012 2554054 info@audelabeauty.com

Biasa nampak kan, bila dekat restaurant atau kiosk minuman, nak order air teh…haaa tu dia macam-macam jenis teh ada. Lagi-lagi kalau dekat kedai yang berunsurkan menu Chinese dan Taiwan, macam restoran Oldtown dan kiosk minuman Chatime.  Ada japanese green tea ocha, matcha, ada jugak Oolong Tea.

Oolong tea ni apa?

Oolong ni sejenis teh tradisional yang paling feymes kalau di China dan Taiwan. Dibuat dari daun, putik dan ranting sejenis tumbuhan namanya Cemellia sinesis yang kebanyakannya berasal dari wilayah Fuijan, China. Ohhh…Camelliaaaa~ *nyanyi pulak* huhu

Apa yang unik dengan Oolong ni, ialah rasa dia tu…rasa  teh diantara teh hijau dan teh merah..kalau penggemar teh mesti suka, selain khasiat AJAIB nya kepada kesihatan badan.

 

 

Haa,, Meh Dela kongsikan 10 kebaikan AJAIB yang kita boleh dapat dari teh Oolong ni.

 

1. Boostkan metabolisma dan menurunkan berat badan

 

Ha..jangan terperanjat! Teh Oolong boleh bantu anda bakar lemak dengan lebih cepat. Secepat 2 jam selepas minum Teh Oolong ni. Ia juga mengandugi polyphenols yang boleh block enzim penghasilan lemak.

Maknanya kalau nak turun berat badan boleh la try masukkan Oolong tea dalam senarai minuman diet anda. Dengan syarat! Jangan letak gula tau! Gula tu kalau tak berjaya diconvert menjadi tenaga, dia jadi lemak, punca kegemukan.

Oh no!

Tapi jangan risau. Kalau anda nak rasa manis-manis, boleh titiskan sikit stevia atau madu asli, atau syrup buah-buahan yang rendah kandungan gulanya..

 

2. Turunkan kadar kolesterol

Orang China dan Jepun amalkan minum teh sebab teh menjadikan jantung anda sihat. Sebab teh Oolong ni diperap seketika dan disemi–oksidakan. Jadi kandungan polyphenol dalam Oolong cukup untuk mengaktifkan enzim lipase  yang kalau kita masih ingat masa dalam kelas Sains dulu… enzim Lipase ni melarutan lemak.

 

3. Tingkatkan kepekaan mental

Teh mengandugi caffeine yang meningkatkan kepekaan mental, jadikan kita lebih alert !

Kalau anda sensitif dengan caffeine, limitkan pengambilan teh anda ok. Minum teh yang larut..yang tak terlalu pekat atau tak perlu ambil setiap hari. Mungkin 2-3 kali seminggu pon ok!

4. Bantu lancarkan penghadaman

Teh mengalkalikan saluran penghadaman kita, mengurangkan keradangan bagi mereka yang ada masalah ulcer dan acid dalam perut. Teh Oolong juga menghalang bakteria jahat sebab dia juga bersifat antiseptic dan melega perut bila diminum hangat.

 

5. Sihat dan cantikan rambut

Kandungan aktioksida dalam teh ni sangat tinggi. Anda boleh rawat masalah keguguran rambut dengan teh Oolong. Caranya, bilas rambut anda dengan daun-daun teh Oolong ni. Boleh cuba juga dengan teh Oolong sendiri.

Rambut anda akan jadi lebih sihat, lebat dan bersinar.

 

6. Rawat kulit

Biasa dengan eczema? Eczema biasa terjadi disebebkan alahan atau kulit yang terlalu sensitif. Kandungan aktioksida yang melawan radikal bebas dalam teh Oolong boleh mengurangkan reaksi alahan pada kulit anda. Malah menjadikan kulit anda kekal berseri dan awet muda.

 

7. Stabilkan gula dalam darah

Bagi mereka yang menghidap diabetes tahap 2, boleh cuba minum teh Oolong. Sebab kajian ada menunjukkan yang teh oolong boleh menurunkan kadar gula dalam darah kepada tahap yang sihat.

8. Elak kerosakan gigi

Teh oolong dan teh hijau melindungi mulut daripada beberapa jenis acid yang terhasil disebabkan bakteria dalam mulut. Jadi berkuranglah risiko kerosakan gigi dan pembentukan plak.

 

9. Melindungi dari osteoporosis dan menguatkan tulang

Kajian juga menemukan bahawa daun teh Oolong ada mengandungi magnesium dan kalsium yang baik dalam membantu penyerapan mineral oleh tubuh badan dan mengurangkan risiko kehilangan jisim tulang.

 

10. Kuatkan imunisasi

Teh Oolong memang feymes dalam menentang kanser. Sifat antioksida dalam teh Oolong menentang  kerosakan sel dan juga menguatkan tahap imunisasi badan dengan meningkatkan penghasilan protein antibakteria menentang penyakit.

 

Jadi boleh lah mula masukkan teh Oolong dalam senarai minumam sihat anda !

Tapi ingat jangan berlebihan ! Sebab teh Oolong kan mengandungi caffeine. Kalau berlebih-lebihan boleh jadi sakit kepala, sakit perut, keresahan dan dengupan jantung tak sekata.

Begitu juga kalau kalau anda pregnant atau menyusukan bayi, elok dapatkan nasihat dulu k.

 

Jom share info Oolong ni! Biar ramai tahu ramai sihat, cergas dan produktif hari ni !

 

Love,

-AUDELA-audela-bottle