012 2554054 info@audelabeauty.com

 

 

Assalamualakum dan salam sejahtera,

 

Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang agak parah , merah, besar, dan sudah tentu menyakitkan. Untuk berhadapan dengan orang ramai pun rasa malu yang tak dapat dibendung lagi dan masa tu keyakinan diri sudah terbang entah ke mana. Jerawat selalunya akan tumbuh pada kulit yang sudah rosak. Semasa proses penyembuhan badan akan mengeluarkan sel kulit baru dan serat collegen untuk membaiki parut jerawat pada kulit. Walaupun parut jerawat tidak dapat dihilangkan secara sepeuhnya tetapi parut akan mengecil. Dengan itu, tips hari ini mengenai bagaimana merawat parut jerawat dengan ubat buatan sendiri kat rumah.

 

Tips #1 – Sandalwood Water

 

Sandalwood dikenali sebagai agen penyejuk dan penenang sesuai untuk kulit yang bermasalah. Ambil sepotong sandalwood rendamkan dalam air selama bberapa jam. Kemudian keluarkan sandalwood, jemur sampai kering dan simpan di tempat yang kering. Boleh guna lain kali. Guna sedikit kapas rendam dalam air sandalwood tadi kemudian sapukan pada kulit muka yag berparut. Lakukan setiap hari. Anda akan lihat perbezaannya nanti. Cara lain, anda boleh guna parutan sandalwood tu dan campurkan sedikit dengan air mawar dan gaulkan sehingga jadi satu sebatian, sapukan pada parut dan biarkan ia semalaman. Esok pagi bangun dari tidur boleh basuh degan air bersih.

 

 

 Tips #2 – Ekstrak Fenugreek

 

Fenugreek adalah ubat anti keradangan, antiseptic, dan menenangkan yang bertindakbalas menyembuhkan dan mengurangkan parut jerawat pada muka. Masukkan biji fenugreek ke dalam air dan masak sehigga mendidih lebih kurang 10-15 minit. Biarkan air rebusan tu sejuk, keluarkan biji fenugreek. Guna sedikit kapas, rendamkan dalam air rebusan tadi dan sapukan pada parut jerawat. Lakukannya dalam sminggu dan anda akan lihat perubahannya.

 

 

Tips #3 – Jus Lemon

Lemon kaya dengan vitamin C yang berperanan sebagai collegen dalam badan. Guna lemon bertujuan merawat luar dan dalam. Di samping bertindak sebagai detox, malah boleh merawat parut pada kulit. 2x kebaikan sekaligus. Potong sebiji lemon dan perah. Gunakan air perahan lemon tadi sapukan pada parut jerawat. Biarkan seketika kemudian baru bilas dengan air bersih. Elakkan daripada terkena sinaran matahari sewaktu menyapukan air perahan lemon tadi kerana akan membakar kulit anda.

 

Tip #4 – Daun Neem

 

Daun Neem mengandungi alkaloids yang bertindak sebagai antbakterial, antiviral, dan antifungus. yang dapat merawat masalah kulit secara meluas yang disebabkan jerawat dan eczema. Selain itu, daun Neem  juga dapat mencuci dalaman daripada toksin. Letak je daun Neem ditempat-tempat yang berparut dan biarkan dalam beberapa minit dan ia akan menunjukkan hasil yang memberansangkan.

Tips #5 – Aloe vera

 

Aloe vera berpotensi merawat kebanyakkan masalah kulit. Basuh daun aloe vera dan kupas kulitnya untuk keluarkan gel yang terkandung pada kulit daun aloe vera. Ambil sesudu lebih kurang dan sapukan pada kulit muka yang berparut, biarkan sehingga kering. Ulang sapuan 2x sehari untuk mendapatkan kesan yang efektif.

 

Semoga bermanfaat tips untuk hari ini. Jangan lupa cuba dirumah tau. Jangan lupa kongsi. Sharing is caring. Dah Audela tak ni? yang belum tu cepat-cepat minum. Bagi yang sudah tu, anda bukan sekadar cantik je, sihat dan bijak memilih juga tau. Take care girls.

 

-Audela-