Awas! Sering Melihat Foto Makanan Akan Membuatkan Anda Gemuk?

“Wah! Makanan dah sampai,, Snap picture dulu lah baru makan.”

Ini salah satu fenomena yang seringkali terjadi belakangan ini betul? Ibarat dah menjadi rutin yang perlu dilakukan sebelum menjamah makanan.

Tak heranlah foto-foto makanan bersepah-sepah di laman sosial. Lagi-lagi kalau di instagram , taip je #foodporn bermacam-macam jenis foto makanan akan terpampang di skin telefon anda.

Image result for snap picture before eat

Ditambah pula dengan pelbagai dekorasi makanan yang cantik-cantik di instagram membuatkan jari ni tak henti scroll untuk melihat lebih banyak foto makanan. Melihat semua foto makanan ini memang tidak pernah mengeyangkan perut tetapi menurut Vemale.com. dengan hanya melihat foto-foto makanan mampu membuatkan badan anda menjadi gemuk! Betul ke? Apa realistiknya perkara ini?

Ye perkara ini memang benar. Walaupun jika dilihat dari segi logik seperti tidak masuk akal dan ramai juga yang meyakini bahawa dengan hanya melihat foto-foto makanan tidak akan memberikan kesan pada kenaikan tubuh badan anda tetapi pandangan ini telah pun disangkal melalui review yang telah nyatakan di dalam  Jurnal Brain and Cognition. 

“Pendedahan biasa kepada makanan maya pada masa kini, dan pelbagai tindak balas saraf, fisiologi, dan tindak balas yang berkaitan dengannya, mungkin memburukkan lagi kelaparan fisiologi kita” kata penulis.

Berdasarkan daripada kajian tersebut, dengan hanya melihat makanan yang cantik, menarik, dan membangkitkan selera akan memberikan ” isyarat yang kuat” yang akan dikirimkan ke otak.

Image result for muka lapar

Penglihatan merupakan pancaindera yang paling penting. Jadi meskipun anda sedang berdiet, namun jika pandangan anda dihujani foto-foto makanan yang menggiurkan, hal ini akan merangsang otak anda untuk mencari makanan meskipun anda tidak merasa lapar. Sekaligus tanpa anda sedari ia memaksa anda untuk mengambil kalori yang berlebihan yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.

Apabila anda melihat foto-foto makanan, denyut nadi anda akan meningkat,  tahap insulin anda menjadi tidak keruan, serta air liur anda menjadi kecur . Semua isyarat ini menandakan badan anda mengharapkan untuk menikmati makanan yang telah anda lihat. Selalu kan terjadi apabila kita melihat video masakan, atau foto makanan, perut kita terus terasa lapar? Walhal sebelum ini elok je tak rasa lapar. Terasa seperti dipukau plak kan?

Hal ini lah yang mendorong kepada kenaikan berat badan yang mana ianya adalah tidak bagus untuk kesihatan.  Jadi pesan Kak Dela kurang-kurangkan lah tengok gambar makanan dekat media sosial tu. Dah la tak dapat makan, berat badan makin naik pulak. Ehh mana boleh jadi kan? Kalau taknak berat badan naik consume lah Audela 😘.  Mesti mantain je badan tu macam Nad Zainal. Auurmmm!!

Terjawab dah persoalan anda? Share pada rakan-rakan anda yang lain!!

Semoga bermanfaat.😊

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI

[wtpsw_carousel]

 

 

 

 

AUDELA- MINUMAN PALING EKSKLUSIF DAN MEWAH UNTUK WANITA BERKERJAYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *