8 Cara Mudah Mengembalikan Kesegaran Kulit Wajah Dan Mata Yang Bersinar.

Terpaksa bersengkang mata menyiapkan tugasan pejabat mahupun tugasan kuliah yang menghampiri tarikh deadline, atau kerana terlalu asyik  menonton korean drama kegemaran korang adalah salah satu hal yang sering kita lakukan dan menjadi alasan yang paling kerap kita gunakan apabila berjaga sehingga lewat malam. Betul tak? Sayangnya, hal ini membuatkan wajah menjadi kusam dan nampak tak bermaya! Jangan gusar dahulu pembaca sekalian, di sini Kak Dela berkongsi dengan anda 8 cara menyegarkan kembali wajah kusam anda dan mengembalikan semula sinaran pada mata anda. Jom teruskan bacaan!

1.Tekapkan Mata Dengan Sudu Dingin.

For cooling purpose, leave a spoon in freezer for 10 minutes. Take it out and apply under your eyes for 3 minutes. #EyeBagsTreatment
Sources : Pinterest

Wajah yang tampak suram dan tak bermaya biasanya disebabkan oleh lingkaran hitam di sekitar mata serta kehadiran kantung mata yang tampak membengkak. Untuk mengatasi masalah ini, tekaplah mata kamu dengan menggunakan sudu yang telah di sejukkan di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Tekapkan sudu tersebut sehingga rasa sejuk pada sudu tersebut hilang. Cara ini dijamin berkesan untuk menyegarkan mata serta menjadikan kantung mata yang membengkak semakin surut.

2.  Kurangkan Garam Dalam Pemakanan.

Reducing Salt Intake Doesn’t Lower Blood Pressure in New Study
Sources : Pinterest

Garam memiliki sifat semulajadinya sebagai pengikat air sehingga akan menyebabkan kamu terdehidrasi. Hal ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan semakin membengkak. Oleh sebab itu, hindari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi buat sementara. Gantikan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang jauh lebih sihat. Bukankah pengambilan garam yang berlebihan sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Pengambilan garam yang berlebihan ibarat membuka pintu untuk penyakit-penyakit seperti darah tinggi datang menyerang tubuh badan kamu.

3. Gunakan Sheet Mask 

How to Use Sheet Masks #sheetmask #skincare
Sources : Pinterest

Untuk mendapatkan kulit wajah yang segar dengan segera, Kak Dela suggestkan kamu menggunakan sheet mask. Selain berfungsi menyegarkan wajah yang kusam dan tak bermaya, sheet mask juga membantu untuk melembapkan serta menghidrasi semula wajah kamu. Kulit muka akan kelihatan lebih segar apabila kamu memulakan hari yang baru setiap hari. Psssttt… jangan risau pasti takkan ada orang yang tahu kamu telah berjaga sepanjang malam! 

4. Urut Wajah Anda Untuk Melancarkan Peredaran Darah

Image result for gerakan memusing untuk muka
Sources : Pinterest

Setelah kamu menanggalkan sheet mask  daripada wajah kamu, pasti akan ada sisa-sia cairan /essence  pada wajah kamu kan? Jangan dibasuh essence tersebut! Kalau kamu cuci muka kamu sejurus selepas menggunakan sheetmask, dikira sebagai satu pembaziran tau! Belum sempat pun essence tu nak menyerap ke dalam kulit dah habis kena cuci. Jadi gunakan lebihan essence tersebut sebaiknya dengan mengurut wajah kamu dalam gerakan memutar. Urutan yang lembut pada wajah akan membantu untuk melancarkan peredaran darah pada wajah kamu seterusnya membuatkan wajah kamu kelihatan lebih segar. Kemudian akhiri urutan memutar tersebut dengan menepuk-nepuk wajah kamu dengan lembut agar essence tersebut menyerap dengan sempurna ke dalam kulit wajah. 

5. Aplikasikan Eye Cream

Image result for application of eye cream
Sources : Pinterest

Jangan lupa juga untuk mengaplikasikan eye cream  agar kawasan sekeliling kamu sentiasa lembab. Kamu juga boleh menggunakan sedikit concealer dan juga eye liner berwarna nude atau peach pada bahagian waterline untuk meyamarkan lingkaran hitam pada bawah mata kamu. 

6. Menggunakan Strawberry

Image result for strawberry on eye
Sources : Pinterest

Kamu adalah penggemar strawberry? Ternyata selain sedap untuk di makan, buah segar dengan rasa masam dan manis ini juga kaya dengan manfaat untuk rawatan kecantikan. Didalamnya terdapat kandungan vitamin C, flavanoids, anti-oksidan, serta sumber mineral yang baik untuk kulit. Berbanding dengan buah bervitamin C yang lain, strawberry  memiliki kandungan anti-oksidan yang lebih tinggi! 

Strawberry juga mempunyai khasiat untuk mata yang nampak lesu. Dengan kandungan air dan kandungan alpha hydroxy yang tinggi, strawberry sangat berkesan untuk meredakan mata panda yang sering mengganggu penampilan kamu. Cara-caranya adalah :-

  1. Buangkan bahagian atas strawberry yang bedaun.
  2. Potong strawberry menjadi dua bahagian.
  3. lekapkan bahagian yang telah dipotong itu pada bawah mata dan gosokkan dengan perlahan-lahan.
  4. Voila! Kantung mata anda kini semakin mengecil dan kulit anda juga menjadi lebih halus!

7. Gerakan Exercise Mata

Image result for eye exercise
Sources : Pinterest

Di saat kamu merasakan mata kamu telah letih kerana seharian menghadap laptop, atau terlalu lama menghadap gadget, ambil lah sedikit waktu untuk melakukanlah sedikit exercise pada mata. Gerakan sederhana yang kamu boleh lakukan sendirian ini akan membuatkan keletihan di mata kamu akan dapat diatasi untuk sementara waktu.

Bukan badan je tau yang perlu exercise, mata pun ada exercisenya juga. Mata yang terlalu lama menghadap layar komputer pun perlu direhatkan dengan lakukan sedikit gerakan untuk mata. Melalui eye exercise ini, mata kamu akan disingkirkan sementara daripada layar digital untuk kembali kepada daya akomodasi asalnya.

Jom cuba lakukan eye exercise di bawah ini:-

  • Gosok kedua tangan kamu sehingga terasa hangat. Letakkan telapak tangan kamu yang hangat tersebut ke atas kedua kelopak mata.
  • Setiap 30 minit sekali, kedipkan mata kamu sehingga 10-20 kali agar kelembapan mata kamu tetap terjaga.
  • Di tengah kesibukan bekerja, ambil sedikit masa untuk kamu pejamkan mata kamu sebentar kemudian putarkan bola mata kamu dalam keadaan mata kamu terpejam. Gerakan mata ini akan memberikan mata kamu sensasi seperti diurut.
  • Pilih objek yang tidak bergerak yang terletak jauh daripada pandangan mata kamu, kemudian fokus dan amati objek tersebut. Lakukan untuk beberapa saat. Cara ini akan mengembalikan akomodasi jarak jauh dan jarak dekat mata kamu.
  • Lakukan latihan fokus dalam beberapa saat. Halakan pandangan kamu daripada layar komputer kamu, kemudian fokuskan pandangan kamu pada pandangan objek lain selama 10 saat. Mulakan dari objek yang paling dekat dengan kamu, kemudian secara perlahan-lahan fokuskan pula pada objek lain yang lebih jauh.Pastikan obek-objek tersebut selari dengan penglihatan mata kamu ye.
  • Akhiri gerakan  exercise mata ini dengan menutup mata. Kemudian lirikkan mata ke atas, kebawah, lalu buka mata kamu besar-besar.
Related image
Sumber : Google

Jadi macam mana? Rasa lebih segar? Lakukanlah dengan lebih kerap agar mata kamu sentiasa segar dan ianya juga dapat membantu untuk memperbaiki  penglihatan mata kamu!

8.Gunakan Susu Yang Telah Disejukkan.

Image result for susu untuk eyebag
Sources : Pinterest

Susu juga antara salah satu bahan yang bagus untuk menghilangkan kantung lelah di bawah mata. Kandungan moisturizer yang kaya dalam susu dipercayai mampu mengembalikan kondisi kulit ke bentuk asalnya.

Cara untuk menggunakan susu ini pun mudah. Hanya celupkan cotton balls ke dalam susu yang sudah didinginkan. Biarkan bola kapas tersebut selama 10-15 minit hinggan susu tersebut diserap sepenuhnya kedalam bebola kapas, kemudian letakkan bebola kapas yang telah direndam susu itu pada mata kamu yang keletihan. Apabila kelembapan alami dari mata kamu telah kembali, maka mata kamu juga tidak kelihatan letih lagi!

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita singkirkan lingkaran hitam dan eye bag yang dah bertan-tan duduk bawah mata tu. Jangan lupa gunakan set penjagaan muka Adore Agave agar kulit muka anda sentiasa sihat berseri!

Share pada teman-teman kamu yang mungkin sedang mengalami masalah kulit kusam dan eyebag bertan-tan bawah mata tu.

 

Sumber : 5 cara menyegarkan kembali mata dan wajah yang letih

Sumber : Manfaat strawberry pada kulit wajah

Sumber : Kiat mudah untuk mata segar dan bersinar

Anda mungkin juga meminati

5 Perangai Pelik Ibu Mengandung Yang Suami Perlu Ambil Tahu!

Susah Tidur Petanda Awal Gangguan Mental?

 

ADORE AGAVE SKINCARE BUKAN SEKADAR MEMBERSIH IA JUGA MEMBELAI KULIT ANDA

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *