Cara Alami Penjagaan Kulit Wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masalah jerawat, jeragat, whitehead, blackhead dan maslah muka yang lain merupakan musuh utama bagi wanita. Masalah-masalah ini bukan sahaja sering menghantui golongan remaja, tetapi juga bagi golongan yang sudah berkahwin. Dengan keadaan kulit yang tidak elok boleh mengurangkan keyakinan diri kita apabila berhadapan dengan orang lain. Mari kita lihat tips bagi menghilangkan masalah pada wajah dngan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

 

1. Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah buaya boleh digunakan bagi menghilangkan parut jerawat. Ambil lidah buaya dan patahkan daunnya. Kemudian ambil lendirnya dan sapu pada parut jerawat. Amalkan secara kerap untuk mendapatkan kesan yang optimum.  Selain itu, kesan sejuk pada lidah buaya dapat memberi kesegaran pada wajah.

 

2. Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Ambil kulit kayu manis dan tumbuk untuk mendapatkan serbuk halusnya. Kemudian, gaulkan serbuk kulit kayu manis tadi bersama dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air. Setelah digaul, lumurkan pada kulit yang bermasalah. Cara ini juga elok untuk menghilangkan bintik hitam pada wajah. Lakukan sekerap mungkin hingga parut jerawat dan bintik hitam semakin pudar dan hilang.

 

3. Timun

Caranya kisar timun dan ambil hampasnya. Kemudian sapu hampasnya pada bahagian muka yang bermasalah. Biarkan setengah jam kemudian cuci dengan air suam. Boleh juga ambil timun segar dan hiris halus, tempekkan pada bahagian wajah yang bermasalah. Amalkan setiap hari sehingga keadaan kulit menjadi lebih baik. Efek sejuk pada timun juga dapat memberi kesegaran pada kulit wajah.

 

4. Ubi kentang

Ramai yang tidak tahu ubi kentang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang boleh menghaluskan kulit selain dapat mnghilangkan parut jerawat. Cara yang pertama,hiris kentang halus-halus dan tempek pada bahagian wajah yang bermasalah. Cara yang kedua, potong besar dan urutkan pada seluruh wajah dengan lembut. Cara ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja contohnya sambil menonton televisyen. Biarkan selama 15 minit barulah dicuci muka kita dengan air suam.

 

5. Asam jawa

Ambil sedikit asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu cair. Lumurkan pada bahagian wajah yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Elok dibiarkan semalaman dan diamalkan selalu untuk memudarkan parut dan mendapatkan hasil yang terbaik bagi seluruh wajah.

 

Jangan lupa amalkan tips-tips mudah diatas tau dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja. Kebanyakan bahan yang disenaraikan terdapat di rumah kita. Boleh juga amalkan Audela kerana ia dapat membuatkan kulit kita amenjadi muda dan bersinar. Boleh lihat testimoni Audela disini.

audela-bottle

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *