Buat Kerja Kotor Demi RM6k

Ia hanya wujud dari kaca mata orang yang minat bisnes sahaja.

 

Saya ada seorang kawan yang kuat berusaha mencari wang. Beliau tinggal di rumah flat 12 tingkat di tengah-tengah kesesakan manusia di kawasan petaling jaya. Masalah di situ ialah kehidupan penghuni kediaman yang sangat sibuk mencari duit sehingga tidak dapat menguruskan beberapa perkara yg simple.

 

Kebanyakan penghuni keluar sekitar subuh dan pulang sekitar isyak. Keadaan ini menyebabkan ramai penghuni tidak dapat menguruskan beberapa perkara simple seperti buang sampah dan cuci kereta sehingga kereta berubah warna asalnya.

 

Dan kawan saya ini melihat masalah ini sebagai peluang untuk buat duit. Beliau telah pergi berjumpa kesemua pemilik kenderaan. Dia memberitahu, “encik saya menawarkan khidmat basuh keta (luaran) 4 kali sebulan dengan yuran cuma RM 25. Kereta encik akan dibasuh sekali seminggu dan saya akan maklumkan kepada encik apabila hendak membasuh kereta encik tanpa encik perlu menghabiskan masa di kedai-kedai cuci kereta”.

 

Dan katanya hampir 200 pemilik kenderaan di situ mengambil servis beliau. Untung di situ sudah mencecah RM 5000. Dengan menggajikan dua orang warga bangladesh dengan bayaran RM 1000 seorang, beliau mendapat untung bulanan RM 3000 (setelah ditolak gaji pekerja) tanpa perlu bersusah payah.

 

Itu bisnes pertamanya. Bisnes keduanya ialah servis membuang sampah. Dia mengetuk setiap pintu rumah flat di kediamannya dan meminta adakah sampah untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah di tingkat bawah. Servis dijalankan 3 kali seminggu.

 

Dan sesiapa yang berminat, cuma perlu membayar RM15 sebulan dan hampir 300 buah rumah di kediamannya mengambil servis tersebut.

 

Dan beliau mengupah seorang pekerja bangla dengan upah bayaran RM 1500. Kerjanya menyorong troli,

mengetuk pintu dan membuang sampah.

Dan utk servis ini beliau mendapat keuntungan RM 3000 setelah ditolak gaji pekerja.

Total kedua-dua servis mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM 6000 sebulan bersih selepas ditolak gaji pekerja.

 

 

Simple kan buat duit dgn masalah. Cari masalah-masalah yang ada di kediaman anda dan tukarkannya kepada duit. Anda cuma perlu ada bisnes mindset sahaja dan anda mungkin mampu menjana pendapatan setaraf gaji engineer kilang tanpa perlu bersusah payah menyiapkan degree selama 4 tahun dan pening kepala dengan sikap majikan yang bossy.

 

<img class=”size-thumbnail wp-image-539 alignright” src=”https://adore.com.my/wp-content/uploads/2017/04/logo-adore-KECIK-150×62.png” alt=”” width=”150″ height=”62″ />

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *