BAHAYA! Ketahui Apa Itu Merkuri Dan Kesan Sampingan Penggunaannya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera Audela Lovers ❤️️,

Entri kali ini Kak Dela nak tulis satu artikel untuk  meningkatkan “awareness” anda semua mengenai bahaya merkuri. Kak Dela yakin ramai wanita tak kurang juga lelaki yang masih kurang kesedaran mengenai bahayanya kosmetik yang mengandungi merkuri.  Walaupun dah berlambak artikel mengenai kesan buruk merkuri terhadap kulit dan juga kesihatan namun masih ramai yang sanggup mengambil risiko tersebut hanya untuk kelihatan cantik. Walaupun dah di nasihatkan beribu kali, pelbagai alasan yang diberikan.

Alasan mereka …

“Alah, kulit yang terhakis tu untuk buang sel-sel kulit yang mati.”

“Aku tak kisah la kulit aku makin menipis, janji aku dapat kulit putih dan gebu macam telur rebus”

Kalau anda ada pemikiran seperti kat atas ni, Kak Dela cadangkan untuk anda lebihkan pembacaan tentang merkuri ini. Ok sebelum Kak Dela dedahkan satu persatu kesan merkuri kepada diri anda, meh Kak Dela kenalkan dulu kepada anda apa itu merkuri. Banyak media kosmetik bercerita tentang merkuri tetapi apa sebenarnya merkuri tu?

APA ITU MERKURI 

Merkuri atau juga dikenali sebagai air raksa (Hydrargyrum) adalah salah satu jenis logam yang banyak ditemui secara semula jadi dalam alam sekitar. Ianya tersebar dalam batu-batuan, , tanah, air dan udara sebagai senyawa bukan organik dan organik.

Merkuri yang ada di dalam tanah, air, dan udara mempunyai nilai yang rendah. Namun pelbagai jenis aktiviti manusia dapat meningkatkan kadar merkuri menjadi tinggi, misalnya aktiviti perlombongan yang dapat menghasilkan merkuri sebanyak 10.000 ton per tahun.

Pekerja yang terlibat secara terus dengan merkuri boleh menderita dengan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan.

Di dalam industri kosmetik dan kecantikan, merkuri adalah salah satu bahan yang sangat popular digunakan terutama dalam kandungan produk pemutih kulit karena kemampuannya menghalang pembentukan melanin sehingga kulit tampak lebih cerah dalam waktu yang singkat. sedangkan di sebalik hal itu, merkuri sangat berbahaya dan sebaiknya anda mengelakkan daripada penggunaan produk-produk tersebut.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Merkuri akan menjejaskan enzim trikinase dalam menghalang tirosin supaya pembentukan melanin tidak berlaku dan menjadikan kulit lebih cerah atau lebih putih.

Tujuan penggunaan merkuri didalam krim pemutih ini adalah untuk  menghilangkan atau mengurangkan hiperpigmentasi pada kulit, tetapi wajib untuk kita ketahui bahawa jika ia digunakan secara berterusan akan menyebabkan pigmentasi yang kekal pada kulit.

Apa bahayanya?

Related image

Nah, penggunaan berterusan merkuri pada mulanya akan menjadikan kulit licin, tetapi kemudian merkuri akan mendap di bawah permukaan kulit.

Selepas bertahun-tahun barulah kulit kita mula menjadi rosak, biru kehitaman, kusam bahkan boleh mencetuskan masalah kanser. Sangat berbahaya bukan?

Kini penggunaan merkuri pada kosmetik telah terbukti berbahaya dan dilarang di kebanyakan negara. Tidak hanya berbahaya pada lapisan kulit luar, malahan bahan kimia tersebut dengan mudah akan diserap ke dalam kulit dan masuk ke dalam aliran darah.

Merkuri bersifat korosif pada kulit. Ini bermaksud mengoleskan merkuri pada kulit akan membuat lapisan kulit semakin menipis. Kulit yang sering terdedah pada merkuri akan merosakkan saluran pencernaan, sistem saraf, dan ginjal.

Selain itu, merkuri juga berisiko mengganggu pelbagai organ tubuh, seperti otak, jantung, ginjal, paru-paru, dan sistem kekebalan tubuh.

Foto Rawatan Resdung & Facial.

Merkuri tidak hanya akan memberi kesan kepada orang dewasa. Bayi dan anak kecil juga merupakan golongan yang juga tidak terkecuali dari risiko merkuri dan kesan sampingannya.

Saat anak kecil bersentuhan dengan orang tua yang memakai produk mengandungi bahan merkuri, maka terdapat kemungkinan bahawa zat tersebut dapat masuk ke dalam tubuh anak ketika anak mengisap jarinya.

Secara khusus, keracunan merkuri pada kanak-kanak disebut infantile acrodynia. Hal ini dapat dikenal pasti dengan munculnya gejala rasa sakit serta warna merah muda pada tangan dan kaki.

Selain itu, Merkuri juga boleh memperlahankan pertumbuhan janin, mengakibatkan keguguran (kematian janin dan mandul), bintik-bintik hitam pada kulit akan membesar (seolah-olah pudar) dan jika penggunaan dihentikan, bintik-bintik akan muncul semula dan menjadi lebih teruk (melebar).

Merkuri dan derivatifnya dipanggil  sebagai bahan pencemar yang paling berbahaya. Semua sebatian Hg adalah toksik kepada makhluk hidup jika mereka terdedah kepada merkuri dalam kuantiti yang mencukupi dan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Bahaya merkuri berdasarkan jenisnya

Merkuri mempunyai tiga jenis dan kesannya sama berbahaya untuk kesihatan iaitu merkuri elemental (Hg), merkuri inorganik, dan merkuri organik. Apa perbezaan dan bahaya dari ketiga-tiga jenis merkuri tersebut? Jom semak.

1. Merkuri elemental (Hg)

Merkuri Elemental adalah elemen dalam bentuk yang ‘tidak digabungkan’. Ia adalah cecair logam berwarna silver-white yang berkilat  pada suhu bilik, tetapi jarang ditemui dalam bentuk ini. Sekiranya tidak dimeterai, merkuri akan perlahan-lahan tersejat  ke dalam udara, membentuk wap. Kuantiti wap yang terbentuk akan meningkatkan seiring dengan kenaikan suhu. Digunakan secara tradisional dalam termometer dan beberapa suis elektrik.

Sering menghirup udara yang mengandungi wap merkuri akan menyebabkan keracunan. Merkuri yang masuk ke dalam tubuh melalui pembuluh darah dapat menyebabkan pulmonary embolism  (salur darah paru-paru tersumbat).

Kerana sifat merkuri yang larut dalam lemak, merkuri elemental ini mudah masuk melalui penghalang darah otak dan placenta. Di otak, merkuri akan berkumpul di korteks cerebrum (otak besar) dan cerebellum (otak kecil) sehingga mengganggu fungsi enzim dan pengangkutan sel.

2. Merkuri inorganik

Merkuri ini sering diserap melalui saluran pencernaan, paru-paru, dan kulit. Terdedah kepada merkuri inorganik dalam jangka masa yang pendek dengan kadar yang tinggi dapat menyebabkan kegagalan ginjal. Pendedahan jangka panjang dengan dos yang rendah pula akan menyebabkan proteinuria, sindroma nefrotik, dan nefropati yang berhubungan dengan gangguan sistem kekebalan tubuh.

3. Merkuri organik

Risiko pendedahan kepada sebatian merkuri organik (i. E., Metil dan etil merkuri), bagaimanapun, adalah lebih lazim melalui laluan penggunaan makanan. Sebatian merkuri organik yang sangat lipofilik, tender untuk bioakumulasikan dalam tisu ikan. Selepas penggunaan, sebatian sebatian seterusnya bioakumulasikan dalam mylein, lapisan lemak yang melindungi serat saraf, otak dan saraf tunjang dalam sistem saraf pusat. Metil merkuri mudah masuk melalui plasenta dan berakumulasi dalam janin yang mengakibatkan kematian bayi dalam kandungan dan cerebral palsy (lumpuh otak).

Jadi bagaimana perasaan anda setelah membaca artikel kali ini? Masih nak pertaruhkan kesihatan sendiri semata untuk cantik? Bertindak sebelum terlambat. Kesan yang cepat mungkin ada racun disebaliknya. Jadi kaji dahulu jenis produk kecantikan yang anda ingin beli sebelum mula menggunakannya. Jadilah pengguna yang bijak.

RELATED ARTICLES

 

💄 7 Ciri Produk yang Tidak Selamat & Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

💄 Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Dengan Kulit Oleh Dr. Erna Nadia. Tak Perlu SPF Yang Tinggi!

💄 5 Punca Kulit Berjeragat Yang Anda Wajib Tahu.

💄 Tak Sangka Oat Mempunyai Banyak Manfaat Untuk Kulit!!

💄Hanya Menggunakan 4 Bahan Kulit Kering Berubah Menjadi Glowing!!

TRENDING POST

Beza Dropship, Agent dan Stokis

By Idham / December 14, 2017 / 2 Comments

5 Sebab Kenapa Toner Penting Untuk Wajah

By Idham / February 27, 2018 / 0 Comments

8 Tanda Suami Sudah Tawar Hati Pada Anda

By dina zakaria / October 17, 2018 / 0 Comments

10 Manfaat Ajaib Teh Oolong Yang Anda Tak Tahu

By Dela / January 20, 2017 / 0 Comments

 

ADORE AGAVE SKINCARE : SET PENJAGAAN MUKA TANPA MERKURI (KINI DISAHKAN HALAL OLEH JAKIM)

 

WORTH READING

 

Beauty concept skin aging anti-aging procedures on caucasian woman face
PADA UMUR BERAPAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN PRODUK ANTI PENUAAN?
0000464391
MUSIM HUJAN KINI TIBA, INI 10 TIPS YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK MENGELAKKAN KERETA ROSAK.
song-hye-kyo_1444922287_af_org
8 CARA MUDAH MENGEMBALIKAN KESEGARAN KULIT WAJAH DAN MATA YANG BERSINAR.
Cute Romantic love quotes images
KETAHUI 7 TIPS MENAWAN SEMULA HATI SUAMI AGAR TAK “PASANG” DUA.
pernikahan
8 TANDA SUAMI SUDAH TAWAR HATI PADA ANDA

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *