Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Takut?

Rasa takut dan ragu-ragu kepada diri sendiri adalah musuh utama kepada potensi diri. Banyak orang meragui potensi mereka dalam sesuatu bidang walhal hal tersebut tidak benar. William James dari Harvard University, Amerika Syarikat berkata, “ Kepercayaan yang menjadikan  sesuatu itu benar.” Jika kita percaya kita kurang pandai dalam sesuatu bidang kita akan berlagak seolah-olah kita kurang pandai dan lama kelamaan tanggapan itu menjadi benar.Rasa takut dan ragu-ragu kepada diri sendiri adalah musuh utama kepada potensi diri. Banyak orang meragui potensi mereka dalam sesuatu bidang walhal hal tersebut tidak benar. William James dari Harvard University, Amerika Syarikat berkata, “ Kepercayaan yang menjadikan  sesuatu itu benar.” Jika kita percaya kita kurang pandai dalam sesuatu bidang kita akan berlagak seolah-olah kita kurang pandai dan lama kelamaan tanggapan itu menjadi benar. “Rasa takut dan ragu kepada diri sendiri adalah musuh utama kepada potensi diri kita”.

Ada lima tanda bakat semula jadi yang menunjukkan sesuatu pekerjaan itu memang sesuai dengan bakat istimewa kita yang semula jadi:

  1. Kita seronok melakukannya. Apabila kita tidak melakukannya, kita asyik teringat dan berfikir.
  2. Pekerjaan itu sangat melekakan kita. Apabila kita melakukan perkara yang sesuai dengan minat kita, kita rasakan masa berlalu begitu cepat sehingga kita lupa untuk makan dan minum apabila tiba waktu rehat.
  3. Kita sentiasa ingin belajar berkenaan perkara kegemaran kita. Kita sanggup membaca buku, mendengar ataupun menghadiri kursus mengenainya, semata-mata mahu meningkatkan pengetahuan mengenainya
  4. Kita gemar bercakap, berbual dan suka mendengar orang lain bercerita tentang pekerjaan itu. Kita juga berkawan dengan orang mempunyai kerjaya dan minat yang serupa. Ada orang berkata, “ Saya hanya bekerja pada waktu bertugas. Apabila pulang ke rumah, saya akan lupakannya.” Orang yang bersikap begini tiada masa hadapan yang cemerlang dalam kerjaya itu. Jika kita berhenti berfikir berkenaan kerja di luar waktu bertugas beerti kerjaya itu tidak serasi dengan kita. Kerjaya yang serasi dengan kerjaya kita tidak mungkin dapat dipisahkan daripada hidup kita, malah sukar membezakan antara keduanya.
  5. Tanda yang paling ketara sekali adalah kita merasa sangat mudah mempelajari serta melakukannya. Malah kita mungkin terlupa bila dan dengan siapa kita belajar, seolah-olah ia adalah kebolehan semula jadi dan ekspresi diri kita. Malah kita dapat melakukannya tanpa kita perlu banyak bersusah payah.

Sumber: The Psychology of Selling, Brian Tracy.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *