar uv. Semua ni ancaman! Ancaman yang  boleh buat kulit kita kering dan kusam. So, dua perkara yang utama untuk siang; pelembap dan pelindung uv.

Krim siang yang terbaik ialah yang melindungi dari sinar uv dan melembapkan. Pilih lah kandungan pelembap berasakan tumbuhan dan bahan semulajadi…

 

 

Lagi dan lagi……kenapa kita asyik sebut bahan semulajadi eh??

 

Sebab ianya sangat penting… *…sebab apa lagi kan….?* huhu

 

 

Sis tahu tak, sebenarnya… bahan-bahan semulajadi, menyerap jauh lebih baik ke dalam kulit kita berbanding bahan kimia buatan manusia. Cuma bahan semulajadi ni..biasanya mahal sikit, sebab tu lah bahan kimia sering dijadikan alternatif.

Jadi, terpulang lah pada diri kita…nak pilih bahan semulajadi yang mahal sikit atau bahan alternatif yang murah sikit….

 

 

Voila~! 5 tips skin care  sudah kita kongsikan. Tak sabarnya nak belai manja kulit ni! ngeeee~!

 

 

Seronok rasanya dapat berkongsi..

Nanti kita share lagi tau!

 

 

Cantik sihat dengan AUDELA , formulasi 17 herba aktif mencantikkan tubuh dan kulit dari dalam secara semula jadi.

 

Love,

-AUDELA-audela-bottle

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *