7 Ciri Produk yang Tidak Selamat & Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Sekarang ni, ramai yang berlumba-lumba untuk kelihatan putih. Semua orang kalau boleh impikan kulit yang putih, “flawless” dan bebas dari sebarang cela dan inginkan perubahan dalam masa yang singkat. Kalau boleh, harini baru pakai produk, esok dah nak nampak kesannya.. Jom kita cek 7 Ciri Produk yang Tidak Selamat & Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya.

 

1. Melekit-lekit

Tekstur produk/krim melekit-lekit dan sukar untuk  diratakan pada kulit.

 

2. Tidak homogen

Bila dibiarkan lama sedikit, kita boleh nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan padat. Atau dalam erti kata lain, krim tersebut tidak boleh menyatu.

 

3. Kulit menjadi putih dengan segera

Kulit menjadi putih dengan segera dan warna putihnya pulak lain macam, bukan putih semulajadi tetapi putih seperti putih mayat. Dalam masa seminggu dua, kulit muka dah boleh putih sangat-sangat. Ingat!

Jangan mudah tertipu dengan lambakan produk diluar sana. Biar lambat putih asalkan selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

 

4. Tiada langsung jerawat tumbuh pada wajah

Mesti seronok kan lepas gunakan sesuatu produk tu, jerawat dah tak tumbuh pada muka walaupun kecil? Sebenarnya, ia disebabkan oleh kulit epidermis (lapisan kulit yg paling atas sekali) dah rosak.

Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yang sangatlah penting untuk melindungi kulit dari sinar UV. Maka, jerawat dah taknak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun tak sudi nak duduk tempat yang dah rosak.

 

5. Bau logam

Merkuri ialah logam berat yang berbentuk cecair. Jadi, produk tersebut akan  berbau logam yang kuat menyengat.

Tetapi berhati-hati juga dengan produk yang wangi terlampau. Mungkin produk tersebut sudah dicampur dengan perfume(pewangi) bagi melindungi bau logam tersebut.

 

6.  Krim berkilau (blink-blink)

Tekstur kosmetik yang ada merkuri ni berkilau-kilau sikit. Cuba tengok kulit lepas disapu krim tu..ada tak kesan kilat-kilat? Ingat! Merkuri adalah logam sebab tu berkilat.

 

7. Setelah berhenti, tumbuh bintik-bintik & kulit menjadi sangat sensitif

Apabila kita berhenti memakai produk tersebut, bintik-bintik tumbuh pada muka hingga kulit menjadi kemerahan. Lama-kelamaan kulit wajah akan jadi kehitaman, berjerawat dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

Produk yang bagus ialah apabila kita berhenti menggunakan produk tersebut, ia tidak akan memberi sebarang kemudaratan pada wajah kita.

Selain itu, kulit akan menjadi sangat sensitif dan apabila terkena matahari sekejap  pun dah memerah kulit muka, rasa pedih dan rasa terbakar bagaikan udang yg over cook. Ini petanda yang kita telah memilih produk yang salah.

 

Kesimpulannya, jangan terpengaruh dengan janji-janji manis peniaga untuk kelihatan cantik. Semak label dan pastikan anda membuat pilihan yang tepat. Sekali anda membuat pilihan yang salah, ia bukan sahaja mendatangkan kemudaratan pada kulit wajah kita, tetapi juga mendatangkan pelbagai kesan negatif lain seperti boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, meningkatkan risiko kanser, boleh merencatkan pertumbuhan janin bagi ibu mengandung dan mengakibatkan kerosakan saraf.

 

 

Bagi Kak Dela, sebelum Kak Dela nak pakai apa-apa produk, Kak Dela akan pastikan produk tersebut diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan 100% bebas dari bahan kimia berbahaya. Contohnya macam Adore Agave Skincare. Adore Agave Skincare juga mempunyai sijil halal dan telah berdaftar dengan KKM. Jom kita semak apakah manfaat utama Adore Agave Skincare ni.

  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menegangkan kulit
  • Mengecutkan jerawat
  • Meratakan tona kulit wajah
  • Menghilangkan kedutan halus di wajah
  • Menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat

 

Jadi, jangan ragu-ragu lagi dengan produk Adore Agave Skincare ni kerana semuanya selamat digunakan. Suka Kak Dela ingatkan untuk anda semua, sebelum menggunakan sesuatu produk tu lebih baik buat kajian & selidik terlebih dahulu tentang produk tersebut. Jangan menyesal di kemudian hari.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *