Cara Mudah Untuk Membahagiakan Kedua Ibu Bapa Menurut Islam

Assalamualaikum wbt pembaca setia blog Audela. Entry kali ini Kak Dela nak share sesuatu pada pembaca semua. Selalu Kak Dela share tips-tips kecantikan pada anda semua kan? So this time Kak Dela nak share satu kisah yang Kak Dela baca dari blog Peribadi Rasulullah. Kisah ini tentang seorang anak yang berusaha untuk mendapat pengampunan dari ibunya setelah dia menyedari tentang redha Ibu bapa adalah kunci kepada kebahagian hidup nya. Jom kita baca dulu …

 

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

 

Related image

“Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia “orang tua takda otak!”. Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.

Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : “ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia”

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap “Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti”. Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Related image

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan :

“Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah”.

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik “– Karyawan Bisu

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Jadi bagaimana dengan kisah di atas? Ada yang menitiskan air mata tak ? Jangan malu kerana itu menunjukkan yang hati anda tu masih lembut dan mudah tersentuh bila bicara tentang orang tua. Jadi  selagi orang tua kita masih hidup, usahalah untuk membahagiakan mereka. Pelbagai cara kita boleh buat untuk membahagiakan mereka. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.

 

  1. Doakan  Kedua Orang Tua

Doa merupakan senjata orang mukmin. Dimana-mana pun anda boleh berdoa . Allah swt tak pernah menetapkan sempadan untuk hambanya berdoa. Jadi walau jauh beribu batu pun anda jangan pernah anda lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.

Image result for doa untuk ibu bapa

BACA : 8 Doa Untuk Kebahagiaan Keluarga

 

                       2. Hubungi Mereka Walau Dimana Kita Berada.

Mengambil berat terhadap ibu bapa anda;ah tanggungjawab setiap anak-anak. Sekarang ni zaman teknologi. Segalanya berada dihujung jari anda. Tak ada alasan untuk anda tidak menghubungi mereka jika anda berada jauh dari mereka. Waktu mereka masih ada ni lah peluang anda untuk mendengar suara mereka. Anda beruntung kerana masih memiliki kedua orang tua, jadi hargai mereka selagi nyawa mereka dikandung badan. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.

 

                            3.  Lemah-Lembut Semasa Berbicara

Jaga tutur kata anda sewaktu berbicara dengan mereka. Semakin meningkat usia seseorang, mereka akan menjadi lebih sensirtif dalam setiap perkara. Sebab itu, apabila ibu bapa kita telah meningkat usia, mereka seakan anak kecil yang memerlukan perhatian. Walaupun begitu, perkara ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk anda mengetepikan atau meninggikan suara kepada mereka. Ingat kembali sewaktu anda kecil dulu, ibu bapa anda sangat sabar dalam melayan kerenah anda. Tak pernah sekali mereka merungut untuk membesarkan anda.  Jadi jagalah tutur kata anda setiap kali anda berbicara dengan meraka.

                            4. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita

Selalunya bila tiba hari lahir kita, kebiasaannya ramai yang menyambut hari lahir dengan kawan-kawan betul tak? Kadang-kadang tu sambut dengan someone special dekat restaurant-restaurant mewah. Jarang lah kita nak dengar ada yang menghubungi ibu yang melahirkan kita. Kebanyakannya mereka keluar berseronok dengan kawan-kawan sehingga lupa tentang orang yang dah bertarung nyawa saat melahirkan kita dulu. Percayalah setiap ibu sentiasa menunggu anak-anaknya untuk mengucapkan “TERIMA KASIH MAK/IBU/UMMI/BONDA” pada hari lahir anak-anaknya.

 

                            5. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Anda Selalu

Cuba imbas kembali bila kali terakhir anda memeluk kedua orang tua anda? Minggu lepas? Sebulan lepas? Setahun lepas? Atau tak pernah pun anda peluk mereka sepanjang hidup anda? Mungkin mereka tak pernah pun minta untuk dipeluk atau di sayang, namun fitrahnya setiap ibu bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh. Dulu rumah selalu riuh dengan gelak tawa anak-anak sewaktu kecil, namun hari demi hari gelak tawa itu semakin suram apabila anak-anak sudah mula meningkat dewasa dan memiliki kehidupan dan tanggungjawab sendiri. Walaupun kini mereka sudah memiliki cucu namun pelukan daripada seorang cucu tidak sama dengan pelukan dari seorang anak sendiri. Anda akan rasa sebak bila memeluk orang yang bersusah payah melahirkan kita dan menjaga kita sehingga kita mampu membina hidup kita sendiri.

 

                             6. Sesekali Bawa Mereka Bersiar-Siar Dan Berikan Hadiah

Luangkanlah masa anda dengan membawa kedua orang tua anda bersiar-siar. Mungkin bawa mereka travel ke luar negara atau paling tidak pun bawa lah mereka ke tempat yang dapat menghiburkan hati mereka. Mungkin sewaktu muda-muda dulu mereka tidak berpeluang untuk melancong ke tempat orang kerana tidak berkesempatan atau tidak memiliki budget yang cukup untuk bersiar-siar. Jadi ini lah masanya anda menghiburkan hati mereka. Selain itu, anda juga boleh berikan hadiah kepada mereka sebagai tanda anda menghargai mereka. Kalau dengan pasangan anda, anda boleh belikan segala macam hadiah kenapa tidak dengan ibu atau bapa anda kan? Mereka lagi berhak menerima hadiah daripada anda walaupun mereka tak pernah mintak. Nak hadiah yang paling eksklusif ? Berikan lah Audela atau Pomeg plus kepada mereka. Mesti senyum sampai ke telinga.  Hehehe.

 

                                7. Bawa Ibu-Bapa Menunaikan Haji dan Umrah di Mekah

BONUS: Kalau dimurahkah rezeki dan ada duit lebih, hantar mak ayah pergi menunaikan Haji. Jika sudah, kumpul duit dengan adik beradik lain, hantar mereka pergi Umrah pula. ‘Join’ mak ayah sekali agar kita dapat menjaga mereka ketika di Makkah. In Shaa Allah, banyak pahalanya.

BACA : Cara Memperoleh Haji Mabrur Berdasarkan Sunnah Rasulullah

 

KESIMPULAN

Semakin kita menginjak usia, semakin lembut hati ibu-bapa kita. Dahulunya garang, sekarang tidak lagi. Kita pasti terasa kelainan kerana layanan mereka pada cucu tidak sama dengan layanan mereka pada kita sewaktu kecil. Sungguh, hati mereka cuma mahukan kebahagiaan. Sekarang, tugas anak-anak membalas jasa ibu-bapa. Selagi hayat dikandung badan, gembirakanlah mereka.

Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *