7 Jenis makanan melindungi anda daripada kanser payudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Info khas untuk wanita yang sememangnya berisiko untuk terkena kanser payudara. Penyakit yang boleh meragut nyawa secara perlahan-lahan. Namun begitu  bagi yang mengetahuinya ditahap yang masih awal, belum terlambat lagi untuk mencuba pelbagai alternatif lain bagi mendapatkan rawatan. Dipercayai kanser payudara akan menyerang lebih dari 1000 wanita dalam setahun di seluruh dunia. 7 jenis makanan ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kanser payudara, malah membekalkan nutrin-nutrin yang diperlukan oleh badan.

 

 

 

1. Kari

 

Kari mempunyai warna kuning yang tersendiri. Satu bahan kimia yang telah mengubah rempah ini menjadi warna kuning dan dikenali sebagai curcumin. Kajian telah menunjukkan curcumin ini mampu melawan ketumbuhan kenser  payudara. Selain itu, ia boleh menjadi ubat anti keradangan untuk mengekalkan badan sentiasa sihat. Kari juga bertindakbalas baik jika dimasak bersama sayur brokoli kerana ia membekalkan protein yang baik untuk badan.

 

 

2. Brokoli

 

 

Sayur ini membantu untuk menghalang kanser daripada terus membesar dan mengelak kanser untuk membiak ke kawasan badan yang lain. Masak goreng tumis pun sedap. Nyum nyum!!

 

3. Bawang Putih

 

Hangat diperkatakan sejak bertahun-tahun yang lalu bahwa bawang putih sangat baik untuk badan. Ia membantu untuk memperbaiki kitaran sel secara semula jadi dan memastikan sel terbentuk dengan baik. Bawang putih mengandungi allyl sulphide di mana akan membantu merawat kanser dari awal.

 

 

4. Epal

Ada yang mengatakan bahawa memakan sebiji epal sehari sudah mampu membuatkan kita tidak perlu berjumpa doktor. Sebenarnya kulit epal mengandungi anti-oksida yang tinggi, serat dan beberapa mineral yang mampu anda mengelak daripada mendapat kanser payudara.

 

 

5. Delima

 

Buah delima mengandungi sebatian yang mampu mengelakkan sel kaser payudara daripada membesar. Delima juga berpotensi untuk membunuh kanser sebelum ia menjadi lebih parah. Sudah memadai jika anda hanya memakan biji buah delima ataupun minum jus delima.

 

 

6. Walnut

 

Kacang walnut mengandungi acid lemak omega 3 yang mampu melawan keradangan. Kebaikannya sama dengan yang lain. Mampu memperlahankan tumbesaran kanser dan mengelakkan kanser payudara daripada merebak ke kawsan payudara yang lain.

 

 

7. Ikan

 

Pelbagai jenis ikan yang boleh dimakan dan ikan yang mempunyai lemak asid omega 3 seperti ikan Salmon, sea bass, dan ikan tuna. Ikan-ikan seperti ini mampu membekalkan proten yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Ikan-ikan ini dapat menghalang pembentukan kanser payudra dan terus membesar. Bagi mereka yang tidak gemar makan ikan, bolehlah anda mengambil minyak ikan sahaja sudah memadai sehair sekali.

 

Di samping mengamalkan minuman premium Audela, pengambilan 7 jenis makanan ini dalam menu seharian kita mampu menghalang anda daripada serangan kanser payudara. Cegah sebelum terkena. Stay healthy girls.

Untuk mendapatkan jawapan bagi sebarang persoalaan tentang Audela, sila klik disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *