7 tips untuk dapatkan kembali bentuk badan selepas bersalin

Keinginan semua ibu selepas bersalin adalah untuk… MENDAPATKAN BENTUK BADAN ASAL semula!

Bukan itu je, kalau boleh, lepas pantang lebih kurus dari badan sebelum hamil. Betul bukan?

Tetapi cabarannya tetap ada, lebih-lebih lagi apabila sudah ada anak. Namun, pastikan anda mengambil langkah keselamatan dengan mendapatkan nasihat dari doktor sebelum mula bersenam selepas bersalin.

Bersenam selepas bersalin boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan. Ini akan menambah kesukaran anda untuk mencapai sasaran anda. Jadi, apa-apa pun, dapatkan nasihat doktor dulu.

 

1 – Langkah Pertama

Badan kita bukanlah seperti alat ganti kereta yang boleh ditukar ganti, ia akan kembali ke bentuk asal, namun memerlukan masa.

Rahim memerlukan enam hingga lapan minggu untuk kecut ke bentuk asal. Malah badan memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk mengeluarkan air berlebihan.

Walaubagaimanapun, proses-proses ini tidaklah menjanjikan bentuk badan asal. Tapi anda perlu tahu sebagai pendorong untuk anda dapatkan bentuk badan asal anda.

2 – Rehat yang cukup

Kunci utama untuk badan kembali ke bentuk asal ialah dengan rehat yang cukup.

Ini kerana rehat yang cukup akan membantu metabolisma badan menjadi seimbang dan mengurangkan keinginan untuk makanan tinggi gula dan tinggi kalori.

 

3 – Berganding bahu

Berdua lebih baik! Berganding bahu dengan pasangan anda untuk sama-sama mendapatkan bentuk badan lebih ideal.

Kajian menunjukkan yang mempunyai pasangan untuk aktiviti lebih sihat membuatkan seseorang itu lebih kekal mengamalkan gaya hidup sihat.

 

4 – Kardio kunci utama

Mulakan dengan aktiviti kardio. Ianya cara terbaik untuk mendapatkan balik tenaga dan stamina untuk aktiviti yang lebih berat.

Tahukah anda yang perbuatan menolak kereta sorong bayi sambil berjalan selama 30 minit akan membakar lebih dari 150 kalori?!

Lepas ini tiada alasan untuk bakar lemak, ye!

 

5 – Jaga diet

Pernah tak dengar ‘abs are made in the kitchen‘? Ia bermakna perut dibuat di dapur.

Ini memang betul, salah satu perkara penting untuk mendapatkan badan yang ideal ialah menjaga apa yang anda makan. Lebihkan sayuran, buah-buahan, bijiran dan protein tanpa lemak untuk tenga yang bersih dan berpanjangan.

 

6 – Penambahan berat badan

Jangan takut dengan angka yang meningkat pada penimbang anda.

Itu mungkin disebabkan oleh otot yang semakin terbentuk, bermakna lebih banyak kalori yang terbakar. Selepas anda mendapat bentuk badan ideal, latihan berat akan membantu anda dengan berat badan anda pula.

 

7 – Ubah

Anda mungkin akan menjadi bosan jika setiap hari mempunyai rutin yang sama. Jadi, cuba buat jadual untuk pelbagaikan aktiviti senamanan anda.

Seronok semasa bersenam juga adalah motivasi untuk lebih konsisten dalam mendapatkan bentuk badan anda.

 

Selain itu, boleh juga consume Adore  kerana antara bahan semulajadi dalam Adore ialah halia. Adore sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran wanita terutama yang sedang berpantang dan sebab tu la Adore digelar Jamu Moden. Boleh lihat info mengenai Adore disini.

Sumber daripada: https://my.theasianparent.com/bentuk-badan-selepas-bersalin/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *