6 Tips Penjagaan Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mata merupakan organ yang sangat penting bagi manusia. Dengan mata kita dapat melihat dan menikmati keindahan ciptaan Allah S.W.T. Jadi, jom kita semak tips2 penjagaan mata yang berkesan supaya mata kita akan kekal sihat dan cantik.

 

1. Rehatkan mata dan jaga jarak penglihatan dengan skrin

Pada zaman yang serba moden sekarang ini, tidak dapat dinafikan mata kita sering menghadap telefon pintar dan juga skrin komputer samaada bagi tujuan kerja ataupun peribadi. Gadget terutamanya sudah seperti kawan baik bagi setiap individu tidak mengira peringkat usia. Tetapi, pastikan kita jangan memaksa mata kita untuk menghadap skrin terlalu lama dan perlu merehatkan mata bagi mengurangkan ketegangan pada mata. Pastikan juga kita menjaga jarak penglihatan kita dengan skrin komputer atau televisyen sebaik-baiknya 50cm – 100cm. Selain itu, kita juga perlu memastikan kita mendapat tidur yang secukupnya.

 

2. Makan makanan yang mengandungi sumber vitamin A

Vitamin sangat bagus dan amat diperlukan bagi manusia supaya organ tubuh kita dapat dipelihara dengan baik.  Setiap jenis vitamin mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Contohnya Vitamin A sangat bermanfaat untuk kesihatan mata kerana ia dapat melindungi dari sebarang pengaruh radikal bebas. Antara contoh makanan yang mengandungi sumber Vitamin A ialah epal, lobak merah,brokoli, bayam, tomato, butternut squash, betik,  ikan salmon dan buah naga.

 

3. Melakukan pemeriksaan mata secara rutin

Jika kita merasakan terdapat kelainan pada deria penglihatan kita atau jarak penglihatan kita semakin terhad, segeralah berjumpa dengan doktor ataupun optometris bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan khidmat nasihat, Pemeriksaan mata juga perlu dibuat secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.

 

4. Berhenti merokok

Bagi melindungi kesihatan mata dan mengelakkannya dari terjejas, perokok terutamanya perokok tegar perlu berusaha untuk berhenti merokok kerana ia boleh merosakkan saraf pada mata. Tambahan pula, rokok juga boleh mengundang pelbagai penyakit pada tubuh badan kita dan mendatangkan pelbagai kemudaratan bukan sahaja pada individu, tetapi juga kepada orang lain.

 

5. Memakai cermin mata anti-ultraviolet (UV)

Jika mata kita sering terdedah kepada sinar UV yang berlebihan, ia boleh merosakkan organ dalaman mata kita. Jadi, dengan pemakaian cermin mata anti-UV, ia dapat menghalang silau dan juga berupaya manapis cahaya UV. Amalkan penggunaan cermin mata anti-UV sewaktu melakukan aktiviti luar contohnya memandu, bermain golf, berjogging, berkelah dan sebagainya.

 

6. Mengamalkan petua tradisional

Antara petua tradisional yang sering kita dengar yang dapat memberi kesegaran pada mata ialah dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata.  Selain itu, uncang teh dan ketulan ais kecil juga boleh digunakan bagi menyegarkan mata yang mengantuk. Fungsi sejuk pada bahan-bahan tersebut dapat menghilangkan keletihan pada mata sekaligus memelihara kesihatan mata.

 

Jadi, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kecantikan mata kita.  Jangan lupa amalkan tips2 diatas tau. Boleh juga amalkan Audela kerana Audela mengandungi bahan dari sumber vitamin A contohnya epal dan tomato yang amat bagus untuk mata dan anggota badan yang lain. Jadi, jangan lupa amalkan Audela kerana kita bukan sahaja boleh cantik dan sihat luaran, tetapi juga dalaman.

Klik di sini bagi meilhat testimoni2 Audela. Jumpa lagi di entry yang lain. Take care everyone.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *