012 2554054 info@audelabeauty.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Ramai yang nak gigi sihat, bersih, putih bersinar nau nau. Tapi kos untuk melakukan rawatan mungkin agak mahal bagi sesetengah individu. Agen pemutih gigi pun sudah berlambak dalam pasaran tetapi  tahap  keselamatan produk masih dalam keraguan selalunya macam-macam bahan kimia dalam tu. Tidak semua orang sanggup mengambil risiko untuk cantik. Bahan kimia  berbahaya bukan setakat membahayakan diri sendiri malah baby yang  menyusu badan dan ibu mengandung juga.

Alhamdulillah ada juga cara untuk memutihkan gigi secara natural. Lepas ni senyum je memanjang. Yelah apa taknya, ramai member asyik kritik gigi kuninglah, tak cukup putihlah, berkerak dan sebagainya sebelum ni. Kadang-kadang sampai confident level drop, malu nak senyum dan paling parah sampai tak nak cakap dengan orang sekeliling.

Antara penyebab gigi jadi kuning atau sekeliling gigi nampak kotor adalah disebabkan plag-plag membiak dicelah-celah gigi yang sukar dicapai ketika memberus gigi.  Bagi menghilangkan plag-plag digigi anda perlu jumpa pakar untuk membersihkan plag tersebut. Selain itu, gigi kelihatan kuning  disebabkan makanan dan minuman yang mungkin mengandungi pewarna yang sangat kuat. Ini antara method yang paling mudah dilakukan dan mudah serta murah untuk diperolehi.

                            1. Minyak kelapa

Minyak kelapa adalah minyak tradisional sejak bertahun dahulu. Minyak yang terhasil daripada isi kelapa yang diproses. Banyak kebaikan yang dapat diperolehi dengan hanya menggunakan minyak kelapa. Dalam kes kali ini,Dela fokus terhadap penjagaan gigi. Cara nak guna pemutih gigi natural yang pertama, ambil 2 sudu teh  minyak kelapa dan kumur lebih kurang 15-20 saat, rasanya seperti menguyah gula getah dalam beberapa kunyahan ia akan bertukar menjadi satu cecair, kemudian buang dan diulangi dengan berkumur menggunakan air bersih. Done! Sekejap je! Minyak kelapa dapat membantu anda untuk merawat gusi berdarah, membunuh bakteria dalalm mulut, mewangikan nafas, dan yang palng penting memutihkan gigi.

 

                         2. Soda bikarbonat

Baking soda antara bahan yang ada dalam ubat gigi yang diperbuat daripada brand yang besar-besar. Tetapi untuk lebih natural, anda boleh je guna baking soda yang ada kat rumah korang tu. Baking soda bantu korang untuk bersihkan kotoran-kotoran yang ada pada permukaan gigi. Sambil-smabil tu halang daripada bakteria membiak juga.

 

                              3. Arang aktif

Menjadi kontroversi juga menggunakan arang sebagai egen pemutih gigi. Boleh ke tak boleh? Warna hitam dan agak kotor untuk dimasukkan ke dalam mulut. Belum ada lagi kajian saintifik yang membuktikan keberkesanannya tetapi sudah ramai yang mencuba dan hasilnya sangat memberansangkan. Lepas guna, korang kena berus gigi macam biasa tau. Sila beli arang aktif daripada sumber-sumber perubatan. Jangan harap nak guna arang yang guna untuk BBQ tu. Lain pulak  jadinya nanti.

 

                            4. Cuka Epal Masam

Cuka epal masam mengandungi asid asetik, di mana akan ia membunuh bakteria secara natural akan membersihkan mulut dan memutihkan gigi anda. Cuka epal perlu dicampur dengan air kemudian berkumur seperti biasa dan bilas dengan air bersih. Guna hanya dalam 2 atau 3 kali je seminggu.

Support natural way for healthy life. Jangan lupa minum Audela guys. Audela guna bahan-bahan natural juga. So, you`ll get natural beauty dengan hanya minum Audela setiap hari. Selamat mencuba tips kita hari ni. Have a nice day.

#audelalovers