7 Khasiat Halia untuk Kecantikan

Assalamualaikum.

Harini nak share tentang halia. Halia ataupun “Ginger” sudah digunakan secara meluas sejak dari zaman dahulu lagi kerana diakui mempunyai pelbagai khasiat. Halia merupakan antara bahan terkenal yang sering digunakan di dalam masakan setiap hari.

Jom kita semak apakah 7 khasiat halia untuk kecantikan.

1. Merahkan Bibir

Haa petua ni tak ramai yang tahu. Untuk merahkan bibir, ambil sehiris halia dan sapu pada bibir perlahan-lahan. Boleh dibuat secara santai sambil tengok tv. Memang akan ada rasa pedas-pedas sikit lepas sapu tu. Lepas dah hilang pedas tu, boleh sapu lagi. Halia ni function dia macam nak bagi peredaran darah lancar. Ada yang dah cuba petua ni dan memang berjaya merahkan bibir tau. Tak perlu lagi pakai lipstick sebab dah merah secara semmulajadi.

2. Buang Angin & Toksin

Yang ni memang ramai yang tahu antara khasiat utama halia ialah untuk buang angin & toksin. Halia boleh dimasukkan dalam setiap masakan kita ataupun diletakkan dalam minuman. Jadikan amalan setiap hari pasti badan kita akan rasa lebih selesa dan ringan. Sebab tu antara makanan wajib wanita berpantang ialah halia. Untuk membuang lebihan angin dalam badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin.

 3. Langsingkan Badan

Siapa yang taknak kurus kan? Kurus bukan sahaja untuk cantik tau tetapi  juga untuk kesihatan. Hiris nipis halia, campur bersama madu dan segelas air suam dan juga sedikit perahan limau nipis. Jadikan amalan setiap hari, setiap pagi ketika perut kosong. InsyaAllah kita akan rasai perbezaannya.

4. Menghilangkan Bau Badan

Ramai wanita yang alami masalah ni. Badan dah cantik, muka dah manis tetapi ada bau badan pulak. Jatuh saham tauu..Untuk atasi masalah ni, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari. Boleh juga kunyah halia yang dah ditumbuk hancur. Tapi yang bab junyah tu mesti tak ramai yang berjaya buat sebab pedass..heehe

5. Menaikkan Seri Wajah

Buat bakal pengantin baru tu, jom cuba tips ni supaya suami sentiasa pandang tak jemu. Caranya mudah sahaja. Ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Selepas rendam bolehlah diminum setiap pagi. Ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas sekaligus menaikkan seri wajah. Amalkan seara konsisten ok.

6. Bersihkan Kulit

Nak kulit mulus bersih meh cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan lulur. Sapukan pada keseluruhan wajah. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk kulit yang bersih dan mulus.

7. Redakan Tekanan

Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan pada wajah juga tubuh tampak lebih segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.

 

Selain itu, boleh juga consume Adore  kerana antara bahan semulajadi dalam Adore ialah halia. Adore sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran wanita terutama yang sedang berpantang dan sebab tu la Adore digelar Jamu Moden. Boleh lihat info mengenai Adore disini.

 

Sumber: http://mrtengkuasmadi.com/khasiat-halia-untuk-kurus-dan-cantik/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *