5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Boleh Membuat Berat Badan Anda Naik

Tak sangka, beberapa kebiasaan yang biasa anda lakukan di pagi hari juga boleh menjadi penyebab terhadap kenaikan berat badan anda.  Ada beberapa kebiasaan yang perlu anda hindari untuk mengelakkan berat badan anda meningkat tanpa anda sedari. Nak tahu apa tabiat tersebut? Jom kita teruskan pembacaan, mana tahu ada beberapa kebiasaan yang memang korang selalu buat, kan?

 

1. Jam Tidur Yang Terlalu Lama

5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Bisa Membuat Berat Badan Naik
paperfashion.net

Kebiasaan pertama yang harus anda hindari adalah waktu tidur yang terlalu lama. Tidur lebih dari 10 jam sehari ternyata mampu menambah berat badan. Ini kerana tidur terlalu lama akan mengganggu metabolisme tubuh. Selain itu, orang yang tidur lebih dari 10 jam, memiliki body mass index  (BMI) yang lebih tinggi berbanding dengan  orang yang tidur 7-8 jam setiap malam.

Nak ketahui berapa BMI anda ? Click di sini untuk mengira BMI anda .

2.Tidak Mengemas Tempat Tidur Anda

5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Bisa Membuat Berat Badan Naik
mattressis.com

Satu survey daripada National Sleep Foundation di Amerika  telah  dilakukan untuk melihat hubungan diantara kekemasan tempat tidur dengan kualiti tidur seseorang. Hasil daripada survey tersebut, mereka mendapati bahawa kamar tidur yang rapi dan bersih akan membuat tidur seseorang lebih berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti akan menjadikan risiko seseorang untuk mendapat obesiti menjadi lebih kecil.  Jadi jangan lupa untuk mengemas kamar tidur anda selepas bangun dari tidur ya, AudelaLovers !

3.Tidak Mengambil Sarapan

5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Bisa Membuat Berat Badan Naik
www.fitwirr.com

Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kepentingan sarapan pada tubuh badan kita. Salah satunya adalah kajian yang dilakukan oleh University of Missouri-Columbia. Mereka menyatakan sarapan adalah perkara yang anda tak boleh abaikan. Ini kerana, apabila anda tidak mengambil sarapan di waktu pagi tubuh anda akan merasa mudah letih seterusnya mendorong anda untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi pada waktu makan yang seterusnya. Hal ini secara tidak langsung menjadikan berat badan anda akan lebih cepat naik.

3. Tidak Mahu Berjemur Dibawah Cahaya Matahari Pagi.

5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Bisa Membuat Berat Badan Naik
hidalgo.quadratin.com.mx
Namun adakah setiap masa anda perlu berjemur di bawah sinar matahari?

Tidak. Disebabkan bumi kita sekarang ni dah tak seperti dulu, waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan khasiat dari sinar matahari adalah pada jam 10 pagi. Habiskanlah waktu pagi anda selama 20-30 minit melakukan aktiviti pada pagi hari. Cukup sekadar 20-30 minit sahaja untuk anda mendapatkan manfaat daripada sinaran matahari.

5. Tidak Memeriksa Berat Badan

5 Kebiasaan di Pagi Hari Ini Bisa Membuat Berat Badan Naik
gretaist.com

Memeriksa berat badan anda setiap pagi ternyata mampu membantu anda untuk lebih termotivasi menjaga berat badan anda. Jadi jangan takut untuk menimbang berat badan anda ya!

Kak Dela yakin mesti ramai kan melakukan perkara-perkara di atas? Jom kita sama-sama ubah gaya hidup kita, bukan sahaja boleh memperoleh berat badan yang ideal malah ianya juga bagus untuk kesihatan.

POPULAR POST

Pada Umur Berapakah Anda Perlu Menggunakan Produk Anti Penuaan?

Pada Umur Berapakah Anda Perlu Memakai Produk Anti Penuaan?

Awas! Sering Melihat Foto Makanan Akan Membuatkan Anda Gemuk?

AWAS! Sering Melihat Gambar Makanan Membuatkan Anda Gemuk!

8 Cara Mudah Mengembalikan Kesegaran Kulit Wajah Dan Mata Yang Bersinar.

8 Cara Mudah Mengembalikan Kesegaran Kulit Wajah Dan ….

Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?

Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental ?

8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda

8 Tanda Suami Telah Tawar Hati Kepada Anda. 

 


 

 

 


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

 

AUDELA : MINUMAN PALING MEWAH DAN EKSKLUSIF UNTUK MEREKA YANG BERKERJAYA!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *