5 Perangai Pelik Ibu Mengandung Yang Suami Perlu Ambil Tahu!

Fasa yang membahagiakan dan sentiasa dinanti-nanti bagi setiap pasangan suami isteri selepas perkahwinan adalah fasa kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga.  Betul? Tempoh kehamilan selalunya memberi banyak pengalaman yang menyeronokkan. Bermula saat mengetahui diri berbadan dua, melalui perubahan hormon, mabuk hamil, perut membesar, hinggalah kepada tendangan kecil dan pergerakan aktif bayi. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui proses kehamilan yang sama.

Waktu ni lah akan ada banyak perangai pelik akan muncul. Bukan isteri sahaja yang perlu mempersiapkan diri, para suami pun perlu persiapkan diri dari segi kewangan sahaja, mental, emosi dan rohani pun perlu dipersiapkan jugak. Seperti nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus suami perlu memahami perangai pelik isteri sewaktu hamil kerana ianya sedang dalam proses menerima roh baru dalam tubuh badan isteri. So suami jangan nak banyak bunyi pulak ye. Bertanggungjawab sikit. 

 

 

Jadi apa perangai pelik yang akan muncul bila isteri sedang pregnant? Teruskan pembacaan kalau nak tahu apa dia perangai dan rgam pelik ibu mengandung.

1. MALAS NAK MANDI / BERDANDAN

Related image

 

Jadi adakah antara bakal-bakal ibu sekarang berada dalam kategori ini? Bila datang “mood” malas tu , sampai ke petang pun masih lagi dengan baju tidurnya. Adakah kerana pergerakan yang agak terhad dan lambat yang membuatkan ibu-ibu mengandung merasakan malas nak mandi? Ada kemungkinan juga kan? Tapi jangan lah sampai ke malam tak mandi. Ye dok?

Berdasarkan dari artikel-artikel yang kak Dela baca, ramai yang mengatakan apabila ibu mengandung berasa malas nak mandi atau malas nak berdandan ia menunjukkan yang kemungkinan besar anak yang dikandung itu adalah berjantina lelaki. Betul ke ibu-ibu sekalian? Apa kaitannya ye? Kak Dela pun tak tahu.. 😅 Adakah kerana lelaki itu sejak azalinya memang kurang berdandan jadi ia menyalurkan aura itu pada ibunya?😅

Komen Kak Dela :  Pregnant-pregnant pun kebersihan dan kecantikan kena jaga ye bakal-bakal ibu.  😘

2. TAK SUKA MASUK DAPUR

Image result for mual bila memasak

Kalau sebelum ni anda seorang yang suka memasak,bila masuk dapur tu ada je benda yang nak dimasak, tetapi jangan pelik kalau sewaktu mengandung rasa malas dah nak memasak. Ada sesetengah tu sampai tak boleh masuk dapur langsung sebab tak boleh nak hidu bau masakan.  Jadi suami kena lah faham dengan keadaan isteri. Jangan lah dipaksa isteri tu memasak kalau dah nampak muka isteri pucat menahan loya.  Waktu ni lah nak bantu isteri, siapkan makan minum isteri.

Sekiranya sebelum ini, segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugas yang sama. Betul tak? Bukan untuk orang lain, untuk isteri dan anak-anak juga. 😉

Komen Kak Dela : Kalau sebelum pregnant pun dah malas nak kedapur, waktu pregnant nanti jangan pula kata ianya sebab pembawakan bayi ye!

3. TAK SUKA BUNYI BISING

Image result for sensitive with sound

Memang normal sekiranya telinga anda menjadi lebih sensitif sewaktu pembawakan bayi. Kalau sebelum pregnant tak kisah pun nak dengar muzik kuat-kuat, berjalan-jalan di tempat orang ramai seperti di shopping mall atau pasar karat. Tapi bila tengah pregnant ni dengar bunyi vibrate dari telefon pun rasa sakit je telinga ni.  Semua bunyi-bunyi tu buatkan telinga rasa bingit dan tak kurang juga membuatkan kepala makin pening.

Kalau boleh nak kuburkan terus handphone tu. Malas nak layan semua Whatsapp yang masuk. Huh!

Komen Kak Dela : Dulu Kak Dela ada kawan instafemes, 24hours dengan handphone. Kalau dia dapat perangai pelik waktu pregnant ni, Kak Dela rasa boleh lingkup bisnes paidreview dia 🤣

4. TAK SUKA WANGIAN

Image result for sensitive with perfume smell

Ini antara situasi yang paling ramai ibu hamil alami betul tak? Kalau si suami sembur minyak wangi pasti anda akan mengatakan bahawa minyak wangi tersebut sangat busuk. Sebaliknya, ibu hamil lebih menggemari bau seperti bau minyak petrol, cat dan bau kertas.  Teringat pula pengalaman Puan Saidatul Asma yang Kak Dela baca dari Harian Metro, beliau berkongsi pengalamannya sewaktu hamil anak pertama, katanya sewaktu pulang ke kampung, beliau akan mencari bau tahi lembu kerana terasa sangat nikmat.

Allahu sampai begitu sekali ye??

Komen Kak Dela : Pening jugak ye melayan karenah ibu mengandung ni. Bau tahi lembu juga yang dicarinya 🤢

5. TAK SUKA MASUK RUMAH ATAU BILIK SENDIRI

Related image

Yang ini salah satu perangai yang pelik yang memang susah sikit nak bawak bincang. 🤦‍♀️. Mungkin ada yang menganggap perkara ni macam melebih-lebih. Tapi sebenarnya tak ye, benda ni memang betul-betul terjadi. 

Tapi mujurlah kebiasaannya perangai pelik ni akan berakhir setelah kandungan memasuki bulan ke 4 . Kalau tidak jenuh jugak suami nak melayan dan menghadap perangai pelik isteri sepanjang 9 bulan.  Apa pun sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawab untuk melayan karenah isteri. 

Komen Kak Dela : Mungkin suami perlu bawak isteri pergi bercuti, jauh dari rumah. Bukan selalu dapat tidur hotel. Hew hew hew.

Kesimpulannya 

Walaupun tidak semua wanita mengalami tahap kehamilan yang sama, namun sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung pasti akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini. Anggaplah simptom-simptom ini sebagai ujian ketika hamil. Walaupun ianya memenatkan namun inilah yang akan menjadi moment-moment indah dalam hidup anda suatu hari nanti. Kepada para suami hargailah isteri anda sebaiknya,  ♥️♥️ 

Pssttt… waktu berpantang nanti mintalah suami belikan  jamu Adore, confirm jadi macam anak dara balik Hehe 🤭🤭

 

Anda mungkin juga menyukai artikel ini 

Makanan Sunnah Yang Patut Anda Amalkan

Ketahu Jenis Pelembab Yang Bersesuaian Dengan Kulit Muka Anda

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *