012 2554054 info@audelabeauty.com

 

1. Keselamatan rumah

Peralatan elektrik yang tak diguna, pisahkan dari suis dan off suis tu. Macam extension ke, suis seterika ke, lampu meja, water heater, jangan connect pada suis sebab ditakuti jadi litar pintas waktu kita takde. Litar pintas boleh sebabkan berlakunya kebakaran tau. Jadi jaga-jaga dengan elektrik.

Kalau boleh matikan suis utama. Tapi biasanya tak boleh, sebab walaupun kita tak ada dirumah, tapi ada alatan elektrik yang, masih perlu hidup macam peti ais.
Dan seterusnya, kalau boleh kena nyalakan lampu walaupun tak ada dirumah. Nyalakan satu lampu di dalam dan luar rumah. Sebab dikhuatiri rumah nampak tak berpenghuni. Takut orang berniat jahat senang nak pecah masuk. huuu..
Minta dijauhkan, Na’uzubillah.

Lagi satu, pesan pada jiran yang tak balek kampong. Berikan contact number anda dan beritahu mereka, anda sekeluarga balek kampung sampai bila. So, kalau sepatutnya anda tiada dirumah tapi rumah berpenghuni tu haa.. Boleh lah dia report dekat kita apa-apa yang mencurigakan.

 

2. Kebersihan rumah

Keluarkan sampah dan simpan apa sahaja item yang boleh busuk dan rosak. Seperti makanan, sampah, dan kalau bela haiwan macam kucing, buang tahinya. Kita tak nak nanti balek tengok kulat dan ulat. Eww~

Haiwan peliharaan, jangan dilupa kebajikan mereka. Kalau ikan atau reptilia pastikan akuarium mereka bersih dan sediakan stok makanan dan serta penjagaan yang cukup sepanjang ketiadaan anda. Atau boleh juga hantar ke hotel haiwan kalau ada bajet lebih. Kalau macam Dela, Dela bela kucing, untuk balek kampung ada masa dela bawak sekali atau ada masa Dela tinggal dekat rumah. Dirumah dah ada auto-feeder untuk makanan dan air. Tempat yak yak pon extra lah hihi. Pasir pakai yang wangi supaya nanti buka pintu rumah tak lah semerbak lain baunya. haha

Kemas rumah siap-siap. Nanti balek dari kampung kan letih..tengok rumah kemas selesa..lapang jer rasa. Cuba kalau bersepah kan dan tak syok, nak kena kemas rumah pulak letih-letih. Lagi tragis kalau ada tetamu nak datang.. haaa..bersilat pulak tak pepasal kan! hihi

 

3. Kenderaan

Perjalanan balek raya ni biasanya jauh dan sesak. Jadi kenderaan kita bakal mengalami satu keadaan yang agak getir. Pastikan kenderaan anda benar bersedia untuk menghadapi jem dan perjalanan jauh. *untung la sape yang kampong dia dekat tu* huhu

Servis minyak hitam, air radiator, tayar pastikan elok dan tak botak, top up Touch’nGo, pastikan keseluruhan kereta berfungsi dengan baik. Dan kalau boleh minyak, isi siap-siap full tank, sebab boleh elak kesesakan di stesen minyak lagi-lagi masa nak mulakan perjalanan. Semoga selamat sampai kedestinasi hendaknya. Ameen.

 

4. Bekalan

Setelah merancang jam perjalanan, kalau ada kemungkinan anda akan berbuka dalam perjalanan, bawalah bekal berbuka puasa. Air dan kurma ke..berbuka puasa sunat disegerakan. Tak elok dilambat-lambatkan.
Bab bekal ni, Dela sendiri memang sentiasa spare air dalam kereta kadang-kadang bukan untuk minum sahaja. Tapi, untuk macam-macam perkara. Kerana air ni sangat essential, banyak perkara memerlukan air.

Kot la mabuk kenderaan, termuntah. Boleh basuh. Air radiator kering, boleh top up. Terpijak najis miaw, boleh jirus. hihi *ape la Dela ni tak senonoh*

Lagi tentang bekalan, bagi yang naik kereta, bawa lah in-car charger dan pastikan ia berfungsi lah. Supaya handphone kita sentiasa on, untuk check laporan traffik dan untuk buat panggilan penting. Bagi yang naik kenderaan awam, boleh bawak power bank yang dah siap charge ye.

 

5. Kecemasan

Simpan siap-siap nombor panggilan kecemasan,
Masukkan nombor-nombor penting berikut: Perkhidmatan bantuan kerosakan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) hotline: 1-300-226-226 . Plusronda: 1-800-88-0000. Telefon kecemasan Plus Malaysia Berhad terletak di setiap 2 km sepanjang lebuh raya.
Atau apa-apa lagi nombor yang penting disaat kecemasan dalam perjalanan.

Akhir kata, semoga perjalanan anda sekeluarga pulang ke kampung berhari raya, selamat dan lancar. Ameen.

 

Oh ye, bagi yang kena ambil ubat-ubatan, bawak ubat ye, jangan skip ambil ubat. Raya-raya juga, kesihatan perlu dijaga.
Bagi yang minum Audela, biarpun bukan ubat, tak kan tak nak bawak kot..dah la mudah. Tak nak bawa balang, bawalah sachet2 Audela, peneman hari raya anda! Raya-raya juga, badan mesti maintain gojes u! hihi
Bab ni Dela paling suka!

AUDELA – Selamat Hari Raya !