Cara Mengecilkan Lengan Dan Punggung Dengan Cepat

Siapa yang pernah mengalami pengalaman sayu kat kedai bila korang da excited nak beli seluar atau baju tetiba bila korang nak sarung tak lepas  weii. Ibarat macam iklan syampoo “tersekat di skala 3“. Hahaha. Apa perasaan korang waktu tu?? Ofcourse rasa hancur giler hati dengan perasaan korang kan?

So, sebelum ini kita berkongsi tentang bagaimana untuk mengempiskan perut dan peha. Entry kali ini kita akan share bagaimana cara untuk mengecilkan lengan dan punggung yang besar dengan cepat. Haa mesti ramai wanita atau lelaki di luar sana yang mengalami masalah lengan yang menggelebir atau punggung yang besar kan? Untuk kurus memang pemakanan wajib untuk kita jaga, tetapi kita juga perlu melakukan beberapa senaman untuk sebahagian anggota badan kita yang susah nak mengecil walaupun kita da jaga pemakanan kita dengan disiplin.

  • LENGAN

#Korang tahu tak, lengan yang besar dan berlemak biasanya terjadi sebab kita jarang gerakkan anggota lengan kita dan otot pada lengan tidak dilatih dengan baik. Latihan otot lengan secara tidak langsung akan membantu untuk membakar kalori dan lemak yang ada pada lengan dan salah satu cara yang efektif untuk mengecilkan lengan.

Dibawah adalah antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan lengan.

1.Weight Lift

Weight lift atau latihan angkat beban adalah salah satu cara yang banyak dilakukan dan paling efektif untuk mengecilkan lengan.  Korang boleh menggunakan dumble yang mempunyai berat lebih dari satu kg atau kalau tak ada dumble korang juga boleh menggunakan botol air yang berisi air.

                                                                            Via in.pinterest.com

Cara melakukan:

  • Ambil dumble atau botol air seberat lebih dari 2 liter.
  • Duduklah diatas sebuah kursi atau lantai dan angkatlah lengan dengan beban tersebut di atas kepala.
  • Tahan lengan agar tetap lurus dan kemudian gerakkan ke atas dan kebawah secara perlahan
  • Lakukan latihan ini sebanyak 3 hingga 20 set setiap harinya.

2. Scissors

Gerakan scissors atau gunting adalah suatu gerakan senam kardio yang sangat baik untuk mengecilkan lengan.

Melakukan Gerakan Seperti Menggunting (Scissors)
                                                           Dietsehat.co.id

Cara melakukan:

  • Berdiri tegak dan rentangkan kedua tangan anda
  • Bergeraklah dengan satu kaki kedepan dan lengan saling bersilangan seperti posisi menggunting.
  • Kembali ke posisi awal dan ulangi hingga 20 kali.

3. Push Up

Selain mampu mengecilkan lengan, gerakan push up juga sangat baik untuk otot perut.

                                                            Via kristinmcgee.com

Cara melakukan:

  • Berbaringlah pada lantai dengan bertumpu pada perut.
  • Lakukan posisi push up dengan lengan bertumpu pada lantai dan kaki dalam posisi rapat.
  • Lalu, gerakkan tubuh keatas dan ke bawah dengan tetap bertumpu pada lengan. Ingat, jagalah posisi tubuh agar perut tidak menyentuh lantai.
  • Ulangi gerakan tersebut sebanyak 10 kali dan lakukan maksimal 3 set dalam sehari.

Seterusnya mari kita tengok senaman untuk mengecilkan punggung. Senaman mudah tanpa memerlukan peralatan dan boleh dilakukan dirumah!

1)Squat

Korang boleh buat squat ni 30-50/day, untuk permulaan buat lah mengikut kemampuan korang je. Kemudian barulah dipertingkatkan bilangan squat korang tu. Jangan dipaksa nanti keesokan hari korang tak dapat bangun sebab sakit badan jangan salahkan akak ye. Hahaha.

Image result for step squat
                                           Lovesweatfitness.com

Cara melakukan:

  • Berdiri tegak. Bukakan kaki agar selari dengan bahu anda.
  • Penting untuk diingatkan agar bukaan kaki ini adalah pada kadar anda selesa untuk menggerakkan peha ke bawah, tanpa menyebabkan peha ‘terbuka ke luar’ atau ‘menuju ke arah dalam’ bukaan. Peha sepatutnya bergerak ke bawah menghala ke depan arahnya.
  • Halakan tangan ke hadapan. Tolak bahagian punggung ke bawah/rendahkan punggung terlebih dahulu (seolah-olah anda sedang mabu duduk di kerusi). Jangan terus bengkokkan kaki ke bawah, sebaliknya gerakkan punggung ke bawah.
  • Gerakkan punggung ke bawah sehingga keadaan mencangkung, tetapi pastikan lutut anda tidak melebihi aras jari kaki anda.
  • Pastikan peha selari dengan lantai
  • Tolakkan badan ke atas menggunakan kekuatan hujung jari  kaki anda.
  • Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah, lepas nafas semasa menolak badan ka atas semula.
Shaklee Wangsa Maju
Jom kita try challenge ni 😀

2) Lunges

Untuk lunges sama juga seperti squat, Buat mengikut kemampuan korang. Bila dah terbiasa lama-lama kesakitan otot setelah melakukan senaman ini akan berkurang.

Shaklee Wangsa Maju

Cara melakukan:

  • Letakkan tangan di pinggul dan tarik bahu ke belakang. Berdiri dengan tegak.
  • Langkahkan kaki kanan anda ke depan dan perlahan-lahan turunkan tubuh hingga lutut membentuk sudut 90 degree..
  • Lutut bagian kiri tidak boleh menyentuh lantai.
  • Kembali kan badan anda ke posisi asal dan ulangi dengan kaki kiri pula.

3) Dan yang terakhir jangan lupa untuk minum Audela agar badan korang sentiasa cergas, bertenaga dan juga lemak-lemak yang terkumpul kat badan korang tu cepat terhapus. Jadi tak ada alasan korang nak skip senaman ni sebab badan rasa lesu atau tak bertenaga. Korang kena ingat nak kurus kena lah disiplin. Jom minum satu sachet audela yang dicampur dengan 200ml air setiap hari!!

Image result for audela

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *