5 Sebab Kenapa Toner Penting Untuk Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sihat ke tu? Harap semua sihat sentiasa ok. Untuk kekalkan tahap kesihatan yang baik, makan makanan yang sihat, minum banyak air kosong dan jalani gaya hidup yang sihat dan aktif ok.

Bagi kaum wanita di luar sana, tahu tak apa kepentingan toner pada wajah kita? Selepas mencuci wajah apakah rutin penjagaan wajah anda yang seterusnya? Ramai wanita beranggapan penggunaan toner tidak penting tetapi anda silap. Jika anda menggunakan toner dengan konsisten, pasti anda akan memperolehi kulit yang diidamkan. Jom kita semak kenapa toner penting untuk wajah.

 

1.Membantu Mengekalkan Kesegaran dan Kelembapan Wajah

Selepas mencuci wajah, tidak semestinya kulit wajah kita segar dan bersih sepenuhnya. Disinilah fungsi toner untuk membantu membersihkan wajah dengan sepenihnya, mengekalkan kesegaran wajah dan juga secara tidak langsung dapat membantu memelihara kelembapan wajah.

 

2. Mengimbangkan PH Kulit

Rata-rata pembersih wajah bersifat alakali  yang menyebabkan imbangan PH kulit terganggu selepas membersih wajah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum berlebihan dan wajah akan berminyak. Dengan menggunakan toner, ia akan mengimbangi kembali PH kulit anda.

 

3. Mengecilkan Lianag-liang Pori pada Wajah

Toner berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang-liang pori pada wajah.

 

4. Membantu Memberikan Lapisan Perlindungan Tambahan pada Kulit

Setelah mencuci muka, menyapu penyegar di kulit memberi kelembapan yang ekstra dan juga lapisan perlindungan tambahan pada kulit. Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara menggunakan kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada didalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tanpa perlu menggunakan air. Toner sahaja sudah cukup!

 

5. Mencegah Kulit Wajah Menjadi Kering dan Kasar

Sesetengah toner mengandungi bahan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jadi secara tidak langsung,ia dapat mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar.

Dah semak kelebihan2 ni lepasni jangan lupa apply toner ok.  Boleh juga guna toner dari Adore Skincare kerana ia sangat elok dan diperkaya dengan ekstrak agave. Boleh lihat testimoni2 disini.  Selamat mencuba. Assalamualaikum.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *