012 2554054 info@audelabeauty.com

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Masing-masing berdiri depan cermin, buka mulut dan lihat keadaan lidah anda semua. Melalui lidah menunujukkan anda sihat atau tidak. But no worries, tanda-tanda lidah ini mungkin daripada sisa pemakanan yang anda ambil.

 

 

Lidah bertompok putih

Tompok-tompok putih dilidah  disebabkan beberapa punca. Tompok putih tersebut dipanggil Leukoplakia dimana sel dan protein keratin terlalu banyak didalam mulut. Jenis lidah sebegini sering dialami oleh seorang perokok atau mereka yang gemar minum minuman beralkohol. Walaupun ianya tidak berbahaya tetapi jika dibiarkan bertahun-tahun dengan tidak mendapatkan nasihat dari doktor mungkin boleh bertukar menjadi kanser. Terkadang ia disebabkan oleh mereka yang mengalami diabetes, kekurangn zat besi atau vitamin B, daya tahan badan lemah, dan memakai gigi palsu.

Lidah berambut hitam

Antara sebab lidah kelihatan berambut hitam ia pastinya terkena jangkitan yis, diabetes, terapi kanser, tahap kesihatan lemah. Terhasil disebabkan sel kulit mati pada lidah yang menampakkan ia seperti rambut berwarna hitam. Tidak perlukan perubatan, Cuma perlu kerap berus lidah.

Lidah Berbintik merah dan putih

Kebiasaan bintik-bintik merah dan putih adalah perkara biasa kerana deria rasa dalam keadaan tidak baik. Mungkin disebabkan badan tengah lemah atau demam sahaja.

Lidah kemerahan luar biasa

Kemerahan luar biasa menujukkan kekurangan asid folik, B12 atau iron. Kadang-kadang disebabkan demam atau sakit tekak. Anda hanya perlu ambil ubat yang betul atau makanan tambahan yang sesuai.

Lidah kelihatan berbelang

Lidah berbelang disebabkan sistem immune badan serang sel-sel, tanda-tanda akan mengalami keradangan yang dikenali sebagai Lichen Planus. Lichen Planus tidak berjangkit tetapi akan berisiko untuk mendapat kanser. So, penting untuk mendapatkan rawatan segera dengan pakar kesihatan gigi. Elakkan daripada hisap rokok (tembakau) dan makanan yang mengganggu keadaan mulut anda.

Lidah berbenjolan

Benjolan pada lidah selalunya muncul bila anda sedang demam. Ianya juga disebabkan oleh banyak hal termasuklah merokok, tergigit, dan ulser. Tidak perlukan ubat-ubatan klinikal sangat, hanya homemade remedies sudah memadai. Kumur air garam, kunyah mint leaves, dan makan makanan yang lembut dan sejuk. Elakkan makan makanan berminyak dan jaga kesihatan gigi anda.

Untuk melihat testimoni Audela, Klik disini