Buat Banyak Jualan Dengan Satu Produk

Konsep satu laman blog atau website dan satu produk adalah amat penting kepada usahawan internet untuk fokus menjual produk mereka. Dengan kata mudah kita perlu menjual satu produk sahaja dalam satu laman jualan.

Dengan hanya menggunakan satu produk atau perkhidmatan , anda dapat menumpukan perhatian penuh kepada satu produk tersebut.

Apabila anda fokus dengan satu produk atau perkhidmatan kepakaran anda terserlah dan positioning diri anda akan menjadi betul.

Perkara ini menjadi tidak salah seandainya anda lebih suka menjual pelbagai jenis produk di laman jualan online.

Namun kelemahannya ialah positioting anda menjadi lemah dan membuatkan prospek pelanggan keliru produk apakah yang sebenarnya anda jual.

Sebaiknya anda cuba jual satu produk dahulu dalam media sosial. Sebagai contoh anda boleh menjual produk kecantikan daripada syarikat Y dan anda fokus lakukan jualan untuk produk itu.

Tingkatkan jualan satu produk dahulu sebelum anda berkembang dengan produk-produk yang lain pula.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *