Bisnes Online Bukan Senang!!

Bisnes apa yang paling mudah dilakukan? Tentulah bisnes atas talian. Modalnya hanyalah laptop atau PC, talian internet dan sedikit kepakaran menggunakan laman sosial.

Memanglah bisnes begini nampak mudah. Tapi, kali ini saya ingin berkongsi tentang pahit jerih berbisnes <em>online</em>. Supaya anda yang membaca mengubah tanggapan, “bisnes online saja la..mudah sangat…”

Apabila anda sudah membuat keputusan untuk memulakan bisnes <em>online</em>, perkara pertama yang anda perlu pastikan diri anda bersedia menanggungnya ialah “penat otak”.

Ini ialah ujian paling berat yang bakal anda lalui!

Biar saya kongsikan pengalaman saya di dalam situasi ini. Pada permulaan bisnes, memanglah rilek kerana pelanggan boleh dikira dengan jari. Tapi, lama kelamaan apabila bisnes semakin maju dan mula mendapat kepercayaan ramai, pelanggan tak terhitung lagi.

Setiap hari saya perlu melayan pm, mesej di whatsapp, ditambah dengan pelanggan yang menelefon, semuanya perlukan kekuatan mental. Pelanggan akan bertanya soalan-soalan yang mereka sendiri boleh dapatkan jawapan daripada page dan iklan kita.

Ianya sesuatu yang sangat mengganggu!

Sebagai contoh, anda sudah meletakkan harga sehelai baju ialah Ringgit Malaysia 69, sudah jelas terpampang. Tetapi pelanggan tetap bertanya lagi, “berapa harga?”. Itu belum ditambah dengan pelanggan yang mahu tawar-menawar sampai dapat. Sungguh memenatkan otak!

Pelbagai kerenah pelanggan yang perlu anda tangani dengan tenang. Ikutkan hati, mahu saja berkata, “tak payah beli lah sis, ok, bye!”

Satu lagi masalah yang sering mengundang kepenatan otak. Apabila pos laju buat hal. Dua tiga hari barang tetap belum sampai. Pelanggan dah bising-bising membebel. Sedangkan bukan salah kita. Kita dah bagi tracking number. Maknanya tugas kita dah selesai.

Hal pos laju perlulah dia uruskan sendiri. Kalau kita pula yang perlu uruskan dengan orang pejabat pos pula, penatlah. Lagi teruk, bila pelanggan tu buat dropship pula sesuka hati. Kita tak terlibat. Tiba-tiba bila pelanggan bising pada dia sebab barang masalah, dia bising dekat kita.

Perlulah diingat, kalau anda sendiri nak buat dropship, tanpa pengetahuan pembekal, anda perlu tanggung sendiri segala masalah. Jangan nak bagi masalah anda kepada pembekal dan anda senang-senang saja merasa untung.

Ini antara “kesusahan” yang bakal dialami jika anda tekad untuk berbisnes online. Jadi, pada pendapat saya, jika anda seorang pekerja dan ingin melakukannya secara part-time, fikir lima kali!

Saya sangat mencadangkan suri rumah yang membuat bisnes online</em>. Kecualilah jika anda seorang yang benar-benar kalis tekanan, tiada anak kecil, suami sangat menyokong dan membantu serta anda bijak mengawal emosi dan perasaan.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *