Tak Perlu Berhabis Duit Untuk Kekal Sihat. Hanya Amalkan 6 Petua Ni Jerr…

ASSALAMUALAIKUM 
Lambakan jenis makanan di pasaran pada hari ini merupakan petanda awal dunia bakal  kehilangan spesis manusia dalam tempoh lebih cepat kerana penyakit yang berpunca dari gaya pemakanan yang tidak sihat. Kebanyakan manusia lebih gemar memilih makanan yang berminyak dan berlemak seperti fast food untuk menjadi santapan mereka setiap hari. 

Kalau dahulu di usia 80 tahun masih gagah melakukan kerja berat, aktif bergerak kesana sini, tapi kini seawal umur belasan tahun kita sudah didatangi pelbagai penyakit kronik. Setuju?

Jika di tanya pada orang-orang vateran ni, pasti ramai dikalangan mereka yang menekankan tentang pemakanan. Rahsia tentang pemakanan mereka adalah  mereka mengamalkan herba-herba yang menjadi petua dari orang dulu-dulu.  Perut kita ni bukannya tong sampah nak disumbat segala macam jenis makanan. Sebab tu makanan ni memainkan peranan penting untuk kesihatan badan kita. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri sangat menjaga pemakanannya. Baginda tak pernah makan sehingga kenyang. Kita pula selagi boleh sumbat, selagi tu kita sumbat masuk semua makanan. Ish ish ish.Jadi apa petua agar badan kekal sihat yang diamalkan nenek-nenek yang badannya masih kekal sihat seperti orang muda ni? Jom kita teruskan pembacaan.

1)PUCUK JAMBU BATU

Siapa yang tak tahu apa tu pucuk jambu? Meh Kak Dela tunjukkan pada anda rupa bentuk pokok jambu.

Ha macam tu lah rupanya pucuk jambu batu. Tunas dia tu yang kita petik untuk tujuan rawatan atau dijadikan sebagai ulam. Jangan pula di ambil daun yang dah matang. Mungkin ramai tak tahu khasiat pucuk jambu boleh merawat sakit perut atau diarrhea. Kalau waktu kecik-kecik dulu, bila terkena cirit birit pasti Mak Kak Dela akan pergi belakang rumah untuk petik pucuk jambu ni. Tak payah dah susah-susah nak pergi klinik ambil ubat. Kunyah je pucuk tu, InsyaAllah perut akan lebih selesa lepas tu. Selain tu kalau taknak kunyah, boleh juga rebus pucuk tersebut lalu dimakan bersama sedikit garam. Pucuk jambu sememangnya melegakan keselesaan dalam perut.

.2)AIR BERASImage result for air beras

Petua yang kedua adalah air beras. Okay Kak Dela nak tanya ni, biasa lepas basuh beras, air cucian beras tu anda simpan atau anda terus buang masuk dalam sinki? Haaa mesti ramai yang terus buang kan?  Ibaratnya  air beras ni macam tak memberi apa-apa manfaat pada kita. Tapi anda tahu tak yang air beras ni boleh menjadikan badan semakin sihat dengan mengamalkan air dari beras yang sudah ditumbuk dan digoreng? Caranya hanya perlu mengambil segenggam beras lalu digoreng sehingga naik bau garing dan seterusnya ditumbuk sehingga hancur. Kemudian beras yang ditumbuk tadi tu digaul bersama air suam. dan minum lah air tersebut.

3)DAUN SIREHImage result for daun sirih

Tanaman yang tumbuh menyulur dan memiliki daun lebar ini kaya akan kandungan saponin, tannin, eugenol, dan berbagai jenis minyak esensial. Daun sirih dikenal akan sifat anti-septik, anti-inflamasi, dan menyejukkan kulit. Khasiatnya tak terbatas di permukaan tubuh. Jika dimakan atau diminum air rebusannya ia juga mampu memberikan kesan yang baik pada badan anda.Bagi mereka yang sering mengalami masalah penglihatan yang kabur dan penat pula boleh cuba menggunakan daun sirih sebagai penawar. Caranya mudah hanya merebus daun sirih itu lalu diletakkan di sekitar mataTidak perlu tekap, hanya mengambil wap haba dikeluarkan sirih itu untuk menyegarkan mata yang kuyu dan lesu. Cuba lah!!

4)SAYUR BENING

Image result for sayur bening

Sayur bening merupakan menu hidangan yang mudah dimasak di rumah. Sayur bening adalah sejenis hidangan kuah berasaskan sayur seperti bayam serta campuran sayur yang lain. Hanya memerlukan bawang merah dan putih sebagai rencah, resipi ini sangat menyihatkan. Golongan muda yang mahu kekal sihat harus mengamalkan makan seperti ini kerana lebih berkhasiat Bukan sahaja berkhasiat, menu ni pun sedap tau.

5) LEMPOYANG

Image result for lempoyang

 

Lempoyang ini biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Khasiat Lempoyang ini digunakan secara tradisional untuk  membersihkan dan juga mencantikkan kulit wajah dengan cara meminum air perahan kulit ubinya yang dikikis dan dicampur dengan sedikit madu.

Selain itu, jika anda hilang selera makan, anda juga boleh mencuba lempoyang. Khasiat tumbuhan ini dikatakan sangat bagus mengembalikan deria makan. Apa yang perlu dilakukan adalah merebus lempoyang, lalu minum sebagai minuman tambahan yang mengembalikan semula selera anda. Ia juga mampu merawat kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan

6)MENGKUDU

Image result for mengkudu
Mengkudu memiliki 1001 khasiat untuk kesihatan. Berikut adalah khasiat yang boleh didapatkan apabila anda mengkonsumsi mengkudu :
  • Meredakan sakit kepala
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Melancarkan pencernaan
  • Anti – infalamsi
  • Membantu menurunkan kolestrol
  • Mencegah kanser
  • Dan pelbagai lagi.

Anda boleh membaca khasiat mengamalkan buah mengkudu di sini.

Banyak sebenarnya lagi khasiat daripada tanaman-tanaman herba ni tau. Tapi orang zaman sekarang ni, manalah nak tanam tanaman ni dekat sekeliling rumah. Rumah pun tak ada tanah macam mana nak menanam, yedok??  Takpe lah kalau tak dapat nak menanam caranya membeli je lah, lagi mudah kan. Cuba lah amalkan petua-petua yang Kak Dela bagi tadi. InsyaAllah badan kita menjadi lebih sihat. Sesekali biarlah perut tu hadam makanan yang baik dan berkhasiat pula. Semoga semua pembaca blog Audela dikurniakan kesihatan yang bagus. Amiin . Anda juga boleh mengamalkan doa diberikan kesihatan yang baik. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik 😊.

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *