Bagaimana Jual Produk Kecantikan Di Media Sosial

Dalam perniagaan produk kecantikan kita mudah menjual produk itu sekiranya kita sudah mempunyai banyak follower atau pengikut yang suka ikuti perkembangan kita di media sosial.

Tanpa mempunyai pengikut atau follower sukar kita menjual produk kecantikan kerana mereka tidak tahu kewujudan kita sebagai usahawan online produk kecantikan.

Jadi apa cara yang sesuai untuk kita membina pengikut atau orang yang mahu follow kita? Caranya adalah belajar cara-cara menulis posting kreatif, pos gambar kreatif dan perlahan-lahan kita bina follower setia sehingga mereka ketagih mahu membaca posting kita.

Inilah strategi yang digunakan oleh mereka yang pandai melakukan strategi ‘positioning’ di media sosial. Mereka meletakkan diri mereka pakar dalam bidang yang mereka tulis.

Apabila kita dilihat sebagai pakar dalam produk yang kita jual kita dapat menarik lebih banyak follower.

Sebagai penjual produk kecantikan dan kesihatan kita boleh memberitahu follower kita berkenaan manfaat produk itu selepas kita gunakannya.

Sebab itulah kebanyakan mereka yang menjual produk kecantikan dan kesihatan selalu memberitahu follower mereka berkenaan cara menggunakan produk itu.

Selain itu mereka selalu memberitahu tribe mereka berkenaan kesan penggunaan produk itu dan seterusnya mereka menunjukkan testimoni diri mereka sendiri yang berjaya cantik, kurus dan awet muda.

Begitu juga sekiranya kita menjadi usahawan produk kecantikan. Orang yang mahu baca dan kongsi artikel kita pastilah mereka yang berminat dalam industri produk kecantikan.

Mereka mahu melihat lebih banyak posting testimoni yang berjaya dan kisah inspirasi yang menyebabkan mereka mahu menggunakan produk yang kita jual.

Sekarang aktifkan media sosial. Tulis banyak artikel berkenaan produk kecantikan di Facebook personal, Facebook pege, blog dan sebagainya.

Sekarang juga lebih mudah, lebih ramai orang muda menggunakan instagram untuk menjual produk kecantikan mereka.

Tambahan pula dengan menjadi instafemes seseorang penjual produk kecantikan itu dapat menarik follower mereka supaya terus mengikuti perkembangan mereka di media sosial.

Sebagai contoh, produk kecantikan Audela Bynadzainal mempunyai banyak testimoni pelanggan yang berjaya kurus, cantik, awet muda, muka flawless dan lebih bertenaga.

Dengan adanya faktor ini ditambah pula dengan strategi peniaga online yang selalu berkreatif di media sosial produk kecantikan jenis ini lebih mudah dijual.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *