5 Khasiat Magika Ginko Biloba

[et_pb_section bb_built=”1″ admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”left” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Salam dan hai!

Lama sangat kan Dela tak berkongsi dengan anda semua. Huu.. Bukan apa, saja nak tengok u olls rindu ke kat Dela ni. Dela dok menulis ni, nak juga rasa dihargai…heee

Alhamdulillah rupanya ada yang suka dengan sharing kite.. dia komen and say thank you. huuu happynya walaupun seorang je.

Dela happy sebab Dela dapat rasa yang Dela membantu orang dengan sharing-sharing Dela.

 

Ok hari ni Dela nak share tentang sejenis daun herba ni, nama dia Ginko Biloba. Mesti biasa dengar kan? Nak tahu..mulanya mati-mati Dela ingat Ginko Biloba loba ni pegaga tau. Sebab rupa dia sama, sejibik. Tapi sebenarnya saiz dia jauh beza kot! Pegaga alahai tecik kiut miut tapi Ginko ni, pokoknya tinggi 20-30 meter..!!! Rupa ja sama. Pegaga gegasi lah Ginko Biloba ni. *nak juga pegaga. hihik*

Dela sorang je ke yang salah tafsir? Ke awak pon sama..? haha. Mengaku pliss..hehe. #youarenotalone

 

Macam pegaga, Ginko Biloba ni pon banyak betul khasiatnya. Patut la pengamal perubatan herba cina suka sangat dengan daun ni. Gingko Biloba ni sejenis tumbuhan yang didapati daripada pokok Gingko. Walaupun diancam kepupusan pada zaman ais, pokok gingko bertahan dan masih ada di negara China. Ia dipercayai merupakan salah satu spesis pokok yang hidup paling tua di dunia.

Jom baca 5 khasiat magika Ginko Biloba!

  1. Ubat
    Ginko Biloba mengandungi flavanoid dan terpenoid, bahan kimia yang bertindak sebagai ubat. Kajian makmal dan kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan. Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
  2. Herba otak
    Ginkgo juga dikenali sebagai “herba otak”. Gingko meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.
  3. Membaiki pengaliran darah
    Oleh kerana dipercayai gingko boleh memperbaiki aliran darah, kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa daripada 8 kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko cenderung untuk berjalan kira-kira 34 meter lebih jauh daripada mereka yang mengambil placebo. Walau bagaimanapun, senaman dan latihan berjalan menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada gingko dalam meningkatkan jarak berjalan kaki.
  4. Mata
    Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga dipercayai boleh membantu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata. Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini. Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baru bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.
[ Sumber: Facebook KKM ]

Sekarang dah tahu yang Ginko Biloba loba ni bukan pegaga. Dan khasiat magika dia. Boleh lah share dengan orang lain. Mana tahu ada  orang ataupun ahli keluarga mereka yang perlukan khasiat Ginko Biloba ni. Share lah!

Audela mengandungi khasiat dari ekstrak daun Ginko Biloba sebagai bahan aktif yang boleh membantu meningkatkan kesihatan dan seri pada tubuh badan.

_AUDELA_

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *