7 Makanan Bantu Banyakkan Susu Ibu

Hai assalamualaikum semua. Harini nak share cara untuk membanyakkan susu ibu. Mesti ramai ibu yang berniat untuk fully-breastfeeding bayi masing-masing kan? Kerana setiap ibu pasti ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tapi, jika mindset, cara hidup dan cara pemakanan tidak dijaga dengan betul, agak sukar untuk merealisasikan impian tersebut. Jom kita check it out makanan yang boleh membantu membanyakkan susu ibu atau dipanggil milk booster.

 

1. Kurma
Kurma atau tamar biasa dimakan pada bulan ramadhan oleh kaum muslim kerana buah ini mengandungi pelbagai khasiat dan kaya dengan serat & potassium bagi mengimbangi kandungan air dlm badan yang hilang semasa proses berpuasa sepanjang hari. Selain itu, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25.

 

 

2. Bawang Putih
Sewaktu berpantang, bawang putih ni macam menu wajib bagi ibu-ibu yang selepas melahirkan. Bawang putih juga dipanggil superfood kerana mempunyai banyak khasiat.Makan sebagai ulam atau masak dengan sayur ke ikan ke atau buat sup letakkan banyak bawang putih, kita akan dapat khasiatnya.

 

 

3. Bijirin/Oats
Bijirin kaya dengan zat besi dan merupakan makanan yang menyelerakan dan mengenyangkan. Ia juga dapat membantu memperbanyakkan susu ibu dan merupakan milk booster bagi kebanyakan wanita. Selain itu, oats juga sangat bagus bagi yang ingin menguruskan badan.

 

 

4. Pegaga
Siapa suka makan ulam? Pegaga ni femes jugak tau untuk banyakkan susu. Ulam pegaga ni berkhasiat dan baik untuk ibu yang berpantang kerana ia dapat membantu untuk memanaskan badan, melancarkan peredaran darah, mengecutkan dan menyihatkan peranakan selepas bersalin.

 

 


5. Habbatus Sauda
Selain dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, habbatus sauda juga dapat membantu mengubati pelbagai penyakit kerana ia berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit. Anda juga boleh consume Adore kerana antara yang terkandung dalam Adore ialah Habbatus Sauda. Dapat extra benefits lagi.

 

 


6. Air
Air bukanlah makanan tetapi dengan minum air akan bantu anda mendapat stok susu yang banyak. Ini kerana air merupakan sumber cairan yang penting dalam penghasilan susu. Jika kurang pengambilan air seharian, maka jumlah susu yang dihasilkan juga sedikit walaupun anda dah makan segala makanan yang banyakkan susu. Selain itu, rajin-rajinkan diri anda minum air putih sebab air juga bantu mendetox segala toxin yang tidak diperlukan dalam badan.

 


7. Adore
Jika anda semua malas nak beli bahan-bahan di atas satu persatu, anda juga boleh consume adore kerana adore juga sangat elok untuk wanita berpantang dan membantu menbanyakkan susu. Adore sangat bagus untuk penjagaan dalaman wanita. Anda boleh nikmati pelbagai manfaat dalam 1 sachet adore ni. Boleh lihat testimoni-testimoni yang berjaya di sini.

Assalamualaikum.

 

Kredit: http://finurzcreations.blogspot.my/2016/03/11-makanan-bantu-banyakkan-susu-ibu.html

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *