Cara Mendisiplinkan Anak-anak Supaya Behave Sejak Kecil

Pernahkah anda sebagai ibu bapa atau golongan yang belum berkahwin berhadapan dengan situasi kanak-kanak tidak behave atau tidak duduk diam apabila berkunjung ke rumah orang atau di tempat awam? Pasti kita sebagai ibu bapa atau orang awam dilema bagaimana mahu menghadapi situasi tersebut. Ini juga menjadi sebahagian dari proses pembelajaran anak-anak sebelum mereka mampu mengawal emosi mereka sendiri. Jadi, sebagai yang bergelar ibu bapa, anda perlu tahu bagaimanakah cara untuk mendisiplinkan anak sedari kecil lagi agar mudah diuruskan dan pandai membawa diri walau dimana sahaja. Ibu bapa juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi berhadapan dengan situasi tersebut kerana ia sebenarnya perkara biasa yang dilalui oleh setiap ibu bapa.

Jom kita cek 9 alternatif mendisiplinkan anak jika anak tidak behave :-

 

1. Tarik balik ‘privilege’ (keistimewaan)

Jika anak diberi keistimewaan contohnya untuk bermain PS4 pada setiap Sabtu dan Ahad, keistimewaan ini ditarik balik untuk satu tempoh yang tertentu yang ditetapkan oleh ibu bapa sendiri. Ibu bapa perlu bersikap tegas dan hati kering dan tidak mudah termakan dengan wajah comel, pujuk rayu dan pemberontakan anak-anak.

Antara tips supaya ibu bapa tidak mudah cair ialah elak pandang tepat ke arah mata mereka. Tumpu ke bahagian antara mata, hidung dan dahi anak.

 

2. Alih perhatian anak

Ubah fokus anak kepada perkara atau subjek lain. Contohnya jika anak ingin melukis di dinding menggunakan pen, cuba alihkan perhatian anak-anak dengan mengajak anak-anak melakukan aktiviti fizikal di luar rumah seperti berkebun, menolong mencuci kereta dan beriadah.

Ia secara tidak langsung dapat mendedahlkan anak dengan aktiviti baru dan secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

 

3. Fokus kepada kelakuan baik anak

Jika anak membuat sesuatu kebaikan, tunjukkan yang kita betul-betul suka dan puji dengan bersungguh-sungguh kelakuan baiknya bukan sekadar memuji “Good Girl/Good Boy”. Itu kurang menangkap dan terlalu biasa dan lama kelamaan anak-anak akan menjadi bosan dan mula membuat perangai.

 

4. Tulis karangan/esei

Bagi anak yang sudah pandai menulis dan membaca, tetapkan masa dan beri sehelai kertas dan suruh anak menulis karangan menyatakan sebab dia buat pe’el dan mohon maaf. Cukup sekadar 1 halaman sahaja tidak perlu memberi 1 buku latihan. Nanti dia buat novel pulak..heehe

Dengan cara ini, anak-anak boleh mengekspresikan apa yang terbuku didalam hati mereka. Hal ini kerana, kadangkala anak-anak tidak pandai meluahkan apa yang terpendam dengan kata-kata dan lebih selesa meluahkan melalui penulisan.

 

5. Grounding

Earthing atau grounding ialah dedahkan anak dengan dunia luar tanpa kasut. Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah, efektif dan percuma dan mampu menyokong sistem saraf dan kesihatan kita. Ia semudah sekadar menyentuh badan kita ke bumi.

Tempoh grounding pula harus kurang dari seminggu. Ini kerana, jika lebih dari itu anak-anak akan mencari idea lain untuk release tension. 

 

6. Resitution – Betulkan kesilapan

Anak-anak perlu diajar mengambil langkah untuk perbaiki situasi.

Contoh : Ahmad merampas mainan dari abangnya sambal menyiku.

Langkah yang perlu diambil : Ahmad perlu meminta maaf dari abangnya, gosok-gosok sikit tempat yang disiku dan pastikan tiada kecederaan serius.

Ada sesetengah anak-anak yang mengambil ringan akan hal-hal seperti ini dan menganggap semua perkara boleh dibuat gurauan.

Tunjukkan yang kita sedang marah dan ia perkara serius supaya anak-anak ada rasa tanggungjawab akan setiap kelakuannya dan kesalahannya.

 

7. Ignoring – Abaikan

Anak-anak gemarkan perhatian dari ibu bapa mereka. Salah satu taktik mereka dengan buat pe’el. Selagi apa yang mereka buat itu tidak membahayakan keselamatannya dan orang lain, sila abaikan.

Namun, andai anak-anak membuat sesuatu yang salah contohnya mengambil lipstick dan ingin mencontengnya ke dinding, usah abaikan. Setiap cubaan yang boleh merosakkan harta benda dan membahayakan keselamatan perlu ditegah.

 

8. Parental disappointment – Beritahu kita tidak suka dengan kelakuannya

Gunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami dan terus terang dengan anak apa kesilapan yang telah dilakukannya. Tekankan kepadanya bahawa kita bukan tidak suka padanya tetapi pada perbuatannya. Tekankan kepadanya juga agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Jika berlaku lagi, ibu bapa boleh pertimbangkan untuk menarik balik keistimewaan yang diberikan atau beri mereka Time Out.

 

9. Time Out – Asingkan anak dari orang lain

Time Out perlu di tempat yang selamat, mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang cukup dan boleh dilihat dengan jelas. Bukannya di dalam stor, almari, bilik bertutup atau bilik bawah tanah yang boleh mengancam nyawanya.

Anak di bawah umur 2 tahun tidak boleh diberi Time Out.

Selepas sesi Time Out tamat, ibu bapa perlu duduk dan berbincang tentang kelakuannya yang kurang baik itu.

 

Diharap tips-tips diatas boleh memberi manfaat kepada ibu bapa dalam membentuk jati diri dan sahsiah anak yang cemerlang. Ibu bapa boleh amalkan Audela bagi mengekalkan tenaga setiap hari. Jom berAudela. Boleh tengok info produk disini.

 

Perkongsian dari bengkel Nurturing Parenting, Bowwest Community Resource Centre, Calgary, Alberta.

 

Sumber : Facebook Norleen Mohd

Jom dapatkan extra energy dengan Audela. Sebab antara manfaat utama Audela untuk vitality atau kecergasan. Klik disini untuk dapatkan produk dari agent sah kami..Boleh join jadi agent kami jugak tau..Assalamualaikum

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *