5 minit atasi nafas berbau

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Kebersihan sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan kita. Bagi individu yang mengalami nafas yang berbau membuatkan mereka segan untuk duduk didalam kelompok orang ramai. Mereka takut orang lain akan merasa tidak selesa dengannya kerana nafas agak berbau.

 

Sudah banyak cara untuk atasi masalah ini, namun tetap tidak berhasil. Banyak faktor yang mempengaruhi nafas kita menjadi busuk, antaranya makanan tak dapat dihadam dengan baik, fungus dan baketeria yang meyerang tempat-tempat yang berisiko mendapat sakit. Terutama bahagian yang terdedah dengan udara luar macam area-area mulut  sebab ada yang tidak mementingkan kebersihan sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut dan bedal semua jenis makanan lepas tu tak berus gigi lepas makan.

 

Atasi masalah ini dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang sangat simple dan paling penting murah serta mudah diperolehi. Nak sedia pun cepat je. 5 minit dah siap. Ramuan ini juga boleh bantu anda bersihkan mulut dan memutihkan gigi sekali tau.

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Jus lemon                                                                            Satu cawan air suam                                                               ½ sudu the serbuk kayu manis                                                   Satu sudu penuh madu                                                              Satu sudu penuh soda bikarbonat

 

Cara nak sediakan sangat mudah, firstly guna bekas yang bersih, masukkan jus lemon, diiukti dengan madu dan serbuk kayu manis. Asingkan. Secondly, campurkan air suam dengan soda bikarbonat, gaul sehingga sebati. Thirdly, campurkan kesemuanya dalam satu botol yang sesuai dan goncangkan sehingga sebati.

 

Siap! Sekejap je nak buat. Simple as that. Bolehlah start berkumur dengan pencuci mulut yang sangat power ni. Ambil 1 atau 2 sudu mouthwash yang korang buat tu, berkumur dalam 10 saat sahaja.

 

Madu dan kayu manis merupakan bahan antibakteria yang berkesan. Manakala soda bikarbonat bertindak sebagai pemutih gigi dan  jus lemon memberi kesegaran serta membersihkan nafas anda.

 

Boleh buat banyak-banyak dan simpan dekat bekas yang kedap udara. Kena kerap amalkan kalau nak hasil yang berkesan. Ringan-ringankan tangan tu. Dalam-dalam kesibukan jadual seharian anda, jangan skip minum Audela pulak. Minum bukan sekadar cantik tapi sihat jugak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *