012 2554054 info@audelabeauty.com

Hmmmm…….sis nak kurus…….sis dah cuba diet…

Tapi kenapa berat sis masih tak turun……kenapa sis gemuk lagi ……????

 

Huuuu kenapa macam ni……sis diet sampai berlapar tau,

Tak nak makan. Sebab nak kurus punya pasal.

 

Sedih la macam ni….

 

Ha??

Apa sis????? Sis tak makan?

Mane boleh tak makan sis….

nanti metabolisma turun…lagi cepat gemuk tau.

 

Hah? iyeke…?

 

Iye sis…

 

Hmmm…..kita rasa mesti ramai lagi yang tak tahu ni…….kesilapan terbesar nak nak kurus, ialah tak makan.

 

Sebab, bila badan tak cukup makan, kadar metabolisma badan akan menurun.

Metabolisma yang rendah adalah faktor utama berat badan cepat naik.

 

Iye sis,

 

Bila metabolisma rendah, badan tak dapat bakar banyak kalori untuk dijadikan tenaga…

Bila kalori tak dibakar dengan baik…..even makan sikit je pon, badan akan cepat naik tau!

 

bukan tu je….badan jadi lemah…tak larat…cepat sangat letih…

 

mane taknye…… kalori tak dibakar jd tenaga…….dia berkumpul dalam badan jadi lemak la……hmmm

 

Jadi sis, jangan  berlapar, sampai tak makan langsung untuk kurus.

nanti sakit…

 

 

Baiklah…

Meh kite nak citer….5 kesilapan terbesar yang menjejaskan metabolisma.

 

Ha..

SATU!
TAK MAKAN

Memang lah kalau nak turunkan berat badan, kita kene kurangkan pengambilan kalori. Tapi, jangan terlampau kurang yea sis.

Badan wanita kebanyakannya perlukan lebih kurang 1200 kalori sebagai asas. Kalau kurang, mula lah metabolisma terhenti.

Lagi menakutkan ialah bila tak makan, badan takde apa nak bakar jadi tenaga, nanti dia mula bakar tisu otot kita untuk hasilkan tenaga yang kita perlukan.

Takutnya….

 

Ha… jadi sis, jangan berlapar. Makan kene cukup tapi jangan berlebihan.

 

Kite sarankan.

sis biasakan body sis makan dengan teratur. Baru lah dia tak lapar je setiap masa….

Latih diri makan ikut time. Lama-lama akan terbiasa. So nanti, kalau bukan masa makan, perut tak rasa lapar pun.

 

Latih diri makan, setiap 3 ke 4 jam. Jangan skip! Terutamanya breakfast.

Kalau sis mulakan makan dengan sarapan pagi yang berat, nanti kuantiti makanan lunch dan dinner akan berkurangan. Itu terbaik. Percayalah.

 

Tapi kalau sis rasa lapar pada pertengahan waktu makan, contohnya, selepas waktu sarapan atau sebelum waktu dinner, Sis boleh makan snek yang sihat. Bukan keropok tau!

Snek sihat tu macam, kismis, kacang-kacang, buah atau sayur segar yang sis suka. Buat alas perut je.

 

 

DUA!

 

TAK AMBIK CAFFEINE?

Caffeine ni kunci untuk tingkatkan metabolisma! Caffeine macam yang ada dalam kopi atau teh meransang sistem saraf kita, tingkatkan metabolisma badan sampai 8% tau. 8% tu bersamaan 98 ke 174 kalori sehari. Wahhhh..

 

Banyak kan…!

Teh ada bahan antioksida catechin. Kajian dari Jepun menemukan, kalau minum teh yang dibru, boleh naikkan kadar metabolisma badan sampai 12% banyaknya.

Jadi jangan takut minum teh atau kopi.

 

TIGA!

 

AMBIL KARBOHIDRAT  YANG SALAH

Tukar lah. Daripada nasi putih kepada beras perang dan pasta. Roti putih kepada roti whole-grain.

Juga, elakkan makanan terlampau diproses, gantikan dengan makanan segar. Contohnya, gantikan daging berger dan daging segar.

Biskut, makanan ringan, gantikan dengan kekacang segar dan buah-buahan.

Begitu juga dengan gula putih, cuba gantikan dengan madu atau stevia.

 

Makanan-makanan segar ni mengandungi fiber dan zat yang badan kita perlukan…

 

Menurut kajian, makanan kaya fiber melajukan pembakaran lemah sebanyak 30% !

Menurut kajian lagi, wanita yang ambik banyak fiber lah yang paling lambat naik berat badan.

 

So, jom target! Mesti ambil fiber lebih kurang 25g sehari, yang bersamaan 3 hidangan buah dan sayuran.

 

 

EMPAT!

 

TAK ELOK MINUM AIR SEJUK?

Sapa kata? Bukan tak elok. Cuma jangan berlebihan dan kene pada masanya.

Jangan minum ar sejuk lepas makan. Minum bila dahaga dan sebelum makan.

 

Air sejuk sebenarnya mengejutkan matabolisma badan yang tengah tidur. Bila dia bangun je, dia boleh bakar sampai 50 kalori! Jumlah yanng cukup untuk turun 2 kg setahun tu.

 

Nak ke nak? Kalau nak, minumlah kira-kira 6 gelas air sejuk sehari,

 

 

LIMA!

 

TAK MINUM SUSU?

Tak minum susu sebab sengaja ke sebab tak lalu…?

 

Kalau tak cukup kalsium pon boleh sebabkan tahap metabolisma jadi rendah tau sis.

 

Kalau tak lalu minum susu takpe, gantikan dengan produk tenusu yang lain. Apa sahaja yang sihat dan ada kalsium. Macam, keju, yogurt dan lain-lain.

Atau campurkan susu dengan coklat. Kite dah cuba. Kawan kita yang tak minum susu pun jadi suka sis!

 

Oh yea!.Ambil produk yang fat-free atau low-fat ok!

 

Ha…mudah je sebenarnya nak kawal badan.

Cuma makan teratur, makan betul.

 

Jom share 5 perkara penting ni! Bila kongsi baru tak lupa.

 

Sedapnya bila minum AUDELA. Rasa buah-buah nya mewah! Kaya dengan fiber dan antioksida. Nak kurus, minum AUDELA!

 

Kurus Sihat Yakin,

-AUDELA-audela-bottle