Anda mengalami masalah kulit kering? Bagaimana untuk merawatnya?

Untuk sebahagian besar, kulit kering tidak serius. Walau bagaimanapun, ia membuatkan kita berasa tidak selesa dan boleh menjadi punca kebimbangan terhadap sesetengah orang.  Terdapat beberapa keadaan kulit kering yang serius yang merupakan kumpulan gangguan yang diwarisi (ichthyosis).

Kebiasaannya kulit kering adalah disebabkan oleh keadaan persekitaran, di mana ianya yang boleh dikawal sehingga ke tahap yang tertentu. Mandi berlebihan dan pendedahan kepada suhu panas atau sejuk juga boleh menyebabkan kedutan kulit kering.

Kulit kering ataupun dalam istilah lain dikenali sebagai Xerosis, adalah keadaan dimana kulit kurang mendapat lembapan. Mereka yang mengalami masalah kulit kering terutamanya pada wajah pasti sangat sukar untuk memakai solekan kerana akan menghasilkan effect “cakey” pada wajah dan tidak cantik untuk dilihat.

Jom kita bincangkan apa faktor yang menyebabkan kulit menjadi kering.

Related image

1.Dehidrasi

  • Dehidrasi atau kekurangan air adalah antara penyebab kulit menjadi kering. Sebahagian besar dari tubuh badan kita terdiri dari air. Oleh itu air adalah sangat penting bagi memastikan keadaan kulit tidak kering dan sentiasa segar. Bila badan kekurangan air, kulit kita akan mengalami penurunan kelembapan serta  kita akan mudah untuk sakit kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

2. Cuaca

  • Kelembapan kulit juga dipengaruhi oleh faktor cuaca. Kulit akan menjadi kering jika cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Cuaca yang terlalu panas juga kan menyebabkan seseorang mengalami strok haba kerana air yang tidak mencukupi didalam badan. Terlalu banyak peluh yang keluar dari badan juga akan menyebabkan kulit menjadi kering. Kerana itu pentingnya minum air yang banyak agar badan kekal terhidrasi di samping menggunakan set penjagaan muka yang mempunyai ciri melembabkan kulit.

3. Kurang Pengambilan Makanan Sihat

  • Cara semulajadi untuk mempercantikan kulit adalah dengan pengambilan makanan yang baik . Didalam makanan yang baik terdapat ribuan fitokemikal, serat dan vitamin yang bekerjasama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kurang pengambilan makanan ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering.

4. Udara Kering

  • Udara kering adalah antara penyebab kulit kering, lebih-lebih lagi di kawasan yang sejuk atau berpenghawa dingin.  Di Malaysia kerana cuacanya adalah panas dan lembab, maka kebanyakan syarikat atau perumahan akan mempunyai penghawa dingin. Kekerapan berada didalam bilik yang berpenghawa dingin  akan menyebabkan ia menyerap keluar kelembapan dari kulit. Apabila terlampau sejuk, anda akan terasa kulit anda kering dan kelihatan garisan putih apabila menggaru. Ia adalah petanda kulit mengering.

5. Sabun

  • Penggunaan sabun yang kerap juga menjadi salah satu faktor yang meyebabkan kulit kering. Mencuci muka menggunakan cleaanser dengan kerap iaitu melebi 2 kali sehari mampu menghilangkan kelembapan alami kulit sehingga kulit menjadi kering. 

Tahukah anda sesetengah gangguan kulit menyebabkan kulit kering. Berikut adalah gangguan kulit yang biasa ditemui.

Atopic Dermatitis >Ini adalah jenis ekzema yang paling biasa. Mereka yang terjejas mempunyai kulit yang lebih sensitif dan kering.

PsoriasisIni adalah keadaan kulit di mana pesakit mempunyai sel kulit kasar, kering, dan mati.

Gangguan tiroid Apabila tiroid pesakit menghasilkan hormon tiroid terlalu kecil, ia dipanggil hypothyroidism. Ia mengurangkan  aktiviti peluh dan kelenjar minyak anda, yang menyebabkan kulit kasar, kering.

 

Adakah kulit kering akan menyebabkan kedutan dan kulit muka yang lebih berusia?

Satu perkara yang berlaku apabila kita semakin berusia adalah kulit kita menjadi kering, jadi ianya saling berkait apabila kita menganggap bahawa kulit kering berpotensi membawa kepada kedutan. Sesetengah pakar kesihatan mempunyai perbezaan pendapat mengenai perkara ini.  Namun harus diakui bahawa kulit kering memberikan tanda bahawa kulit anda tidak 100%  sihat.  Jadi sebaiknya masalah kulit kering ini dirawat dan mencegahnya daripada kembali semula.

Kulit yang sihat adalah kulit yang berseri dan bersinar. Ciri-ciri kulit yang sihat ini pastinya tidak dapat dimiliki sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering. Dalam perubatan, masalah seperti ketidakseimbangan hormon dan masalah tiroid adalah punca-punca yang paling biasa bagi masalah kulit kering.  Ia juga menyebabkan kedut-kedut sementara di kulit dan semua kedutan yang sementara tersebut berpotensi  untuk menjadi kedutan yang kekal.

Apakah simptom yang biasa berkenaan kedutan kulit kering?

Walaupun kulit kering biasanya bersifat sementara untuk kebanyakan orang, namun ianya sangat tidak selesa. Berikut adalah beberapa simptom untuk kulit kering:

1. Kulit anda mungkin terasa ketat, terutamanya selepas anda mandi, mandi atau berenang.
2. Kulit mungkin kelihatan mengecil dan kering.
3. Kulit juga akan berasa kasar.
4. Kulit terasa gatal.
5.Garis halus dan kedutan boleh muncul di kawasan kulit yang kering.
6. Anda mungkin boleh kulit anda kemerah-merahan.

Rawatan yang perlu anda lakukan.

Untuk rawatan di rumah,  anda perlu mengelakkan kekerapan menggunakan air panas ketika mandi. Gunakan juga pelembab harian untuk kulit muka mahupun badan.  Anda juga boleh menambah sedikit minyak zaitun atau minyak bayi ke dalam gel mandi anda, cecair sabun tangan  dan juga syampu.

Untuk kulit yang sangat kering dan bersisik, anda boleh menggunakan “over-the-counter cream” yang mengandungi asid laktik dan/atau urea. Untuk kes-kes yang lebih teruk, Kak Dela nasihatkan untuk anda bertemu dengan pakar dan mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka.

Selain daripada itu, perkara basic yang anda boleh  lakukan untuk mengelakkan kulit kering adalah dengan mengelakkan kafein, merokok dan alkohol. Ketiga-tiga perkara ini adalah  bersifat diuretik dan boleh menyebabkan dehidrasi. Anda juga harus meningkatkan paras air dalam badan anda. Minum sehingga 8 gelas air sehari untuk kekal terhidrasi.

Menambah minyak ke air mandi anda juga berkesan seperti anda memasukkannya ke dalam sabun mandian anda. Akhirnya, lindungi kulit anda dari sebarang elemen dengan memakai topi, tudung, sarung kaki tebal dan sarung tangan tebal pada musim sejuk dan memakai pakaian pelindung pada musim panas. Sentiasa memakai pelmbab pada  kulit anda sebelum mendedahkannya kepada unsur-unsur ini. Dan juga pastikan anda memakai pelindung matahari (SPF 15 sekurang-kurangnya) apabila anda berhasrat untuk menghabiskan masa di bawah sinar matahari, walaupun ia bersembunyi di belakang awan.

Produk penjagaan kulit muka yang kering

Tidak semua produk penjagaan kulit di luar sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering. Salah memilih produk akan menyebabkan kulit muka anda menjadi semakin kering dan yang paling teruk breakout teruk. Produk penjagaan kulit yang bagus perlulah mempunyai ciri seperti :-
1) Berasaskan daripada bahan semulajadi
2)Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya
3)Lembut pada kulit
4) Mempunyai kelulusan Halal
5) Mempunyai KKM
4) Melembabkan kulit muka

Cuba semak semula adakah produk penjagaan muka anda mempunyai ciri-ciri seperti diatas? Jika tidak bertukar lah segera kerana mungkin produk tersebut akan memberikan kesan buruk jangka panjang pada kulit muka anda. Jom bertukar kepada Adore Agave Skincare.

Kenapa perlu memilih Adore Agave Skincare?

☑ Melembabkan Kulit
☑ Mengurangkan Pigmentasi
☑ Menegangkan Kulit
☑ Mengecutkan Jerawat
☑ Meratakan tona kulit wajah
☑ Mengurangkan kedutan halus di wajah
☑ Menyelesaikan masalah pori-pori tersumbat

Dan apa yang penting sekali adalah kesemua ciri-ciri yang perlu ada untuk produk penjagaan muka ada pada Adore Agave Skincare!!

Dapatkan Adore Agave Skincare sekarang. Click>> Saya nak dapatkan Set Adore Agave Skincare sekarang.

Image result for kenapa perlu memilih adore agave skincare

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *