5 Tips Menjaga Kulit Wajah bagi Remaja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua #audelalovers.

Pasti ramai pembaca2 blog ni dalam kalangan remaja kan? Golongan remaja adalah golongan utama yang sering mengalami masalah kulit seperti jerawat, kulit berminyak, blackhead, whitehead dan kulit kering, Masalah ini sering terjadi berpunca daripada faktor pemakanan, gaya hidup dan hormon. Dah pakai bermacam-macam produk tapi kulit muka masih tidak flawless dan bermasalah. Tahu tak bagaimana cara untuk menjaga kulit wajah bagi remaja? Jom kita semak tips2 ni.

1.Mencuci muka setiap hari pada waktu pagi dan sebelum tidur

Setelah bangun dari tidur, pastikan kita mencuci wajah kita dengan sebersihnya. Kita pasti ingin kelihatan yakin, segar dan tampil bersih kan apabila berhadapan dengan rakan2?

Begitu juga sebelum tidur setiap malam. Pastikan wajah kita dicuci dengan bersih untuk membersihkan segala kotoran dan minyak pada wajah setelah menjalani aktiviti seharian.

2. Banyakkan minum air putih

Mesti ramai yang tidak suka minum air putih tetapi tahukah anda apakah kepentingan air putih pada tubuh badan kita? Kira-kira 70% dalam tubuh manusia terdiri daripada air. Ia berfungsi melancarkan perjalanan sistem dalam tubuh. Jika mengalami kekurangan air dalam badan, boleh menyebabkan berlaku pelbagai masalah kesihatan.

Untuk memudahkan anda konsisten dengan pengambilan air putih, beli 1 botol air kosong berukuran 3 Liter dan isi penuh setiap pagi, Letak di atas meja tempat kerja anda atau di tempat yang anda mudah nampak. Pastikan habis diminum setiap hari dan anda akan puas hati dengan hasilnya. Pada awalnya anda memang akan berasa tidak selesa dan akan kerap ke tandas, Tetapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan rutin tersebut.

 

3. Hindari produk yang mengandungi bahan kimia

Produk2 yang mengandungi bahan kimia seperti sulphate, paraben, mercury dan hydroquinone memang akan memberikan kesan pemutihan yang cepat dan memuaskan kepada pengguna. Tetapi jangan tidak tahu. Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan dan kesan negatif seperti kulit menjadi super sensitif, risiko kanser buah pinggang, keguguran janin dan menjejaskan sistem pencernaan dan sistem saraf. Jadi, hati2 dalam memilih produk kecantikan dan fikirkan kesan jangka masa panjang.

 

4. Menggunakan pelembab/sublock atau sunscreen pada wajah

Penggunaan pelembab atau sunblock/ sunscreen sangat penting pada wajah. Pelembab bagus untuk mengekalkan kelembapan pada wajah, memelihara kulit dan mengelakkan kulit wajah menjadi kering dan berminyak. Sunblock atau sunscreen pula bagus untuk melindunga kulit wajah dari sinar UV yang berbahaya.  Antara tips pemilihan sunblock/sunscreen:-

1.Pastikan Sunblock anda mempunyai SPF 30 atau SPF 50.
2. Pastikan Sunblock anda melindungi kulit anda dari UVA dan UVB.
3. Sunblock di pakai 20 minit sebelum anda keluar dari rumah di pagi hari

 

5. Rajin berolahraga

Menjalankan gaya hidup aktif sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan sahaja elok untuk menguruskan dan mengekalkan bentuk badan yang cantik, tetapi juga bagi mengeluarkan racun bersama dengan peluh yang tubuh kita keluarkan. Tidak perlu aktiviti fizikal yang heavy, cukup sekadar berjalan kaki atau naik turun tangga selama 30 minit setiap hari. Bagi kaum ibu boleh juga lakukan senaman bersama dengan anak2.

Selain memperoleh kulit yang cantik, dapat pakej lagi tubuh badan yang sihat dan menawan. Siapa yang taknak kan?

 

Dah baca tips2 ni jangan lupa amalkan tau. Pastikan anda menggunakan skincare yang selamat dan bersesuaian dengan kulit anda. Boleh guna Adore Agave Skincare jugak skincare yang selamat dan bebas bahan kimia berbahaya. Assalamualaikum.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *