7 Keajaiban Tomato

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai orang tahu kebaikan dan kepentingan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk kecantikan dan kesihatan badan dan muka kan? Ia bukan sahaja selamat malah mudah untuk didapati. Antara bahan yang sering digunakan untuk kecantikan kulit wajah ialah tomato. Tomato mempunyai kandungan vitamin A, C ,asid folik dan pelbagai lagi nutrisi lain yang amat baik. Selain digunakan untuk menyedapkan masakan, ia juga mempunyai pelbagai manfaat lain. Jom kita semak apa lagi khasiat buah tomato.

 

  1. Memperbaiki sistem penghadaman

Tomato sangat baik untuk penghadaman kita kerana ia boleh memperbaiki sistem penghadaman dan hati kita. Selain itu, tomato juga boleh mengelakkan masalah sembelit. Boleh juga pelbagaikan resepi tomato untuk dibuat minuman dengan dicampurkan dengan bahan semulajadi yang lain contohnya seperti bayam untuk dijadikan smoothie.

  1. Menjaga kesihatan rambut

Amalan mengamalkan memakan buah tomato atau minum air tomato secara rutin mampu untuk mencantik dan menyihatkan rambut. Kandungan vitamin K dalam tomato mampu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat dan mengelakkan keguguran rambut.

  1. Mempercepatkan pembakaran lemak

Berdasarkan satu kajian, tomato boleh mempercepatkan proses pembakaran lemak sebanyak 30% kerana tomato boleh meransang penghasilan asid amino dalam badan. Jadi bagi sesiapa yang ingin berdiet dan ingin kurus, eloklah mengamalkan pengambilan tomato.

  1. Menjaga kesihatan mata

Kandungan vitamin A, beta carotene dan luteine yang banyak dalam tomato dapat membantu menjaga kesihatan dan kecantikan mata. Air tomato juga boleh dijadikan jus digabungkan dengan buah lobak merah yang sememangnya terkenal untuk menjaga kesihatan mata kita. Pengamalan jus tomato dicampur dengan jus lobak merah secara rutin mampu mengekalkan kesihatan mata kita.

  1. Mengurangkan risiko kanser payudara

Menurut National Cancer Institute, pelbagai nutrisi yang terdapat dalam buah tomato seperti alpha-carotene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene dan carotenoids boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Pengambilan tomato secara berkala dalam diet harian kita mampu membantu mengurangkan risiko kanser tersebut.

  1. Boleh mengelakkan strok

Satu kajian dari Harvard menunjukkan dengan mengamalkan memakan tomato, risiko strok dapat dikurangkan. Strok atau kata lainnya angin ahmar merupakan penyakit yang biasa menyerang rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun dan keatas.

  1. Mengurangkan risiko sakit jantung

Pengambilan lycopene yang merupakan salah satu nutrisi dalam tomato mampu mengurangkan risiko masalah jantung dan kardiovaskular sebanyak 30% mengikut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, Amerika Syarikat.

Sebagai kesimpulannya, tomato mempunyai pelbagai manfaat yang sangat baik bagi kecantikan dan kesihatan tubuh badan dan wajah kita. Dalam Audela juga ada ekstrak tomato sebagai salah satu dari 17 bahan aktifnya. Jadi jom sihat dan cantik bersama Audela. Inspirasi keyakinanku.

audela-bottle

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *