8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda

Pernikahan.

Apa yang terlintas di fikiran anda jika perkataan “pernikahan” ini menjadi topik perbincangan kita pada hari ini?

Pasti anda membayangkan sesuatu yang grand, berprestij, gah atau pun sesuatu majlis pernikahan yang menjadi idaman setiap wanita, betul? Namun bukan itu yang kita ingin bincangkan. Perbincangan kali ini adalah mengenai pergolakan di dalam rumah tangga. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Kadang-kadang tak semua  angan-angan indah yang kita impikan tu menjadi kenyataan. Sayang seribu kali sayang, manisnya sesebuah pernikahan hanya dapat dirasa pada 3 bulan pertama perkahwinan. Jika ditanya kepada semua pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan, tiada satu pun pasangan suami isteri yang tidak menginginkan pernikahan dan rumah tangganya berjalan dengan damai dan bahagia.  Semua pasangan inginkan masjid yang dibina  mereka kekal hingga ke akhir hayat. Namun ibarat telah menjadi lumrah didalam perkahwinan apabila kebahagiaan hidup bersama dengan pasangan kini mula terasa pudar apabila suami mula menunjukkan tanda-tanda tidak menghiraukan diri sang isteri lagi.  

“Dia bukan tak sayang saya, cuma … “

Berapa ramai para isteri yang berkata begini namun hakikatnya anda sekadar ingin menyedapkan hati ? Seorang lelaki jika dia sayang, pasti dia akan menunjukkan rasa sayangnya melalui perbuatan. Dia pasti akan mengambil berat tentang anda, mungkin ada juga yang membuat romantic surprise pada isterinya. Anda masih boleh merasakan cinta itu melalui tingkah lakunya, namun bila tiada lagi rasa sayang pada isterinya pasti anda sebagai isteri akan dapat melihat melalui sikapnya yang berubah menjadi negatif!

Bila perkara sebegini berlaku pasti pelbagai andaian telah bermain difikiran si isteri. Biasalah perempuan kan? Kalau tak overthinking bukan perempuan namanya. Jadi macam mana nak pastikan  jika si suami sudah  benar-benar tidak lagi cintakan anda? Betul ke suami anda tu tak lagi menyintai diri anda seperti dulu atau sekadar fikiran negatif dari anda je? Nak tahu tanda-tanda suami tidak lagi menyayangi dan mencintai diri anda? Teruskan pembacaan anda. Jika rumahtangga yang  anda bina sememangnya tengah bahagia jangan bazirkan masa anda membaca entry ini. 

Masih nak teruskan pembacaan?

Ini benar-benar memberi maksud yang anda ingin tahu jika suami anda tu masih menyayangi diri anda atau tidak. Jom kita semak setiap tanda-tanda yang di ekspresikan oleh seseorang yang bernama suami jika dia tidak lagi menyintai diri isterinya. 

 

1) Gemar Menghabiskan Masa Sendiri Tanpa Anda.

Related image

 

Adakah suami anda lebih gemar menghabiskan waktunya sendiri, suka berada di tempat kerjanya berbanding pulang ke rumah, atau sering keluar bersama kawan-kawan kerabatnya berbanding dengan menghabiskan masanya bersama dengan anda?  Bila anda tiada dirumah boleh pula dia menghabiskan masanya menonton tv di rumah. Ini boleh menjadi salah satu tanda-tanda bahawa suami anda tidak bahagia dengan anda atau mungkin dia berasa serabut apabila berada dirumah 

2) Suami Tidak Lagi Berkomunikasi Dengan Anda

Related image

Kalau suami anda dari dulu memang pendiam, itu boleh di kecualikan, tetapi jika dulunya suami anda seorang yang peramah, sering berkongsi cerita dengan anda, sering memuji anda, tapi kini senyap seribu bahasa bila dirumah. Bila anda berdua di rumah tak terasa macam berdua, ibarat macam anda tinggal sendirian! Kalau bercakap pun bila ditanya, itu pun sepatah-sepatah dibalasnya. Kalau tidak bersembang dengan anda, handphone dia tu lah dihadapnya 24 hours!.

3) Tiada Lagi Kata-Kata Pujian Untuk Anda 

Suami yang bahagia bersama isteri akan selalu menghargai segala apa kerja yang dilakukan isteri untuknya. Ia akan sentiasa memuji isterinya dengan ikhlas dan memberikan penghargaan dan kasih sayang pada anda kerana dia sayangkan anda. Namun jika segala kata puji-pujian mula tidak lagi kedengaran dan dia sudah tidak peduli lagi dengan kerja keras anda lagi, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. 

4) Suami Mudah Naik Marah Atas Perkara Yang Remeh Temeh

Image result for tak bercakap dengan isteri

Buat silap sikit kena tengking, buat itu salah, buat ini salah, anda duduk sebelah dia pun kena marah. Kalau hati dah tak sayang, kita buat baik mana pun, semua salah di mata dia. Kalau dulu, elok je cakap baik-baik dengan kita, tapi sekarang menjadi-jadi panas barannya. Kalau anda mengalami situasi begini, Kak Dela nasihatkan cepat-cepatlah berbincang dengan suami anda tu dan cari punca kenapa dia berubah.

5) Suami Dah Tak Lagi Mahu Memujuk Anda.

Kalau dulu sebelum berkahwin dan sewaktu awal perkahwinan, bukan main lagi dia memujuk anda bila anda merajuk. Bermacam-macam effort yang ditunjukkan semata-mata nak memujuk anda kembali. Belikan bunga lah, chocolate lah . Tapi sekarang ni bila anda merajuk, haram dia buat dekk je dengan anda. Dah la kena marah dengan dia, kemudian bila kita terasa hati tak ada kata maaf pun keluar dari mulut dia. Kalau dah berkali-kali perkara macam ni terjadi, itu boleh menjadi petunjuk yang rasa sayang suami pada anda tidak lagi seperti dulu.

6) Tiada Lagi Rasa Hormat Pada Anda Sebagai Seorang Isteri.

Suami menghormati seorang wanita sebagai isterinya bukan lah bermaksud seperti si suami perlu tunduk kepada semua arahan isteri. Banyak cara yang suami boleh lakukan sebagai tanda menghormati anda. Antaranya seperti,suami akan memberitahu anda  bila dia pulang lewat kerumah kerana sibuk di pejabat, Dia juga akan bertolak ansur dan sentiasa menjaga nada pertuturannya apabila bercakap dengan anda. Semua perkara ini adalah tanda suami menghargai dan menghormati anda sebagai isterinya.  Bukannya bila anda bertanyakan dia ingin kemana dan dia menjawab dengan kasar seperti ini “Tak payah sibuklah! Suka hati saya lah nak pergi mana pun!” mungkin jelas menunjukkan yang suami dah tawar hati dengan anda.

7) Tiada Usaha Dari Si Suami Untuk Berbaik Dengan Anda

Image result for tak bercakap dengan isteri

Bila rasa sayang dah mula pudar, segala perlakuannya juga akan menjadi ala kadar. Apabila tercetus pergaduhan antara anda dan suami sehingga menjadi perang dingin, dia tak kisah pun kalau tak bercakap dengan anda berhari-hari. Walaupun anda yang berusaha untuk memperbaiki hubungan, si suami seperti mengelak untuk berbaik dengan anda. Seperti dia selesa apabila anda tiada di sisi dia. Ketahui lah suami anda sudah tidak menyayangi diri anda seperti dulu.

8) Hubungan Intim Tidak Lagi Intim

Tanda yang terakhir ini memang jelas menunjukkan suami tidak lagi mengganggap anda sebagai isteri yang menduduki carta di hatinya. Jika suami tidak lagi berhubungan intim dengan anda atas alasan letih atau stress dengan kerja mungkin boleh diterima pakai lagi. Tetapi kalau dah selalu sangat mengelak dari menyentuh anda sampai berbulan-bulan lamanya, tiada lagi belaian manja dari suami anda maka itu boleh menjadi tanda suami tidak lagi sayangkan isterinya. 

 

Ketahuilah Allah yang memegang hati hamba-hambanya. Jika rumah tangga anda sedang mengalami pergolakan jangan lah cepat berputus asa. Anda pasti mahukan rumah tangga anda bahagia seperti di awal perkahwinan kan? Berdoalah pada Allah agar pasangan anda dilembutkan hatinya dan cintanya terhadap anda mekar semula.

Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-

“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.

Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Sebelum mengamalkan doa  ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain. 

Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.

Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.

Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.

Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4

  • Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
  • Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
  •  Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
  • Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula  surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.

Selain daripada itu jangan lupa amalkan Jamu Adore! Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua. Selamat beramal! 

 

Baca Juga :

Rahsia Keluarga Bahagia Menurut Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *