5 Punca Kulit Berjeragat Yang Anda Wajib Tahu.

*•.¸♡ ⒶⓈⓈⒶⓁⒶⓂⓊⒶⓁⒶⒾⓀⓊⓂ ♡¸.•*

Halluuuu!! (ღ˘⌣˘ღ)

Entry kali ni nak share pasal apa pula ye? Herm 🤔

Sebenarnya Kak Dela suka share tips-tips untuk kecantikan kulit atau masalah berkaitan dengan kulit. Sebab kita kan perempuan. Mestilah kena tahu tips-tips nak jadi cantik ni. Takkan nak melopong je tengok orang lain  cantik kan? (´◔‸◔`)

Ramai tak kat sini yang mengalami masalah jeragat atau pun kulit kusam?

Kak Dela percaya masalah kulit berjeragat dan kulit kusam ni bukan perkara yang asing untuk anda semua. Ramai mengalami masalah ni. Lagi-lagi dengan cuaca Malaysia yang panas terik sekarang, agak sukar untuk kita kekalkan kecantikan kulit.Kulit nampak lebih berusia lagi-lagi dengan kehadiran Encik Jeragat.  Nak tahu tak apa punca kulit berjeragat? Sebelum kita ketahui punca, jom kita risik dulu siapa Encik Jeragat ni. 😎😎

 

➶➶➶➶➶ APA TU JERAGAT? ➷➷➷➷

 

Related image

Tau tak jeragat tu apa? Jeragat dengan jerawat tu benda yang sama ke?? Oppss jangan confius. Nama dia je seakan sama, tapi ianya benda yang berbeza.

Jeragat atau pun nama omputih dia Melasma adakah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit mengeluarkan tompok coklat atau coklat kelabu kebiasaannya di muka. Kebanyakan orang mempunyai jeragat di pipi, hidung, dahi, dagu dan juga atas bibir mereka. Tapi ia juga boleh muncul di kawasan yang lain terutama di bahagian yang banyak terkena sinaran matahari seperti di lengan dan leher.

Berdasarkan kenyataan di laman web American Academy of Dermatology, mereka menyatakan jeragat muncul pada kulit wanita lebih kerap berbanding kulit lelaki. Hanya 10% lelaki yang mempunyai jeragat pada kulit mereka.

Sumber : American Academy of Dermatology

➶➶➶➶➶ APA YANG MENYEBABKAN JERAGAT? ➷➷➷➷

Pakar menyatakan kemunculan jeragat pada muka masih belum jelas. Ia mungkin terhasil apabila melanosit (sel-sel pembentuk pigmen) menghasilkan terlalu banyak warna pada kulit. Wanita dengan kulit yang gelap ataupun tanned skin adalah lebih mudah untuk mendapat jeragat berbanding dengan wanita yang memiliki kulit cerah kerana mereka yang mempunyai kulit gelap memiliki melanosit yang lebih aktif. Walaubagaimana pun orang yang memiliki kulit gelap ni kurang berisiko untuk mendapat kanser kulit tau😉

Penyebab Utama Pembentukan Jeragat Pada Kulit

1. Terdedah Kepada Sinar UV

do not overexpose your skin to uv rays

Cahaya daripada sinaran matahari bertanggungjawab kepada kebanyakan masalah penuaan kulit. Sinaran UV adalah penyebab utama masalah seperti kedutan, pigmentasi, jeragat, kulit menjadi tidak anjal, penurunan kadar tekstur kulit dan banyak lagi tanda-tanda penuaan kulit. Banyak anggaran saintifik telah menunjukkan bahawa sehingga 80-90% menunjukkan seberapa muda atau tuanya diri anda dilihat adalah bergantung kepada seberapa banyak kulit anda terdedah pada cahaya matahari.

Jadi adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelindung UV jika keluar dari rumah anda agar kulit muka anda kurang berisiko medapat masalah seperti yang Kak Dela nyatakan tadi. Kan lebih baik mencegah daripada merawat.😘😘

2. Menggunakan Skin Care Yang Mengandungi Bahan Berbahaya.

Organic skin care, clinically proven skin care, products that work, transformative results, harmful skincare, chemical free, toxic skincare, products that are safe for your skin, all natural, pharmaceutical, cosmetics chemicals.

Ha ni yang jenis nak dapatkan hasil yang cepat tanpa selidik produk yang digunakan tu selamat atau tidak. Anda tahu tak penggunaan produk yang berbahaya atau yang biasa kita dengar krim kilo (yang mengandungi merkuri, hidroquinon, tretonoin, etc)  ni boleh menyebabkan kulit kita berjeragat dan yang teruk lagi breakout.

Mungkin ada sesetengah seller krim kilo ni mengatakan yang krim mereka boleh menghilangkan jeragat dalam masa 1-2 minggu. Tapi yang hilang cuma di permukaan kulit kita je yang sebab krim kilo ni jenis menghakis kulit sedangkan jeragat ni dia berakar umbi kat dalam kulit kita ni. Lepastu bila kita stop guna, mulalah malapetaka terjadi. Kulit jadi nipis dan pedih. Sel kulit muka pun rosak tau!!😥

3. Perubahan Pada Hormon

The Maternity Dress Styles Every Pregnant Woman Needs

Hormon berubah apabila anda hamil. Kebanyakan wanita yang hamil akan merasakan pengalaman perubahan hormon, terutama pada kulit mereka. Wanita hamil sering mempunyai jeragat pada muka.  Apabila jeragat muncul pada wanita hamil, ia dipanggil chloasma, atau topeng kehamilan. Sebanyak 90% wanita yang hamil mempunyai kulit yang berjeragat.  Sewaktu hamil, tubuh mengeluarkan banyak melanin dan meningkatkan risiko untuk kulit mudah menjadi gelap dan kusam. Pil kawalan kelahiran dan ubat penggantian hormon juga boleh mencetuskan jeragat.

4. Mengambil Ubat-Ubatan

Several Pink oval pills poured out of a white bottle

Ubat-ubatan memang membantu kita sewaktu kita sedang sakit, demam, keradangan dan sebagainya. Tapi tahukah anda ubat anti-radang seperti ibuprofen adalah salah satu ubat yang akan menyebabkan kesan sampingan kulit. Ubat lain termasuk antimalarial, anti-epilepsi dan antipsikotik juga boleh menyumbang kepada peningkatan pigmentasi di bahagian kulit.

Perubahan-perubahan ini selalunya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang apabila pengambilan ubat ini dihentikan. Sekiranya anda sedang mengambil jenis-jenis ubat ini dan berasa risau dengan kesan sampingan ubat tersebut pada kulit anda, anda harus berbincang dahulu dengan doktor anda sebelum anda berhenti mengambil ubat tersebut. Jangan pandai-pandai berhenti sendiri nanti penyakit lain pula yang datang.🙊

5. Sinaran Daripada Gadget Dan  Telefon Pintar Anda

No, Blue Light From Your Smartphone Is Not Blinding You

Ha! Terkejut tak dengan point Kak Dela yang terakhir ni? Ramai yang tak tahu cahaya yang datang daripada telefon bimbit, laptop atau komputer bahkan mentol lampu pun boleh menjadi punca jeragat tau! Kenyataan daripada laman web Refinery29 menyatakan bahawa cahaya daripada komputer, telefon bimbit dan mentol lampu juga boleh menjadi punca terjadinya jeragat pada kulit muka anda.

Dermatologist Dr. Mona Gohara, MD menjelaskan sumber-sumber cahaya ini bertindak sama dengan matahari kerana ia merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen yang berlebihan. Pernah tak anda terfikir, walaupun anda telah menggunakan pelindung uv sebelum keluar rumah, namun jeragat masih juga muncul. Rupa-rupanya jeragat tersebut muncul di sebabkan oleh cahaya daripada telefon bimbit yang anda sering gunakan. Herm sakitnya hati!! 😤

Sumber : How Your Phone Can Damage Your Skin

 

➶➶➶➶➶ CARA MERAWAT JERAGAT ➷➷➷➷

 

1.Apple Cider Vinegar (Cuka Apple)

Asid asetik yang terdapat di dalam Cuka Apple menjadikannya agen pemutihan yang berkuasa, yang membantu menghilangkan bintik-bintik dan menjadikan kulit lebih halus dan lebih berseri.

✈ Campurkan 1:1 amount air dan juga cider vinegar.

✈Celupkan kapas kedalam campuran tadi, dan sapukan pada kawasan kulit berjeragat dan biarkan kering.

✈ Bilas muka dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih.

✈ Lakukan setiap hari.

2.Lemon Juice

Jus lemon adalah pelembut kulit semula jadi dengan sifat astringen yang luar biasa. Sifat asid jus lemon juga membantu menghilangkan lapisan luar kulit, secara tak lansung ia menghilangkan lapisan kulit hiperpigmen.

✈Perah lemon untuk mendapatkan jus lemon.

✈Sapukan pada kawasan jeragat dan perlahan-lahan gosokannya selama satu atau dua minit.

✈Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

✈ Lakukan sebanyak dua kali sehari dan anda akan melihat hasilnya dalam masa tiga minggu.

3. Onion Juice

Jus bawang adalah satu lagibahan semulajadi yang berkesan untuk memulihkan warna kulit anda. Jus bawang mempunyai pelbagai sebatian sulfur yang boleh memudarkan tompok gelap atau perubahan warna pada kulit. Jus bawang juga memberi khasiat kepada sel-sel kulit.

✈ Cincang halus dua hingga tiga biji bawang

✈Perahkan bawang tersebut untuk mendapatkan jus

✈Campurkan 1:1 jus bawang dengan cuka apel

✈Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam

✈Lakukan sebanyak 2 kali sehari selama beberapa minggu dan lihat hasilnya.

4. Oatmeal

Oatmeal adalah agen antipenuaan semula jadi yang menakjubkan yang dapat menghilangkan bintik-bintik coklat di muka dan membubarkan sel-sel kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih cerah, bersinar.

✈Campurkan dua sudu serbuk oat, dua sudu susu dan satu sudu madu.

✈ Ratakan campuran di kawasan yang berjeragat seperti masker

✈ Tunggu selama 20 minit dan gosokkan dengan sedikit air

✈ Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu selama sebulan.

5. Menggunakan set penjagaan kulit Audela Adore.

✈ Cuci muka anda menggunakan cleanser Audela Adore

✈Keringkan menggunakan tuala bersih dan sapukan toner pada muka.

✈ Sapukan moisturizer pada wajah dan urut dengan gerakan membulat

✈Gunakan 2kali sehari agar kulit kelihatan bersih dan segar berseri.

 

Baca Juga 5 Resepi Air Detox Untuk Menghilangkan Berat Badan Dengan Cepat

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *