7 Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan Kini Terbongkar!!

“Masalah jerawat dah dapat diselesaikan tapi parut jerawat ni masih tak hilang-hilang. Bermacam-macam cara dah cuba tapi hasilnya tetap sama. Tak berkesan langsung!! “

 

Pasti ada dikalangan anda yang pernah mengalami fasa pertumbuhan jerawat dan sekarang tengah dalam proses menghilangkan bekas dan parut jerawat pada muka kan?? Mari kita cuba  7 petua untuk menghilangkan parut jerawat dengan berkesan hanya menggunakan barang-barang yang mudah didapati di dapur anda.

1.Baking Soda

Baking soda ataupun serbuk penaik biasanya digunakan untuk membuat kek atau kuih. Kalau korang anggap itu saja kegunaan serbuk penaik anda silap sebab serbuk penaik ni ada 1001 kegunaan tau. Salah satunya untuk menghilangkan parut jerawat dengan berkesan. Serbuk penaik ni mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Image result for baking soda

Cara-caranya mudah sahaja

  • Hanya campurkan 1-2 sudu baking soda dengan air suam.
  • Kemudian lumurkan pada bahagian yang berjerawat
  • Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas.

2. Aloe Vera Gel

Pasti ramai yang tahu tentang kebaikan aloevera gel ni. Aloevera dikenali dengan tumbuhan yang memiliki 1001 kebaikan. Aloevera mempunyai khasiat untuk menyejukkan dan menyembuhkan struktur kulit.  Ia juga kaya dengan vitamin yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Tak susah pun nak dapatkan aloe vera gel ni, cari je dekat farmasi mesti ada. Kalau tanam pun senang sangat dia nak tumbuh.  

Hasil carian imej untuk aloevera

So cara-caranya seperti dibawah :

  • Patahkan daun aloevera gel tersebut
  • Ambil lendirnya dan sapukan ke muka
  • Biarkan lendir itu selama setengah jam atau sehingga kering
  • Kemudian cuci muka macam biasa.

Tapi kalau anda menggunakan aloevera gel daripada farmasi anda hanya perlu lumurkan dan urutkan sahaja pada muka dan biarkan sehingga kering. Kalau anda konsisten, insyaAllah parut jerawat akan semakin pudar dan kulit muka anda akan menjadi semakin lembut. 😆 

3. Timun

Timun juga antara sayuran ynag bagus untuk kulit. Ia mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kesemua khasiat ini sangat bagus untuk kulit anda. 

Hasil carian imej untuk cucumber and yogurt masker

Cara-caranya :

  • Kupaskan kulit timun kemudian hancurkan timun tersebut, Jangan terlalu hancur.
  • Campurkan dengan sedikit yogurt dan kacau sehingga sebati.
  • Sapukan pada wajah untuk mejadikan masker, biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air bersih.

Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk mendapatkan hasil yang maksima gunakan dua hari sekali. Maker ini bukan sahaja mampu memudarkan parut jerawat malas akan menjadikan anda awet muda.

4. Ubi kentang

Kentang erupakan salah satu sumber karbohidrat yang mengandungi vitamin A, vitamin B1, B2, B6, vitamin C, kalsium, potassium, dan banyak lagi  Jus ubi kentang kaya dengan vitamin dan mineral. Manakala kanji kentang pula boleh menghaluskan kulit wajah serta menghilangkan parut jerawat. 

Imej yang berkaitan

Cara-caranya:

  • Ambil sebutir kentang dan basuh sehingga bersih.
  • Hiris nipis kentang tersebut
  • Tempelkan hirisan kentang tersebut pada wajah dan biarkan sehingga warna kentang tersebut bertukar keabu-abuan dan kering.
  • Setelah kering, buangkan hirisan kentang tersebut dan bilas muka dengan air bersih.
  • Lakukan dengan teratur pada malam hari dan muka anda akan bebas daripada jerawat dan parut.

5. Madu

Madu merupakan antibiotik dan agen anti keradangan. Ia juga mengandungi antiosidan yang tinggi, vitamin B2, B3, B5 dan juga minerals. Selain daripada itu, madu juga merupakan agent pelembab pada kulit. Jadi ia mampu untuk merawat jerawat disamping memberikan kelembapan pada kulit anda.

i)Madu Asli

Sifat antibakteria dan berasid pada madu asli membantu untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Aplikasi madu asli pada bekas parut jerawat akan memudarkan parut dan mencerahkan kulit muka  🙂 

Image result for raw honey

Cara-caranya :

  • Bersihkan kulit muka unuk mengeluarkan minyak yang berlebihan.
  • Sapukan lapisan tipis masu asli pada muka anda dan jadikan seperti masker
  • Biarkan sekurang-kurangnya selama 10 minit
  • Basahkan tangan dengan air dan urutkan wajah anda dengan gerakan memusing.
  • Cuci muka anda dengan air sejuk dan lapkan dengan tuala bersih.

ii) Madu dan kayu manis

Kayu manis membantu menghilangkan jerawat penyebab bakteria.

Cara-caranya :

  • Campurkan jumlah yang sama madu asli dengan serbuk kayu manis. 
  • Sapukan campuran tersebut di kawasan yang mempunyai jerawat atau parut. 
  • Biarkan campuran tersebut kering kemudian bilas.

iii) Madu dan Gula

Cara-caranya:

  • Campurkan sedikit gula dan gula perang bersama sedikit madu asli.
  • Gosok  dengan lembut ke kawasan yang berparut dan seluruh muka.
  • Urut perlahan selama 3 – 4 minit.
  • Bilas dengan air. Ulangi secara teratur untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

iv) Madu dan kunyit

Kunyit adalah anti-radang dan pembasmi kuman yang membunuh bakteria dan melegakan kesakitan dan kemerahan.

Cara-caranya:

  • Campurkan satu sudu madu dan 1/8 sudu teh serbuk kunyit.
  • Sapukan pes kepada kawasan yang berparut atau jadikan masker.
  • Biarkan selama 20 – 25 minit dan bilas dengan air suam.
  • Sapu pelembap. Ulangi secara teratur untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

6.  Lemon

Sifat asid pada lemon membantu mengurangkan atau menghilangkan parut jerawat dan mempunyai sifat pembersihan dan penyembuhan yang hebat.  

Image result for lemon

Cara-Caranya:

  • Perahkan sedikit jus lemon
  • Sapukan sedikit jus tersebut pada jerawat dan parut jerawat
  • Biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

7. Asam Jawa

Asam jawa antara bahan yang mudah untuk didapati di dapur. Semua dapur pasti ada bahan ini. Caranya juga sangat mudah.

Hasil carian imej untuk asam jawa

Cara-Caranya:

  • Ambil sedikit asam jawa dan campurkan sedikit air.
  • Sebatikan campuran tersebut. Jangan terlalu pekat.
  • Sapu campuran tersebut pada kawasan yang berparut
  • Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur.

Petua di atas adalah antara petua yang berkesan untuk memudarkan parut jerawat anda. Sebaiknya kita mencegah jerawat daripada timbul pada kulit muka.. Jika kulit kita bebas jerawat maka tiadalah masalah bekas parut jerawat. Betul tak? Untuk mendapatkan muka yang bebas jerawat dan bersih mestilah menggunakan penjagaan muka yang bagus juga kan? Banyak penjagaan muka di luar sana yang berbahaya kerana mengandungi mercury dan sebagainya.

Skincare yang bagus mestilah mempunyai ciri-ciri seperti di bawah ini.

  1. Selamat untuk digunakan pada kulit
  2. Diperbuat daripada bahan semulajadi
  3. Mempunyai standard kualiti antarabangsa
  4. Mempunyai sijil Halal
  5. Mempunyai Kelulusan KKM

Nak tahu tak ADORE AGAVE SKINCARE mempunyai kesemua  ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas. Ianya bebas chemical seperti SUPLHATE, PARABEN, MERCURY, dan HYDROQUINONE. Dan yang penting ianya lembut pada kulit dan tidak merosakkan kulit muka anda.

Berminat  nak dapatkan Adore Agave SkinCare?? Click sahaja link ni >> Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang.

Kulit muka idaman anda pasti menjadi kenyataan  😆 

Hasil carian imej untuk adore agave skincare

 

BACA JUGA :  Apa punca terhasilnya jerawat pada muka?

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *