Bagaimana Untuk Memperoleh Haji Mabrur berdasarkan Petunjuk Rasulullah?

Umat muslim seluruh dunia pasti mempunyai satu impian yang paling besar dalam hidupnya iaitu ingin menjejakkan kaki di Mekah dan juga ingin dijemput menjadi tetamu Allah (SWT). Apabila kita telah dijemput menjadi tetamunya sudah tentu lah kita bercita-cita untuk menjadikan haji kita tu haji mabrur,betul?  Sebelum Kak Dela bercerita lebih panjang, mari Kak Dela terangkan pada anda semua apa itu yang dimaksudkan sebagai haji mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima ibadahnya oleh Allah (SWT). Namun hakikatnya hanya Allah (SWT) sahaja yang boleh menentukan dan mengetahui sama ada ibadah haji yang dilakukan oleh umat islam itu diterima atau tidak. Walaubagaimanapun, jangan lah anda semua risau, walaupun hanya Allah (SWT) sahaja yang maha mengetahui ibadah haji kita itu mabrur ataupun tidak, tetapi Rasulullah (SAW) telah pun menjelaskan 5 kriteria untuk mencapai haji mabrur. Nampak tak betapa cintanya baginda kepada umatnya. Jadi yang penting kita berusaha untuk mencapai haji mabrur mudah-mudahan ibadah haji anda diterima Allah. InsyaAllah.

 

5 Kriteria Untuk Mencapai Haji Mabrur  

 

1)NIAT LURUS DAN IKHLAS

Setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini perlulah bermula dengan niat. Niat ini memiliki kedudukan yang sangat penting dalam setiap perbuatan termasuklah dalam ibadah kita. Macam kita solat, wajib dimulai dengan niat. Betul tak? Kalau niat tak betul kira dianggap ibadah kita ni tak sah. Jadi untuk memperoleh haji mabrur hendaklah menunaikan ibadah hajinya dengan niat yang ikhlas dan betul-betul bertujuan kerana Allah (SWT) semata-mata.

 

Firman Allah (SWT)  di dalam Surat Al Bayyinah ayat 5, yang membawa maksud ” Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk menyembah Allah SWT dan mengikhlaskan agama (semata-mata) kerana Allah”

Rasulullah (SAW) bersabda: ” Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung dari niatnya dan masing-masing mendapatkan pahala dari niatnya itu”

Syuraih al Qadhi berkata: “Yang (benar- benar) berhaji sedikit, meski jamaah haji banyak. Alangkah banyak orang yang berbuat baik, tapi alangkah sedikit yang ikhlas karena Allah.”

 

Baca dan fahami ayat di atas. Ramai orang boleh menjadi jemaah haji namun hanya sedikit dari bilangan jemaah tersebut yang betul-betul ikhlas menunaikan haji kerana Allah (SWT). Semoga kita semua tergolong didalam jemaah yang ikhlas dalam melakukan ibadat.

 

2 REZEKI YANG HALAL

Image result for rezeki yang halal

Semua sudah maklum kos untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji bukan lah sedikit. Rukun Islam yang kelima menyatakan “tunaikan haji bagi yang berkemampuan” Jadi sekiranya anda telah berkemampuan untuk menunaikan ibadah haji, seeloknya harta yang digunakan untuk melakukan haji tersebut adalah harta yang benar-benar halal. Jadi sekiranya anda betul-betul ingin menjejakkan kaki di tanah suci, usahalah mendapatkan wang yang halal untuk kesana. Tetapi sekiranya anda tidak berkemampuan, bersabarlah, usahalah untuk menyimpan dan insyaAllah suatu hari anda akan dijemput menjadi tetamu di rumah-Nya. Sesungguhnya Allah (SWT) maha pemurah lagi maha penyayang.

 

Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Sungguh Allah baik, tidak menerima kecuali yang baik.” Jadi, apalah ertinya haji yang ditunaikan dari sumber pembiayaan yang haram yang dengan jelas tidak akan diterima oleh Allah (SWT). Dan bukankah tujuan utama dari ibadah haji adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT?”

Rasulullah (SAW) bersabda: “Jika seseorang pergi menunaikan haji dengan biaya dari harta yang halal dan kemudian diucapkannya “Labbaikallaahumma labbaik (ya Allah, inilah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Maka berkata penyeru dari langit:”Allah menyambut dan menerima kedatanganmu dan semoga kamu berbahagia. bekalan mu halal, pengangkutan mu juga halal, maka hajimu mabrur, tidak dicampuri dosa. Sebaliknya, jika ia pergi dengan harta yang haram, dan ia mengucapkan “Labbaik”. Maka penyeru dari langit berseru:”Tidak diterima kunjunganmu dan engkau tidak berbahagia. Bekalan mu haram, perbelanjaan mu juga haram, maka hajimu ma’zur (mendatangkan dosa) atau tidak diterima.” [HR Tabrani]

Rasulullah (SAW) juga pernah bersabda: “Bagaimana mungkin akan dikabulkan doa orang yang makanannya, minumannya, pakaiannya, dan pendapatannya haram, sekalipun ia terus menerus menadahkan tangannya ke langit.”

 

3) Meneladani Manasik RAsulullah SAW. 

Sebaik-baik manasik haji adalah manasik haji Rasulullah (SAW). Setiap umat muslim yang berhaji hendaknya mencontohi,  dan meneladani manasik haji Rasulullah (SAW). Hal ini sudah mutlak dilakukan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Hendaklah kamu mengambil manasik hajimu dari aku.” [HR Muslim].

Jadi adalah sebaik-baiknya calon jemaah haji memperlajari dan memahami dahulu dengan lebih teliti manasik haji Rasulullah (SAW)

 

4) Menjaga Lisan dan Tidak Berbuat Maksiat Selama Ihram. 

Selama anda berada di dalam ihram, pelbagai pantang larang perlu anda patuhi dan anda perlu menjauhi segala larangan. Salah satunya anda perlu menjaga tutur kata anda dan juga dilarang sama sekali untuk membuat maksiat. Adalah wajib untuk anda menjauhi rafats, fasiq, jidal, berkata –kata kotor, berbuat fasik, berkata kasar dan saling berbantah-bantahan sewaktu melakukan ibadah haji. Berkata-kata kotor merupakan salah satu larangan berihram, dan cara untuk menghindarinya adalah dengan cara memperbanyak zikir. Biar bibir anda basah dengan alunan zikir jangan sesekali anda menggunakan perkataan-perkataan yang kasar. Kembali semula kepada niat anda untuk menunaikan ibadah haji ini, iaitu untuk membersihkan diri kita dari dosa dan juga untuk kembali semula kepada pencipta kita, Allah (SWT)

 

Allah SWT berfirman yang artinya : “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang diketahui, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan – bulan itu untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, fusuq dan berbantah-bantahan selama mengerjakan haji.”

Rosulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang haji dan ia tidak rafats dan tidak fusuq, ia akan kembali pada keadaannya saat dilahirkan ibunya.”

 

*Rafats 👉 Semua bentuk kekejian dan perkara tidak berguna yang meliputi bersenggama, bercumbu dan mengeluarkan kata-kata yang dapat menimbulkan berahi.

*Fusuq  👉 Segala jenis maksiat.

*Jidal     👉 Perkelahian yang akan menimbulkan pertelingkahan.

 

5) DIRI MENJADI LEBIH BAIK. 

Ibadah haji yang dilakukan seharusnya mampu membawa diri kita menjadi lebih baik, baik dari segi akhlak dan tingkah laku.  Walaupun seseorang itu memang dikenali dengan memiliki hati yang lembut dan bersih tutur katanya, apabila ia menunaikan ibadah haji atau umrah ia akan menjadi semakin lembut dan baik dalam tutur katanya, ilmu dan amalannya lebih ikhlas dan menjadi lebih istiqamah.

 

Begitulah 5 kriteria yang telah dijelaskan oleh nabi kita Muhammad (SAW) kepada kita umatnya. Walaupun jasadnya tiada lagi depan mata namun sehingga kini sunnah nya masih diamalkan dan diikuti oleh umat muslimin dan muslimat. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk pembaca semua. Jagalah kesihatan badan anda agar mudah untuk anda semua untuk melakukan ibadat kepada Allah (SWT). Nasihat Kak Dela, sentiasa amalkan Pomeg Plus untuk menjadikan badan anda lebih bertenaga. Semoga kita semua bakal menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti. 

 

Silakan share jika anda dapat manfaat daripada artikel ini. 😊

 

Baaca Juga :  Petua Hilangkan Kebas Tangan Dan Kaki Dengan Berkesan

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *