Anda Sembelit??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Harini admin nak share sikit tentang sembelit. Admin pasti ramai antara kita pernah menghidapi sembelit dan perlu mengambil masa yang lama jika berada di dalam tandas. Apa itu sembelit? Sembelit adalah apabila kita mengalami kesukaran untuk membuang air besar akibat dari najis terlalu keras dan jarang membuang air besar. Jadi jom kita semak antara punca dan cara mengatasi sembelit.

Punca-punca Sembelit

 

1. Kurang cecair di dalam badan

Air merupakan komponen yang amat penting bagi tubuh badan kita. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa minuman, manusia boleh mengalami dehidrasi atau mati. Ada antara kita kurang gemar mengambil air kosong dan mengakibatkan sembelit menjadi lebih teruk.

2. Selalu menahan diri daripada membuang air besar

Selalu menahan diri daripada membuang air besar atau dalam bahasa lain malas membuang air besar antara punca utama sembelit. Ada sesetengah dari kita sering menangguhkan niat untuk ke tandas setelah mendapat signal ingin membuang air besar. Ada juga yang malas menunggu najis keluar sehingga habis ketika membuang air besar. Jadi, ia akan mengeruhkan lagi masalah sembelit yang dialami. Keadaan ini sering terjadi pada anak kecil yang baru belajar “potty training”.

3. Angin dalam badan

Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Kita bole cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir bagi mengeluarkan angin dalam badan

4. Faktor usia

Masalah sembelit juga sering dialami oleh warga tua. Ini kerana, golongan yang lebih berusia mengalami masalah fungsi organ yang kurang efisyen.

 

CARA MENGATASI SEMBELIT

 

1. Lebihkan pengambilan air

Kita perlu mengamalkan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Perhatikan juga warna air kencing kita. Jika ia berwarna kekuningan, tambahkan lagi kuantiti air yang diminum setiap hari. Tanpa air, badan kita aka mengalami dehidrasi dan mengeruhkan lagi masalah sembelit yang dialami.

2. Tingkatkan pengambilan serat

Selain air kosong, lebihkan pengambilan serat seperti  sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda. Serat juga boleh didapati dari bijirin dan roti gandum penuh. Selain penting untuk sistem pencernaan, serat juga mempunyai khasita lain dalam membantu mengurangkan kolesterol serta dapat mencegah penyakit berkaitan kolesterol tinggi.

3. Kerap bersenam

Lakukan senaman secara kerap dengan melakukan regangan badan dan meningkatkan aktiviti fizikal  setiap hari. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan sehar-hari. Selain dapat meningkatkan metabolisma, bersenam juga dapat meningkatkan stimulasi kontraksi usus dan melawaskan sistem perkumuhan dalam badan manusia. Senaman pernafasan juga boleh dilakukan kerana pernafasan yang stabil mampu mengurangkan stress dan melonggakan saraf tersumbat.

4. Makan herba dan rempah

Herba dan rempah-ratus boleh dimasukkan dalam hidangan makanan kita. Antaranya seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Bahan-bahan tersebut dapat membantu memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, perut, limpa dan juga buah pinggang.

5. Jangan malas ke tandas

Langkah mengatasi sembelit yang paling penting ialah jangan malas ke tandas tau !! Dengan kerap ke tandas, insyaAllah masalah sembelit dapat dihindari.

 

Ohh ye dah ambil Audela ke belom tu? Bagi yang masih belom tahu, Audela juga boleh diambil bagi mengelakkan sembelit. Lawas sentiasa perut pun selesa.  Boleh lihat testimoni di sini. Jumpa lagi di entry yang lain. Assalamualaikum.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *