5 Rahsia Awet Muda Wanita Korea?

Rupa-rupanya inilah dia rahsia yang di amalkan oleh wanita Korea menjadikan mereka antara wanita tercantik di Asia !

1. Penjagaan Muka

Kebanyakan dari kita sering mencuci muka ala kadar atau sekali sehari sudah memadai.Tetapi, tahukah anda wanita di Korea akan mencuci muka secara berganda untuk mengelakkan kotoran tersumbat pada pori wajah.

Oleh itu,kita di galakkan untuk mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari agar segala kotoran dapat di tanggalkan dan mengetatkan pori wajah untuk kekal awet muda.

Fakta ini juga di sokong oleh @mayoclinic tau!

 

2. Penjagaan Makanan

Tertanya bagaimana hendak cantik dalaman dan cantik luaran ?

Pemakanan antara punca utama dapat membantu kita cantik dalaman serta luaran.

Oleh sebab itu, wanita Korea sangat mementingkan penjagaan dalaman dan juga luaran dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Dengan itu, mereka tidak mengambil makanan yang berminyak dan memilih pemakanan yang tinggi antioksidan.

Makanan yang tinggi antioksidan tentu sekali dari sayur-sayuran serta buah-buahan iaitu antaranya teh hijau, tomato, timun, lobak, aprikot, acai berry dan banyak lagi.

Mereka mengambil sekurang kurangnya 6-8 jenis sayuran dan buah-buahan dalam makanan harian mereka.

Selain baik untuk kesihatan tubuh ,makanan yang tinggi antioksidan juga membantu mereka mendapat kulit wajah lebih lembap serta melambatkan proses penuaan.

Jangan tak tahu ! Wanita Korea juga sangat menitikberatkan kandungan pemakanan yang rendah gula dan garam .Sebab itu kulit mereka terjaga dari dalam dan rahsia mereka dapat bentuk badan ideal .

KKM juga menyarankan agar kita mengambil buah dan sayuran untuk kulit cantik ya. ha, tunggu apa lagi ?

 

3. Minum Air Putih

Kebaikan minum air putih secara mencukupi dapat membuatkan kulit wajah menjadi sihat ,bersih dan bersinar.

Wanita Korea sangat mempercayai fakta ini !

Mereka sentiasa merawat kulit wajah agar sentiasa terhidrasi dengan baik dengan minum air putih secara lebih kerap dan mencukupi.

Kesan kurang minum air putih boleh membuatkan kulit kita menjadi kering dan kusam serta kulit cepat terhidrasi.

Selain membantu untuk kulit ,minum air putih juga dapat mempercepatkan proses pembuangan toksin dalam badan melalui proses nyahtinja.

Justeru ,minumlah secukupnya air putih untuk dapat kulit persis wanita Korea ya!

4 . Produk kecantikan

Pemilihan produk kecantikan yang betul sangat penting bagi wanita Korea agar kulit muka tidak ditumbuhi jerawat.

Kebanyakan mereka hanya menggunakan rutin asas produk seperti pelembap wajah,serum,pencuci muka dan krim pelindung matahari (sunblock).

5. Krim Pelindung Matahari (sunblock)

Bagi kita rakyat Malaysia, penggunaan sunblock kebiasaannya bila perlu sahaja seperti melakukan aktiviti pantai atau bersukan. Tetapi wanita Korea akan memakai setiap hari untuk melindungi kulit dari sinar UV secara terus yang boleh merosakkan kulit.

Jadi mari kita amalkan penggunaan sunblock, terutama yang mempunyai sekurang-kurangnya SPF50 dan ke atas agar dapat melindungi kulit wajah kita dengan lebih efektif.

 

***Semoga rahsia yang kami kongsi kan ini dapat membantu untuk mendapatkan kulit muka kekal awet muda seperti wanita Korea terutama artis Korea kegemaran anda.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *