5 Cara Mengatasi Masalah Kulit Jeragat Sebelum Usia

Jaga-jaga! Ini adalah tanda-tanda awal kulit anda ditumbuhi jeragat!!

Tahukah anda, kaum wanita lebih mudah mendapat masalah jeragat berbanding lelaki. Menurut statistik, jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultasi kepada doktor kulit dan doktor estetik adalah berkenaan masalah kulit berjeragat seperti masalah melasma, freckle, lentigenes dan lain-lain.

Masalah jeragat ini adalah kerana sel kulit dari jenis melanosit menghasilkan lebihan pigmen melanin yang melekat pada sel-sel kulit yang menyebabkan warnanya menjadi lebih gelap. Penghasilan melanin ini menggunakan enzim tirosinase, oleh itu dengan menghalang aktiviti enzim ini boleh mengurangkan masalah jeragat ini. Hmm jadi apa faktor yang boleh menyebabkan kulit kita berjeragat?

Ada banyak faktor yang menyebabkan kulit muka kita ditumbuhi jeragat, faktor utamanya ialah keadaan cuaca yang panas terik dan kulit muka yang sentiasa terdedah kepada matahari. Faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya wajah yang berjeragat adalah kerana perubahan hormon, merokok, ubat-ubatan tertentu, pekerjaan, umur dan jantina juga mempengaruhi seseorang mendapat masalah jeragat dan faktor genetik atau keturunan juga adalah antara punca menyebabkan masalah ini. Macam mana kita nak tahu tempat jeragat ni suka tumbuh??

Lokasi yang paling umum jeragat tumbuh adalah:

1. Pipi

2. Bibir atas

3. Dagu

4. Dahi

Tetapi kadang-kadang jeragat boleh terjadi pada lokasi yang terkena sinar matahari lainnya.

Jadi bagaimana dengan rawatan untuk menghilangkan jeragat? Adakah ianya berkesan? Rawatan untuk menghilangkan jeragat adalah laser dan Platelet Rich Plasma (PRP). Macam mana rawatan laser dan apa pula rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) ?

Laser

Secara umumnya, seseorang pesakit perlu menjalani 10 hingga 12 sesi rawatan laser untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Rawatan laser ini berkesan untuk menghancurkan pigmen hitam. Pigmen yang hancur akan diserap perlahan-lahan oleh badan. Namun, proses menghancurkan pigmen perlulah dilakukan berperingkat-peringkat agar tiada kesan sampingan ke atas kulit yang menerima rawatan laser.

Kelebihan rawatan laser juga adalah ia boleh meresap jauh ke lapisan dermis kulit. Hanya laser Q Switched sahaja yang boleh menyerap lapisan dalam kulit dan memecahkan pigmen tanpa merosakkan lapisan atas kulit.

Selain merawat jeragat, rawatan yang berulang juga boleh merangsang kulit untuk menghasilkan kolagen. Peningkatan kandungan kolagen di lapisan kulit boleh menghilangkan atau mengurangkan garis halus serta mengecilkan pori-pori muka.

Platelet Rich Plasma (PRP)

Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP)juga boleh di gunakan sebagai salah satu modality rawatan untuk menangani masalah jeragat.

Rawatan PRP yang kaya dengan stem sel semula jadi yang diproses daripada darah kita membantu untuk merangsang kolagen dan elastin baru dan pudarkan pigmen melasma. Namun, rawatan ini juga perlu dilakukan beberapa sesi untuk menampakkan hasilnya bergantung pada jeragat individu.

5 CARA HILANGKAN JERAGAT MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI:-

1. Menjaga kebersihan kulit wajah

Basuh muka sehari dua kali dengan pencuci muka. Ini kerana, jeragat berpunca lebihan minyak dalam kulit dan sel-sel kulit mati serta radikal bebas. Dengan mencuci muka anda dapat mengelakkan pembentukan sel-sel minyak. Anda juga tidak digalakkan memakai makeup terlalu lama.

2. Aloe vera

Banyak kelebihan aloe vera ini untuk kulit jeragat. Antaranya:-

  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari sinaran matahari
  • Mengecut dan menghilangkan jeragat
  • Memperbaiki sel-sel kulit mati

Cara untuk mendapatkan hasil yang terbaik campurkan aloe vera dengan madu dan biarkan selama 5 ke 10 minit sapukan pada kulit muka, selepas 20 ke 30 minit bilas dengan air suam.

3. Lemon

Lemon mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Caranya ialah:-

Potong lemon (jangan terlalu nipis). Gosokkan pada kulit muka, biar selama 10 ke 15 minit kemudian bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli. Madu asli ya bukan madu lain hehehe.

4. Oatmeal

Oatmeal bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran terkumpul. Ia juga menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Cara-caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, empat sudu besar serbuk oat. Jika anda inginkan kulit muka lembab anda boleh menabah satu sudu cuka epal cider. Oleskan pada muka selama 20 minit kemudian bilas.

5. Diet Pemakanan Sihat

Akhir sekali untuk cara menghilangkan jeragat adalah anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sedia tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat.

Oleh itu, kita harus menghadkan pengambilan makanan yang berminyak untuk mencegah jeragat tumbuh di muka kita. Makanan terbaik untuk menjaga kulit kita adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Minum air yang banyak juga salah satu cara yang berkesan untuk menjaga kulit kita dari jeragat.

Akhir sekali, anda tidak perlu malu menggunakan payung jika berjalan di tengah panas walaupun untuk seketika. Ingat pencegahan adalah rawatan terbaik untuk kekal kelihatan muda dan jelita.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *