Cantik Selepas Bersalin Untuk Suami Tercinta!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebiasaannya selepas bersalin wanita sangat mementingkan kecantikan luaran dan dalamannya. Maklumlah selepas bersalin mereka mahu kelihatan cantik seperti mereka ‘anak dara’. Sudah menjadi lumrah setiap wanita yang bersalin memerlukan pelbagai persiapan untuk mempersiapkan diri mereka supaya kelihatan terus menawan.

Jom kita lihat apa persiapan wanita bersalin apabila mahu dirinya kelihatan cantik!

1. Mindset

Mindset yang betul ialah kunci kepada kebahagian manusia. Wanita yang mempunyai mindset yang betul sentiasa merasakan diri mereka cantik dan bahagia. Jadi sebagai wanita yang baru bersalin anda perlu sentiasa positif dan mempunyai mindset yang betul. Buat latihan supaya terus positif. Baca nota-nota bahagia yang membolehkan kita terus berminda positif. Orang yang berminda positif atau modal sosialnya tinggi kelihatan lebih cantik berbanding dirinya yang sebenar.

2. Sauna

Dengan bersauna anda boleh mengurangkan lemak dan menurunkan berat badan. Sauna juga boleh menghilangkan bau badan dan juga membuang toksin-toksin kotor dalam badan. Sauna juga boleh meningkatkan tahap kesihatan anda. Anda boleh memilih untuk melakukan sauna secara herba, tradisional dan moden. Pastinya selepas bersauna anda lebih yakin dan kelihatan menawan!

3. Detoks air lemon

Dengan menggunakan sebiji lemon anda boleh memudahkan sistem pencernaan anda. Caranya ialah dengan menggunakan sebiji lemon kemudian anda campurkan dengan sehelai daun pudina dan biarkan semalaman dalam peti ais. Minum pada pagi keesokannya pasti anda dapat merasakan kesegaran air lemon sambil menyelesakan perut anda.

4.Eat clean!

Dengan jadual makan yang teratur anda dapat menguruskan badan dan kehidupan anda terasa lebih cergas. Makan apabila perlu sahaja. Anda boleh makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Pilih makanan yang baik seperti buah dan sayur-sayuran supaya anda mendapat zat yang mencukupi. Makan nasi dengan kuantiti yang sedikit dan pastikan anda makan makanan yang membantu sistem penghadaman supaya anda kekal langsing. Berlatih mulai sekarang dan rasai kehebatan diri anda dengan teknik pemakanan yang betul.

5.Minum air putih dengan cukup

Minum air putih dengan cukup. Elakkan minuman manis dan berais. Dengan menjaga cara pengambilan air yang betul anda dapat memelihara perut anda supaya proses penghadaman anda kekal baik.

Sebagai wanita yang baru melahirkan anak anda tentunya risau jika tahap kesihatan dan kelangsingan anda terjejas. Di zaman moden ini tentunya anda mahu kelihatan cantik dan menawan demi menambat hati suami. Semoga tips ini membantu anda kekal cantik dan terus bahagia bersama suami tercinta! Para suami pun jangan lupa support isteri supaya mereka terus bersemangat!

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *